Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu



Definisi : ayam yg diternak khusus utk dagingnya (bukan utk mendapatkan telur); (Kamus Dewan Edisi Keempat)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata ayam daging


Kamus Bahasa Melayu

KataTakrifSumber
ayam dagingayam yg diternak khusus utk dagingnya (bukan utk mendapatkan telur);Kamus Dewan Edisi Keempat
tandurimasakan ayam, daging dsb cara India, dimasak di atas bara arang di dlm ketuhar tanah liat.Kamus Pelajar Edisi Kedua
perapansesuatu (spt ayam, daging, sotong dsb) yg diperap, hasil memerap: ~ itu direbus selama 3 jam sehingga masak;Kamus Dewan Edisi Keempat
tandurimasakan ayam, daging dsb cara India yg dimasak di atas bara arang di dlm ketuhar tanah liat: ayam ~.Kamus Dewan Edisi Keempat
ayam I1. sj unggas yg biasanya diternak; 2. daging ayam: kari ~; sup ~; ~ aduan ayam sabung(an); ~ air, Porphyrio porphyrio; ~ alas ayam hutan; ~ bacul ayam sabung yg penakut; ~ (bulu) balik ayam yg bulunya terbalik; ~ bangkas ayam jantan yg borek (berbintik-bintik putih); ~ belanda sj unggas besar yg diternak, Meleagris gallo­pavo; ~ belorong ayam jantan yg putih; ~ beroga = ~ burga ayam hutan; ~ betina ayam jenis betina (jenis yg boleh bertelur); ~ biang ayam betina yg sudah bertelur; ~ biring ayam jantan yg kuning kakinya; ~ bogel ayam yg (hampir) tidak berbulu, ayam togel; ~ daging ayam yg diternak khusus utk dagingnya (bukan utk mendapatkan telur); ~ dara ayam betina yg hampir bertelur; ~ denak = ~ hutan ayam liar, Gallus gallus; ~ didik anak ayam yg tidak beribu tetapi dididik (dipelihara) oleh orang yg memeliharanya; ~ golek a) (daging) ayam yg dipanggang seekor-seekor; b) sj masakan yg daging ayamnya dimasak seekor-seekor; ~ hitam = ~ selasih ayam yg bulunya ber­bintik-bintik hitam atau kelabu; ~ itik berbagai-bagai jenis ayam dan itik yg di­pelihara (ayam, itik, angsa, dll); ~ jalak ayam jantan yg rupanya spt perling dan kakinya kuning; ~ jantan ayam jenis jantan (jenis tidak boleh bertelur); ~ kampung ayam yg di­ternak secara yg biasa dilakukan di kampung, Gallus gallus domestica; ~ kasi = ~ kebiri = ~ kem­biri ayam yg dikembiri; ~ katik sj ayam yg kecil; ~ kenantan = ~ cenantan = ~ sinan­tan ayam jantan yg putih; ~ koci sj ayam yg berasal dr Cochin China (Vietnam, Kemboja); ~ lemba ayam yg rendah badannya; ~ mandul ayam betina yg tidak bertelur; ~ mei, Gallicrex cinerea; ~ meluruh ayam yg bulunya sedang luruh (gugur); ~ mutiara , Numida meleagris; ~ panggang daging ayam yg dipanggang; ~ paya, Gallinula chlorophus; ~ pega burung tatera, Lophura ignita rufa; ~ pencen ayam yg tidak bertelur lagi; ~ penelur = ~ telur ayam yg diternak terutamanya utk mendapatkan telurnya (bukan dagingnya); ~ peranggang = ~ potongan ayam yg dipelihara utk disem­belih; ~ percik ayam panggang yg disaluti sos yg diperbuat drpd santan dan rempah ratus; ~ pilas ayam jantan yg hitam lehernya dan kakinya (bulunya berbintik-bintik); ~ piru sj ayam belanda; ~ pupuh ayam aduan (sabungan) yg tidak memakai taji; ~ sabung(an) ayam jantan utk disabung; ~ sebandung ayam kembar yg menetas dr sebutir telur; ~ serama sj ayam peliharaan yg kecil, jinak, berbulu cantik dan berkaki pendek; ~ sinantan ayam kenantan; ~ tambatan ki orang yg dianggap hebat dan sangat diharapkan dapat membawa kemenangan dlm sesuatu perlawanan, spt bola sepak dsb; ~ tedung ayam jantan hitam yg besar dan tegak bulu suanya; ~ baru belajar berkokok prb baru saja cukup umur, baru mencuba hendakkan perempuan; ~ beroga itu jika di pinggan emas sekalipun diberi makan, ke hutan juga perginya prb orang dagang itu bagaimanapun senang di negeri orang, ingat juga akan negerinya sen­diri; ~ bertelur di atas padi mati kelaparan prb orang yg menderita kesusahan di tempat yg mewah; ~ ditambat disambar helang, (padi ditanam tumbuh lalang) prb untung yg malang (spt isteri atau tunangan dirampas orang yg berkuasa); ~ hitam terbang malam, hinggap di pokok pandan, bergeresek ada, rupa­nya tiada prb kejahatan yg sulit dan di­ketahui orang tetapi tidak ada bukti yg nyata; ~ itik raja pd tempatnya prb setiap orang itu adalah penting pd tempatnya sen­diri; ~ menetaskan telur itik, anaknya itu ke air juga suka ditujuinya prb perangai drpd baka yg asal tidak akan berubah juga; ~ putih terbang siang, (hinggap di halaman, malih kpd mata orang banyak) prb perihal peker­jaan yg dilakukan dgn terang dan nyata dan diketahui orang; ~ tak patuk, itik tak sudu prb dikatakan kpd seseorang yg hina atau se­suatu yg tidak berharga; ~ terlepas, tangan bau tahi prb di­­kata­kan kpd orang yg menger­ja­kan per­buatan yg dilarang itu akhirnya mendapat malu; ~ tidur senang dlm reban, musang yg susah beredar keliling prb orang yg ber­pera­saan dengki, tidak suka melihat orang lain senang; bagai ~ dimakan tungau prb dikata­kan kpd orang yg kurus dan pucat kerana kena penyakit; bagai ~ mabuk tahi prb di­kata­kan kpd orang yg pucat lesi dan lemah kerana sakit; bagai ~ mengarang (menge­ram) telur prb keelokan merah muka seseorang perempuan; spt ~, kais pagi makan pagi, kais petang makan petang prb perihal orang miskin, tidak bekerja keras tidak dapat makan; ayam-ayaman 1. ayam tiruan (utk per­mainan); 2. ayam-ayam.Kamus Dewan Edisi Keempat
barbeku(barbéku) 1. jamuan di tempat terbuka (spt perkarangan rumah dll) dgn hidangan daging, ayam, udang, dll yg dipanggang; 2. daging, ayam, udang dll yg dipanggang dan dimakan di tempat terbuka;membarbeku memanggang daging, ayam, udang, dll di tempat terbuka.Kamus Dewan Edisi Keempat
perap II; memerap 1. mengurung (menyem­bunyikan) diri dlm rumah dll (tidak keluar­keluar): dia ~ sahaja di rumah; 2. mem­biarkan daging, ikan dsb yg telah digaul dgn bahan yg terdiri drpd sos, garam, rempah dsb, utk beberapa waktu sebelum dimasak: ~ daging ayam itu beberapa jam atau semalaman; ~ diri memerap; terperap 1. tertahan, tidak terurus, tertum­puk (surat dll); 2. terkurung, terpendam: dia lebih suka ~ di dlm biliknya; perapan sesuatu (spt ayam, daging, sotong dsb) yg diperap, hasil memerap: ~ itu direbus selama 3 jam sehingga masak; pemerapan perihal (perbuatan atau proses) memerap: ~ daging itu sekurang-kurangnya dua jam; pemerap 1. (orang) yg bertabiat suka meme­rap: si anak akan berasa tersinggung, jauh hati, lalu menjadi kanak-kanak yg ~; 2. bahan yg terdiri drpd rempah, herba, minyak, cuka dsb yg digaulkan pd daging, ikan dsb, dan di­biarkan menyerap beberapa waktu sebelum dimasak utk menambah rasa dan melembut­kan daging, ikan dsb.Kamus Dewan Edisi Keempat
ayam hitama) (daging) ayam yg dipanggang seekor-seekor; b) sj masakan yg daging ayamnya dimasak seekor-seekor;Kamus Dewan Edisi Keempat
ayam panggangdaging ayam yg dipanggang;Kamus Dewan Edisi Keempat
sate(saté) sj makanan yg dibuat drpd potongan kecil daging yg dicucuk dan dipanggang (dimakan dgn kuah); ~ ayam (kambing) sate drpd daging ayam (kambing); menyate 1. membuat sate; 2. = memper-sate ki, bp melakukan perpecahan (pd sesuatu persatuan dll); persatean ki, bp perpecahan (pertubuhan dll).Kamus Dewan Edisi Keempat
1234567

Kembali ke atas