Baba II | 1. segolongan kaum Cina di Malaysia (yg kebanyakannya terdapat di Melaka) yg bertutur dlm bahasa Melayu dialek Baba sbg bahasa pertama, dan mengamalkan serba sedikit cara hidup orang Melayu: berketurunan Baba; Baba Melaka; 2. orang lelaki yg berketurunan Baba: Baba dan Nyonya. | Kamus Dewan Edisi Keempat |
baba | panggilan utk orang-orang Cina peranakan: ~ Melaka. | Kamus Pelajar Edisi Kedua |
baba I | Jk bapa; babe. | Kamus Dewan Edisi Keempat |
baba | panggilan utk orang-orang Cina peranakan: ~ Melaka. | Kamus Pelajar |
ali baba | cara perusahaan yg memakai nama Melayu atau kelihatan saja dimiliki atau diuruskan oleh orang Melayu tetapi sebenarnya kepunyaan (diselenggarakan oleh) orang Cina atau bangsa asing yg lain: yg mendapat keuntungan ialah orang asing melalui cara ~; mengalibabakan menjual hak-hak yg khas bagi orang Melayu kpd orang Cina atau bangsa asing yg lain: ada orang Melayu yg ~ hak-hak mereka. | Kamus Dewan Edisi Keempat |
babah | ®baba I. | Kamus Dewan Edisi Keempat |
babe | (babé) Jk bapa; ®baba I. | Kamus Dewan Edisi Keempat |
vis-a-vis | (vizavi) (Perancis) dlm hubungannya (pertaliannya) dgn, berbanding dgn: budaya Baba (dan Nyonya) ini ~ budaya Cina. | Kamus Dewan Edisi Keempat |
nyonya | 1. panggilan kpd perempuan Cina yg sudah bersuami; 2. perempuan Cina drpd golongan Baba; 3. id panggilan kpd perempuan yg sudah bersuami; ~ rumah perempuan tuan rumah, perempuan yg empunya (memiliki) rumah. | Kamus Dewan Edisi Keempat |
nyonya | 1 panggilan yg biasanya utk perempuan Cina yg sudah bersuami. 2 perempuan Cina dr golongan Baba. | Kamus Pelajar Edisi Kedua |