Maklumat Kata

Carian kata tiada di dalam kamus terkini. Sila rujuk capaian Kamus Dalam Talian ini.
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata badai I 1


Kamus Bahasa Melayu

KataTakrifSumber
alah Ikalah, tewas: tidak diketahui siapa yg ~ dan siapa yg menang; ~ bisa tegal (kerana) biasa prb segala kesu­sah­an tidak akan terasa lagi sesudah biasa; ~ limau oleh benalu prb orang yg lama terdesak oleh orang yg baru; ~ mahu bertimbang enggan, cungkil merih akan pembayar prb dikatakan kpd orang yg tidak menepati janji hingga bergaduh; ~ membeli menang me­makai prb tidak apalah mahal sedikit harga­nya, asal barang itu kuat (tahan dsb); ~ menang tak tahu, bersorak boleh prb dikata­kan kpd orang yg tidak tahu selok-belok pergaduhan tetapi mengatakan siapa yg akan kalah; ~ sabung menang sorak prb biarpun kalah, namun cakap masih besar; tak bertepat janji, tak berteban taruh, tak bertangkap, mengamang-ngamang ~ di darat sahaja prb peperangan (atau perkelahian) yg tidak mem­punyai tipu daya akan alah percuma sahaja; beralah, mengalah tidak mahu memper­tahankan (hak, pendirian, dll), dgn sengaja (atau pura-pura) kalah: tidak semestinya orang yg ~ itu kalah; beralahan; tidak ~ tidak ada yg kalah (dlm pertandingan), seri; mengalahi 1. mengalah kpd; alah-~ saling mengalah; 2. menaklukkan, mengatasi: surat­an ~ segala-galanya; mengalahkan menaklukkan, menunduk­kan, melebihi: dgn kekuatan sendiri sahaja tak dapat ia ~ lawannya; teralahkan dapat atau boleh dialahkan: memang bapak anak jantan tak ~ badai; alahan 1. yg sudah dialahkan; 2. biasa kalah; 3. kekalahan apabila (sewaktu) berjudi; kealahan perihal alah, kekalahan, ketewasan; peralahan kemenangan, perampasan; pengalahan perihal (perbuatan) mengalah­kan.Kamus Dewan Edisi Keempat
badai I1. angin ribut (yg kuat dan tiba-tiba datangnya), taufan: di tengah laut, kapal itu ditimpa ~; 2. keadaan perasaan (fikiran dsb) yg amat tidak tenteram, keributan, kekacauan: ~ di hatiku masih belum reda; dunia yg penuh ~;membadai 1. bertiup kencang (bkn angin ribut), bertiup spt badai: angin ~ dan ombak pun sebesar-besar rumah tingginya; 2. spt badai, amat sangat: sedu-sedan mereka masih ~ juga; 3. ki menyebabkan perasaan (fikiran dsb) menjadi amat tidak tenteram: duka ~ jiwanya.Kamus Dewan Edisi Keempat
badaiangin ribut yg kuat dan datang dgn tiba-tiba; taufan. membadai 1 bertiup dgn kencang (bkn angin ribut); bertiup spt badai: Angin ~ dan laut bergelora. 2 ki spt badai; menjadi sangat hebat: Kemarahannya ~.Kamus Pelajar Edisi Kedua
membadai1 bertiup dgn kencang (bkn angin ribut); bertiup spt badai: Angin ~ dan laut bergelora. 2 ki spt badai; menjadi sangat hebat: Kemarahannya ~.Kamus Pelajar Edisi Kedua
membadai1. bertiup kencang (bkn angin ribut), bertiup spt badai: angin ~ dan ombak pun sebesar-besar rumah tingginya; 2. spt badai, amat sangat: sedu-sedan mereka masih ~ juga; 3. ki menyebabkan perasaan (fikiran dsb) menjadi amat tidak tenteram: duka ~ jiwanya.Kamus Dewan Edisi Keempat
badai II1. membuat sesuatu tanpa izin; 2. asal sahaja, hentam kromo, sapu semua; mereka ini ~ semua saja mereka ini sapu semua sahaja.Kamus Dewan Edisi Keempat
ribut I1. = angin ~ angin kencang, badai; 2. keadaan cuaca buruk yg merupakan gabungan unsur spt angin, tekanan, awan dan kerpasan, yg merangkumi ribut petir, siklon dan tornado; hujan ~ hujan dan ribut; turun ~ angin kencang bertiup; ~ angin ribut dgn angin yg sangat kencang; ~ api api kebakaran yg tidak ter­kawal disebabkan angin kencang, biasanya terjadi akibat letupan bom; ~ pasir angin ken­cang di padang pasir yg menyebabkan ke­pulan-kepulan pasir berterbangan; ~ petir ribut yg disertai guruh dan kilat, biasanya diikuti hujan lebat; ~ salji angin kencang yg sangat sejuk dan disertai salji; ~ taufan angin ribut; ~ tenggara ribut dr arah tenggara; tak ada ~ masakan daun bergoyang prb tentu ada sebab-nya maka terjadi sesuatu per­kara; beribut membadai, berkecamuk (angin dll): taufan ~.Kamus Dewan Edisi Keempat
gelora1. ombak yg melambung hebat, air laut yg bergelora dgn hebat, banjir besar; 2. = musim ~ musim hujan dan badai, musim air bah; 3. perasaan yg bergolak (tidak tenang); ~ hati perasaan hati yg bergolak-golak; bergelora, menggelora 1. bergelombang besar, mengombak; 2. sangat gelisah (perasaan), berkobar-kobar (semangat): semangat kebangsaan telah ~; menggelorakan membangkitkan, mengobarkan (semangat dll), menaikkan perasaan.Kamus Dewan Edisi Keempat
biasmembelok dr arah asal (hujan dihembus angin, perahu ditempuh badai, sinar cahaya dlm air, dll): dgn takdir Allah Taala, angin besar pun turun, maka Tun Telanai dan Menteri Jana Putera pun ~ ke Brunei; membiaskan membelokkan arah, menyebabkan arah membelok dr asal; terbias terbelok dr arah asal: gelombang haba ~ dan berbalik spt gelombang cahaya; biasan 1. penyimpangan dr arah asal (spt hujan dihembus angin, sinar cahaya dlm air, dll): apabila cahaya itu melintas drpd satu perantaraan yg hening kpd yg lain, fenomena ini dinamai ~; 2. bayangan perasaan: ~ wajah ceria anak-anak itu jelas menggambarkan rasa riang di hati kecil mereka; pembiasan perihal (proses atau perbuatan) membias atau membiaskan.Kamus Dewan Edisi Keempat
angin1 udara yg bergerak: Kertas-kertas yg bersusun di atas mejanya habis berterbangan ditiup ~. 2 udara yg dimampatkan (spt yg diisikan ke dlm tayar dsb); Tayar kereta itu tidak cukup ~. 3 gas yg terdapat dlm tubuh badan (biasanya dikeluarkan ketika kentut atau sendawa). 4 udara secara umum: mengambil ~ berjalan-jalan menyedut udara bersih. ~ ahmar keadaan yg terjadi dgn tiba-tiba disebabkan saluran darah tersumbat, rosak atau pecah, yg mengakibatkan hilang kemampuan utk menggerakkan sesetengah anggota badan. ~ badai angin yg datang dr sesuatu jurusan hingga beberapa hari lamanya. ~ barat angin yg datang dr sebelah barat. ~ darat angin yg bertiup dr darat. ~ gila angin yg tidak tentu haluannya. ~ lalu khabar yg tidak tentu benar tidaknya. ~ laut angin yg bertiup dr laut. ~ paksa angin yg baik utk belayar. ~ puyuh (puting beliung) angin yg berpusing. ~ sepoi-sepoi (bahasa) angin yg bertiup perlahan-lahan. angin-angin khabar yg belum sah; desas-desus; khabar angin. angin-anginan orang yg kelakuannya tidak tetap. berangin 1 ada angin bertiup. 2 ada anginnya atau berisi angin: Tayar belakang basikal itu tidak ~. mengangin 1 memisahkan padi dr hampanya dgn menjatuhkannya dr tempat tinggi ketika angin bertiup: ~ padi. 2 menjadi angin (hilang lenyap). mengangini memasukkan angin ke dlm (tayar dsb); meniupkan angin pd; memberi berangin. menganginkan ki memberitahukan sesuatu tidak dgn terus terang; membayangkan. memperanginkan meletakkan sesuatu di tempat yg berangin; menjadikan berangin: Dia ~ kainnya yg basah itu di bawah kipas. peranginan; tempat ~ tempat beristirahat. anjung ~ anjung tempat duduk-duduk berehat.Kamus Pelajar Edisi Kedua
12

Kembali ke atas