badal | Jw 1. wakil (bagi orang naik haji dll); 2. ejen (perusahaan dll). | Kamus Dewan Edisi Keempat |
haji badal | orang yg menunaikan fardu haji utk orang lain yg sakit dll; | Kamus Dewan Edisi Keempat |
haji | 1. = fardu ~ rukun Islam yg kelima yg memerlukan seseorang Islam (yg cukup syaratnya) pergi ke Mekah dan melakukan beberapa ibadat yg berkaitan dgn fardu itu; mengerjakan ~ menunaikan fardu haji; 2. orang yg berangkat ke Mekah utk menunaikan fardu haji; jemaah ~ rombongan orang yg pergi ke Mekah utk menunaikan fardu haji; kapal ~ kapal yg membawa jemaah haji ke Mekah; Syeikh ~ orang yg mengurus hal-hal dan keperluan-keperluan jemaah haji (sewaktu mereka sedang menunaikan fardu haji); 3. gelaran atau panggilan bagi orang lelaki yg telah menunaikan fardu haji: H~ Khairuddin; bulan ~ bulan Zulhijah; fardu ~ kewajiban menunaikan haji; Hari Raya H~ hari besar Islam yg dirayakan pd 10 Zulhijah, Hari Raya Aidiladha; naik ~ pergi ke Mekah kerana menunaikan fardu haji; rukun ~ segala perbuatan yg mesti dilakukan supaya sah haji; tabung ~ a) kumpulan wang yg disimpan oleh bakal haji; b) bp = Lembaga Urusan Tabung H~ perbadanan yg mengurus simpanan wang bakal-bakal Haji dan pemergian mereka ke Tanah Suci (Mekah); ~ akbar (besar) ibadat haji yg wukufnya jatuh pd hari Jumaat; ~ badal orang yg menunaikan fardu haji utk orang lain yg sakit dll; ~ ifrad haji yg diikuti dgn umrah sebaik sahaja selesai ibadah haji dilaksanakan pd bulan haji; ~ mabrur ibadah haji yg dianggap sah, sempurna dan diterima Allah SWT kerana memenuhi segala rukun dan syarat (dapat mengekalkan sifat dan kelakuan yg baik dan terpuji selepas menunaikan haji); ~ mardud ibadah haji yg dianggap tidak sah dan tidak diterima Allah SWT (kerana sifat dan kelakuannya lebih buruk sebelum menunaikan haji); ~ qiran qiran; ~ sunat bp a) budak yg pergi ke Mekah mengikut orang naik haji ketika belum baligh; b) pergi naik haji sebelum baligh; ~ tamatuk haji yg dikerjakan setelah selesainya ibadah umrah pd bulan haji, dan dikenakan dam; ~ widak haji yg terakhir dikerjakan oleh Nabi Muhammad SAW sebelum wafat; menghajikan menunaikan haji bagi pihak orang lain. | Kamus Dewan Edisi Keempat |