Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[ba.gai.ma.na] | باݢايمان

Definisi : 1. kata tanya (menanyakan hal), betapa: ~ keadaan budak yg sakit itu sekarang? 2. dgn cara apa, dgn jalan apa: parlimen menjaga dan mengawal ~ wang orang ramai dipungut dan dibelanjakan; ~ juga bagaimanapun;sebagaimana seperti (yg dikehendaki dll), sama (halnya) dgn, seperti mana: sekolah itu dapat memberi pendidikan ~ yg dikehendaki;bagaimanapun biar apa pun yg terjadi;dibagaimanakan dipengapakan. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[ba.gai.ma.na] | باݢايمان

Definisi : kata yg digunakan utk menanyakan keadaan atau cara: ~kah kamu membuat kira-kira ini? sebagaimana seperti (yg ada, yg dikehendaki, yg dirujuk dsb); sama halnya dgn: Dia melakukannya ~ yg dikehendaki. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata bagaimana

Puisi
 

Bagaimana mencucuk manik,
     Manik dicucuk di pagi hari;
Abang adik silalah naik,
     Itu air membasuh kaki.


Lihat selanjutnya...(39)
Peribahasa

Bagaimana rupa begitulah bayangnya.

Bermaksud :

Anak menurut baka bapanya; sesuatu itu menurut asalnya. (Peribahasa lain yang sama makna: a. Bagaimana acuan begitulah kuihnya; bagaimana contoh begitulah gubahannya, b. Bapa burik anaknya tentu rintik).

 

Lihat selanjutnya...(30)


Kamus Bahasa Melayu

KataTakrifSumber
bagaimanakata yg digunakan utk menanyakan keadaan atau cara: ~kah kamu membuat kira-kira ini? sebagaimana seperti (yg ada, yg dikehendaki, yg dirujuk dsb); sama halnya dgn: Dia melakukannya ~ yg dikehendaki.Kamus Pelajar Edisi Kedua
bagaimana jugabagaimanapun;Kamus Dewan Edisi Keempat
bagaimana1. kata tanya (menanyakan hal), betapa: ~ keadaan budak yg sakit itu sekarang? 2. dgn cara apa, dgn jalan apa: parlimen menjaga dan mengawal ~ wang orang ramai dipungut dan dibelanjakan; ~ juga bagaimanapun;sebagaimana seperti (yg dikehendaki dll), sama (halnya) dgn, seperti mana: sekolah itu dapat memberi pendidikan ~ yg dikehendaki;bagaimanapun biar apa pun yg terjadi;dibagaimanakan dipengapakan.Kamus Dewan Edisi Keempat
bagaimanakata yg digunakan utk menanyakan keadaan atau cara: ~ kamu membuat kira-kira ini?Kamus Pelajar
kod(code)1. Set peraturan tertentu yang menunjukkan cara bagaimana data boleh diwakili. 2. Peraturan dan resam yang menentukan bagaimana isyarat yang mewakili data boleh dibentuk, dihantar, diterima, dan diproses dalam suatu sistem perhubungan. 3. Bentuk berlambang yang mewakili data atau suruhan atur cara komputer atau mikropemproses yang boleh diterima dan diproses oleh mesin tersebut.Kamus Komputer
tatabahasa(grammar)1. Hukum yang menyatakan bagaimana unsur dalam bahasa rekaan atau bahasa tabii perlu digabungkan untuk menjadi ayat yang bermakna. 2. Aturan yang menerangkan bagaimana pelbagai unsur dalam bahasa pengaturcaraan harus digunakan untuk membuat atur cara.Kamus Komputer
mengumpamakan1. menganggap sama dgn, menjadikan contoh (kiasan, ibarat), meng-ibaratkan, membandingkan (dgn): mata manu-sia bolehlah diumpamakan sbg sebuah kamera; 2. melakukan atau mengatakan sesuatu sbg contoh (sbg ulangan drpd yg telah dilakukan), memberitahu bagaimana (dgn gaya dll): beliau telah ~ bagaimana beliau dapat mengelakkan diri drpd tikaman pen-curi itu; 3. menganggap sbg misalan (bukan sungguh-sungguh), memisalkan, menyifat-kan: aku umpamakan kau dikahwinkan dgn seorang pemuda dr bangsamu sendiri; 4. menunjukkan hormat (menghargai) spt yg selayaknya, menghormati (sebagaimana mesti-nya): segeralah ia tangkap, jika ia melawan, bunuh olehmu, kerana ia tidak ~ daku;Kamus Dewan Edisi Keempat
secerdik-cerdikbagaimana cerdik sekalipun: ~ dia, akhirnya tertipu juga.Kamus Pelajar Edisi Kedua
sebodoh-bodohbagaimana bodoh sekalipun: ~ aku, aku tidak akan menyerah kalah begitu sajaKamus Pelajar Edisi Kedua
betapa1 bagaimana; dgn cara apa: ~ halnya kita hendak membawa dia ke rumah sakit sedangkan kita tidak mempunyai kenderaan? 2 sebagaimana; spt yg sepatutnya: Mereka telah dikahwinkan ~ adat orang-orang dahulukala. 3 alangkah; bukan main: ~ girangnya hatiku mendapat seorang anak, tidak dpt kuceritakan. 4 walau bagaimanapun; meskipun: ~ dicarinya, tidak juga ditemukan.Kamus Pelajar Edisi Kedua
12345678910...

Kembali ke atas