Maklumat Kata

Carian kata tiada di dalam kamus terkini. Sila rujuk capaian Kamus Dalam Talian ini.
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata bagan I 1


Kamus Bahasa Melayu

KataTakrifSumber
bagan1 gambar yg dibuat secara kasar. 2 tiang-tiang rumah yg baru didirikan. 3 tiang dan palang pd para-para tempat menjemur ikan.Kamus Pelajar Edisi Kedua
rajah I1. tulisan (gambaran, suratan, tanda-tanda, dll) yg dibuat sbg azimat (ubat peng­halau hantu dll); 2. garis-garis pd tapak tangan, suratan tangan; 3. coreng-coreng pd tubuh yg dibuat dgn barang tajam dll, cacahan; 4. gambar dgn garis-garis, bagan; merajah 1. membuat rajah (dgn kapur dll) sbg mengubat orang sakit dll; 2. mencoreng (badan), mencacah; 3. sl merodok, menusuk dgn tombak (lembing dll): dirajahnya dgn tombaknya; merajahkan membuat rajah sesuatu, melukis sesuatu dgn rajah: rajahkan sebuah bilik rehat.Kamus Dewan Edisi Keempat
berbagan1. mempunyai bagan; 2. berpangkalan: mereka selamat sampai ke pantai tempat nelayan Cina ~.Kamus Dewan Edisi Keempat
bagan I1. tiang-tiang rumah yg baru didirikan, tiang-tiang dan kayu-kayu palang tempat menjemur ikan; 2. (gambar) lakar; peta ~ Id peta lakar; 3. (gambar) rancangan: oleh sebab ketiadaan ~ waktu itu, kita menjadi tidak jelas, kabur tentang hari depan, dr segi politik; ~ pengajaran bahasa rancangan pengajaran bahasa; 4. pangkalan: balak ditarik ke panglong, ke ~ atau ke kilang;berbagan 1. mempunyai bagan; 2. berpangkalan: mereka selamat sampai ke pantai tempat nelayan Cina ~.Kamus Dewan Edisi Keempat
bagan1. gambar yg dibuat secara kasar. 2. tiang-tiang rumah yg baru didirikan. 3. tiang dan palang pd para-para tempat menjemur ikan.Kamus Pelajar
rangka I1. tulang-tulangan (tubuh, rumah, dll), kerangka: ~ basikal; badannya kurus kering, tinggal ~; ~ rumah sudah berdiri; 2. buram, bagan, rancangan (yg menyeluruh dan tidak terperinci): guru hendaklah meng­gunakan berbagai-bagai kaedah utk men­dapat kejayaan, oleh yg demikian ~ yg diberikan ini hanyalah panduan sahaja; 30 orang intelek Melayu dr seluruh Malaysia akan membuat satu pertemuan awal dgn beliau dlm ~ sokongan intelek-intelek; ~ lawatan rancangan menyeluruh lawatan atau kunjungan; ~ pembangunan rang (ren-cana) pembangunan; berangka mempunyai rangka, ada bentuk­nya (bangunnya dll): binatang yg tidak ~; syair yg ~ tetap; merangka membuat atau mengatur rangka (rancangan, rencana, dll) utk sesuatu: malam itu abang ~ jadual utk esok; baginda akan membaca titah diraja yg ~ dasar kerajaan; dia ~ program yg akan diisinya kelak; merangka-rangka mengatur-atur, mereka-reka: ia ~ bahan yg akan dipercakapkan nanti; perangkaan ilmu yg membicarakan cara-cara membuat kesimpulan drpd data, meng­analisis data dan mentafsir data, statistik; perangka orang yg merangka (program, ran­cangan dsb), perancang: para ~ dan penyelia program ini terdiri drpd pegawai di Kemen­terian Pendidikan.Kamus Dewan Edisi Keempat
pulasari1. sj tumbuhan (pokok kecil yg daun­nya tipis), empelas hari, Alyxia forbesii; 2. sj tumbuhan (pokok memanjat yg bunga dan kulitnya wangi), akar bagan, empelas hari, mempelasari, mempelas hari, Alyxia lucida.Kamus Dewan Edisi Keempat
meletakkan1. menempatkan (pd), me­ngenakan (pd), membubuh (ubat dll): dgn segera perempuan itu ~ bungkusan yg dijunjungnya di atas sebuah batu hampar; kanak-kanak itu diletakkan di bawah kawal­an pegawai akhlak; 2. memasukkan (dlm): pantai Bagan Datok dan Lumut mungkin diletakkan dlm kawasan keselamatan sbg langkah berjaga-jaga; 3. ki melepaskan (perkhidmatan dll), meninggalkan; ~ jawatan berhenti drpd memegang sesuatu jawatan; ~ senjata menamatkan peperangan; 4. memberi, menganugerahkan, menghadiah­kan: maka Sultan Mansor Shah menyuruh memanggil Hang Tuah diberi baginda persalin serta diletakkanlah oleh baginda nama Laksamana; 5. sl menentukan, menetap­kan: syahadan bagindalah yg pertama ~ kekuningan larangan;Kamus Dewan Edisi Keempat
gambar1. lukisan, foto; tukang (pandai) ~ orang yg kerjanya mengambil gambar, jurugambar; kantur ~ Id pejabat tempat membuat gambar peta; 2. tiruan sesuatu benda yg dibuat dgn menggunakan kamera, foto; 3. sl patung; ~ angan-angan gambar yg dikhayalkan; ~ bagan gambar yg dibuat dgn garis-garis dan menunjukkan bahagian penting sahaja, lakar; ~ bumi peta bumi; ~ cermin Id bayangan pd cermin; ~ denah gambar bagan; ~ ejekan (sindiran) gambar orang yg dibuat ganjil dgn sengaja sbg sindiran; ~ hidup = wayang ~ = komidi ~ wayang gelap, gambar bergerak yg ditayangkan; ~ mati = ~ sorot wayang gelap yg tidak bergerak; ~ sisip = ~ selit kepingan lut sinar yg diberi bergambar utk ditayangkan pd tirai; ~ tempel Id a) gambar yg dilekatkan pd kertas (kad, kain, dll); b) gambar iklan yg dilekatkan pd tembok dll; ~ timbul gambar yg dibuat timbul pd batu dll;bergambar 1. mempunyai gambar, dihiasi dgn gambar: buku bacaan ~; kad ~; 2. mengambil gambar dgn kamera: para pelancong ~ di depan bangunan Parlimen;menggambar melukis (membuat) gambar: ia suka ~ pemandangan;menggambari memberi bergambar, menghiasi dgn gambar: kertas minyak digambari rangka-rangka bangunan;menggambarkan 1. membuat gambar utk: guru ~ muridnya seekor singa; 2. melukiskan, membayangkan: lukisan ini ~ penderitaan rakyat yg miskin; dapat digambarkannya bagaimana rakan-rakannya pd hari itu bersuka ria; 3. mengisahkan atau membayangkan sesuatu keadaan dsb: pepatah ini ~ satu hakikat yg tidak boleh dinafikan dlm kehidupan sehari-hari; tergambar terbayang, terlukis: dlm fikirannya ~ wajah anak muda itu;gambaran 1. gambar, lukisan; 2. kisah (keterangan, bayangan, dsb) tentang sesuatu keadaan dsb; penggambaran 1. perihal menggambarkan (membuat foto, melukiskan, membayangkan, dll); 2. kegiatan (perbuatan, usaha, dsb) membuat filem termasuk berlakon, mengarah dsb;penggambar orang yg menggambarkan, pelukis.Kamus Dewan Edisi Keempat
simpati1. perasaan belas kasihan, timbang rasa, dsb terhadap seseorang atau sesuatu, ter­utamanya apabila ditimpa kesusahan: ben­cana spt itu seharusnya mendapat ~ dan bantuan dr dlm dan luar negeri; 2. perasaan bersetuju dgn menyokong sesuatu idea, pen­dapat, dsb bagi tujuan tertentu; bersimpati menunjukkan simpati, menaruh simpati: saya sangat ~ dgn nasib malang pelajar dr Bagan Serai itu.Kamus Dewan Edisi Keempat
12

Kembali ke atas