rancak I | 1. Mn bagus, baik, cantik, elok, molek; ~ di lebuh suka berpakaian yg bagus-bagus (cantik), pesolek; 2. cepat dan riang (irama muzik, rentak tarian, dll): Masri suka menyanyikan lagu-lagu ~; murai melagukan irama ria dan ~ memanggil petani bekerja; 3. aktif, bersungguh-sungguh, giat, tangkas: dia berjalan dgn ~ menghala ke kampungnya; persatuan itu sekarang sedang ~ dan bersungguh-sungguh menjalankan projek membantu pelajar-pelajar miskin; degup jantungnya bertambah ~; kedengaran suara tembakan yg ~ dr suatu arah; perjuangan begitu ~, begitu tangkas; merancak menjadi rancak: perlumbaan senjata yg semakin ~; merancakkan menjadikan rancak: banyak rancangan yg diatur utk ~ kerjasama antara kedua-dua buah negara; kerancakan perihal rancak; kerancak-rancakan sombong kerana cantiknya. | Kamus Dewan Edisi Keempat |
rancak di lebuh | suka berpakaian yg bagus-bagus (cantik), pesolek; | Kamus Dewan Edisi Keempat |
melantan kain | memakai kain yg kasar utk menjaga kain yg bagus-bagus. | Kamus Dewan Edisi Keempat |
melantan | menjaga, memelihara; ~ anak terlalu sangat memanjakan anak; ~ badan menjaga badan baik-baik; ~ kain memakai kain yg kasar utk menjaga kain yg bagus-bagus. | Kamus Dewan Edisi Keempat |
lantan | Mn ark; melantan menjaga, memelihara; ~ anak terlalu sangat memanjakan anak; ~ badan menjaga badan baik-baik; ~ kain memakai kain yg kasar utk menjaga kain yg bagus-bagus. | Kamus Dewan Edisi Keempat |
bagus | baik; elok; indah: Rumah kamu ini ~ sekali. membaguskan menjadikan bagus. memperbagus membuat supaya lebih bagus. kebagusan keadaan atau hal bagus; keelokan. | Kamus Pelajar Edisi Kedua |
bagus | baik; elok; indah: Rumah kamu ini ~ sekali. membaguskan menjadikan bagus. memperbagus membuat supaya lebih bagus. kebagusan keadaan atau hal bagus; keelokan. | Kamus Pelajar |
bagus | 1. berkeadaan atau bersifat baik lagi memuaskan hati, sangat baik: barang itu masih ~ walaupun telah lama disimpan; 2. sangat cantik: parasnya yg ~ menawan hati putera raja itu; 3. digunakan sbg kata pujian: ~, awak telah menjalankan pekerjaan itu dgn baik sekali;membaguskan membuat jadi bagus;memperbagus membuat supaya lebih bagus: hendaklah dia ~ hatinya;kebagusan perihal bagus. | Kamus Dewan Edisi Keempat |
elok | (élok) 1. cantik, menarik: rupanya sangat ~; tulisannya ~ dan kemas; 2. baik, bagus: cuaca sangat ~ hari ini; ikan banyak mengandungi protein, oleh itu ~lah dimakan selalu; ~ buruknya baik ataupun buruknya (sesuatu); ~ basa kan bakal hidup, ~ budi kan bakal mati prb kalau elok tegur sapa akan jadi kesayangan orang sewaktu hidup, kalau elok budi akan jadi kenang-kenangan sesudah mati; seelok sama elok dgn, sebaik; seelok-elok pd waktu, sebaik: ~ Timah ber-salin sahaja, ia pun diceraikan;seelok-eloknya yg paling eloknya, sebaik-baiknya: ~, wang yg lebih itu disimpan di bank; mengelokkan 1. menjadikan elok (cantik), mencantikkan: ~ rumahnya menjelang hari raya; 2. menjadikan elok (baik, bagus), membaguskan, membaikkan: ~ kelakuan orang; memperelok menjadikan lebih elok: ~ adat resam kita; keelokan 1. perihal elok (cantik), kecantikan: ia sekali-kali tidak terpengaruh oleh kecantikan atau ~ seorang perempuan; 2. perihal elok (baik, bagus), kebaikan, kebagusan: mustahak dijaga ~ perjalanan enjin. | Kamus Dewan Edisi Keempat |
membaguskan | menjadikan bagus. | Kamus Pelajar Edisi Kedua |