ia I | 1. kata ganti diri ketiga (bagi laki-laki atau perempuan), dia: hari ni ~ tidak datang ke pejabat; 2. kata ganti benda yg dibicarakan: hatta harta yg ada akan kita bahagi-bahagi-kan atas keyakinan bahawa ~ menjadi bekalan yg dapat menolongnya di akhirat nanti; inilah ganti rugi saman malu yg paling besar dlm sejarah negara kita walaupun ~ hanya separuh drpd yg dituntut. | Kamus Dewan Edisi Keempat |
belah bahagi | ; berbelah bahagi (bagi) tidak tetap atau teguh (pendirian, perasaan, dsb) pd sesuatu tumpuan, berbahagi, berpecah: rakyat Malaysia harus bersatu padu dan jangan ~; membelahbahagikan menyebabkan atau menjadikan berbelah bahagi: aku tidak pernah ~ kasihku padamu. | Kamus Dewan Edisi Keempat |
bahagi | belahan drpd sesuatu benda: benda itu dikerat menjadi empat ~; dua ~ sl dua pertiga; tiga ~ sl tiga perempat;membahagi 1. membelah (memecahkan, memisahkan) menjadi beberapa bahagian (yg sama): keuntungan itu dibahagi dua; 2. memecahkan dan memberikan kpd: hasil kutipan itu dibahagi rata kpd rumah-rumah anak yatim piatu; 3. memecahkan sesuatu bilangan (jumlah, angka) dgn sesuatu bilangan atau angka lain: lapan dibahagi empat; ~ konkrit mencari beberapa kali sesuatu angka yg terdapat di dlm angka lain;membahagikan 1. = membahagi membelah (memecahkan, memisahkan) menjadi beberapa bahagian: Banjaran Besar Tanah Melayu bukan sahaja ~ Tanah Melayu kpd dua bahagian tetapi juga kpd dua iklim; sastera Melayu dapat dibahagikan kpd sastera lama dan sastera moden; 2. menjadikan terpisah, memisahkan: Selat Melaka ~ Semenanjung Malaysia dgn Sumatera; 3. memberikan;membahagi-bahagikan 1. membahagi dan memberikan kpd beberapa orang yg lain, mengagih-agihkan: ~ barang rampasan; 2. memberikan sesuatu (spt surat edaran, risalah, dsb) kpd setiap orang yg ada di sesuatu kawasan: ~ risalah;terbahagi dibahagi, dibahagikan;bahagian 1. hasil drpd membahagi: dibahagikan kpd tiga ~; 2. penggal (buku, cerita, dll): ~ terakhir buku itu tidak menarik; 3. hak atas barang yg dibahagi, habuan: ~ saya belum saya terima lagi; 4. sesuatu (benda, alat, dll) yg menyempurnakan barang yg lain: ~ tubuh; 5. unit dlm sesuatu jabatan (syarikat dll) yg menjalankan fungsi tertentu: ~ kewangan; 6. untung nasib: setiap hamba mempunyai ~nya masing-masing;sebahagian setengah, segolongan;pembahagian perihal membahagi(kan): dlm ~ itu Si Tenggang tidak ketinggalan drpd mendapat habuannya;pembahagi 1. yg membahagi(kan); 2. (Mat) bilangan yg dipakai utk membahagi; ~ dua (Mat) garis yg membahagi dua sesuatu sudut; ~ persekutuan terbesar Id bilangan terbesar yg dapat membahagi beberapa bilangan lain. | Kamus Dewan Edisi Keempat |
bahagi | penggal atau belahan drpd sesuatu benda; | Kamus Dewan Edisi Keempat |
agih | bahagi, beri; beragih berbahagi (harta dll); mengagih; suarang diagih NS harta yg diperoleh selama perkahwinan (kalau bercerai dibahagi dua); mengagihkan membahagikan, memberikan: ia ~ rokok buatan luar negeri kpd kami; mengagih-agihkan membahagi-bahagikan: di sinilah letaknya keperluan perancangan supaya sumber-sumber yg terhad dapat diagih-agihkan mengikut keutamaan keperluan; pengagihan perbuatan dsb mengagihkan, pembahagian: harta yg diketepikan oleh pemilik itu dipegang dlm bentuk amanah bagi ~ berterusan kpd penerima; ~ kuasa pembahagian dan penentuan (bidang kuasa) kpd golongan-golongan tertentu dsb; peragih pembahagian, pemberian: apa ~ mentua kpd pengantin itu? agihan apa yg diagihkan atau dibahagikan: dari segi ~ tanah tani, sektor tanaman dagangan menguasai sektor pertanian. | Kamus Dewan Edisi Keempat |
bahagi | belahan drpd sesuatu: penggal: Kayu yg panjang itu dikerat menjadi empat ~. kira-kira ~ hitungan memecahkan sesuatu (nombor dsb) kpd beberapa kumpulan tertentu (spt 10÷2 atau atau 2 10 = 5). membahagi 1 memecah kpd beberapa belahan. 2 membuat kira-kira bahagi. membahagikan 1 membelah sesuatu menjadi beberapa kumpulan: Banjaran Gunung Titiwangsa ~ Semenanjung Tanah Melayu kpd dua kawasan. 2 memberikan sesuatu kpd beberapa orang atau berapa kumpulan: Saya telah ~ wang itu kpd adik-adik saya. 3 menjadikan sesuatu angka lebih kecil drpd yg mula-mula; mengecilkan sesuatu angka dgn sesuatu angka yg lain: Guru menyuruh saya ~ 6981 dgn 3. bahagian 1 hasil drpd membahagi; pecahan drpd sesuatu yg dibahagikan: Pedagang-pedagang itu telah membahagikan hasil jualan mereka kpd tiga ~. 2 hak milik atau sesautu yg dibahagikan: Yg ini ~ awak, sementara yg itu, ~ saya. 3 cabang atau cawangan drpd sesuatu yg lebih besar: Ayah saya bekerja di ~ Bahasa, Dewan Bahasa dan Pustaka. terbahagi sudah dibahagikan. pembahagian 1 hal (cara, perbuatan dsb) membahagi atau membahagikan: Dasar Ekonomi Baru mementingkan ~ pendapatan dan peluang yg sama antara kaum. 2 hitungan membahagi. pembahagi angka yg digunakan utk membahagikan sesuatu angka yg lain. | Kamus Pelajar Edisi Kedua |
bahagi | belahan drpd sesuatu; penggal: Kayu yg panjang itu dikerat menjadi empat ~. kira-kira ~ hitungan memecahkan sesuatu (nombor dsb) kpd beberapa kumpulan tertentu (spt 10 ¸2 atau 10/2 atau 2 10 = 5). membahagi 1. memecah kpd beberapa belahan. 2. membuat kira-kira bahagi. membahagikan 1. membelah sesuatu menjadi beberapa kumpulan: Banjaran Gunung Titiwangsa ~ Semenanjung Tanah Melayu kpd dua kawasan. 2. memberikan sesuatu kpd beberapa orang atau berapa kumpulan: Saya telah ~ wang itu kpd adik-adik saya. 3. menjadikan sesuatu angka lebih kecil drpd yg mula-mula; mengecilkan sesuatu angka dgn sesuatu angka yg lain: Guru menyuruh saya ~ 6981 dgn 3. bahagian 1. hasil drpd membahagi; pecahan drpd sesuatu yg dibahagikan: Pedagang-pedagang itu telah membahagikan hasil jualan mereka kpd tiga ~. 2. hak milik atau sesuatu yg dibahagikan: Yg ini ~ awak, sementara yg itu, ~ saya. 3. cabang atau cawangan drpd sesuatu yg lebih besar: Ayah saya bekerja di ~ Bahasa, Dewan Bahasa dan Pustaka. terbahagi sudah dibahagikan. pembahagian 1. hal (cara, perbuatan dsb) membahagi atau membahagikan:Dasar Ekonomi Baru mementingkan ~ pendapatan dan peluang yg sama antara kaum. 2. hitungan membahagi. pembahagi angka yg digunakan utk membahagikan sesuatu angka yg lain. | Kamus Pelajar |
tipak I | Mn 1. giliran; 2. bahagian yg dikhaskan (utk); 3. karib, erat, rapat; 4. mengenai, berkaitan dgn, tentang; bertipak 1. (sudah) dibahagi-bahagi; pusaka itu sudah ~ pusaka itu sudah dibahagi-bahagi (kpd waris-warisnya); 2. menurut, mengenai; peraturan bertipak-tipak peraturan menurut (mengenai) kaum atau pihak yg tertentu. | Kamus Dewan Edisi Keempat |
sekat I | 1. sesuatu (dinding, tabir, dll) yg mem-bahagi-bahagikan ruangan: di antara kedua-dua tempat tidur mereka dipasang ~; ~ hidung bahagian antara kedua-dua lubang hidung; 2. = sekatan halangan, galangan, rintangan; bersekat 1. mempunyai (memakai) sekat: rumah itu tidak berbilik, hanya ~ di antara bahagian dapur dgn bahagian depan; 2. ada had atau batasnya (kuasa dll); bersekat-sekat mempunyai banyak sekat, terbahagi-bahagi oleh sekat (ruang bilik dll); menyekat 1. = menyekati memisahkan (membahagi-bahagikan) dgn sekat, memberi bersekat: ruang yg besar itu disekat menjadi beberapa bilik kecil; 2. = menyekati menahan supaya tidak merebak atau melimpah (penyakit, air, dll), membatasi, membendung, menghalang: jika lekas diubati, penyakit itu akan dapat disekat drpd melarat; pasukan keselamatan akan dapat ~ gerila-gerila itu drpd bermaha-rajalela; 3. membatasi (menyekap, mengasing-kan) diri; tersekat kena sekat, disekati, terhalang: pan-dangannya ~ oleh daun-daun pisang yg menghijau; tersekat-sekat terputus-putus (suara dll), tersangkut-sangkut: suaranya itu ~ sedikit keluarnya; sekatan 1. benda (dinding dll) yg membahagi-kan sesuatu, sekat; 2. rintangan, galangan: ~-~ ekonomi dan perdagangan hendaklah dibatal-kan dgn segera; 3. ruang (bilik dll) yg telah dibahagi-bahagikan oleh sekat; penyekatan perbuatan menyekat; penyekat 1. sesuatu yg digunakan utk me-nyekat, tabir, tebeng: ~ kekisi; 2. sesuatu yg menyekat (menggalang, menghalang, merintangi, dll). | Kamus Dewan Edisi Keempat |
tanda bahagi | tanda (÷) yg menunjukkan bahawa sesuatu angka mesti dibahagikan. | Kamus Pelajar Edisi Kedua |