bahana I | 1. bunyi kuat: ~ meriam berdentum; 2. dengung, deru, gema: ~ anak panah; 3. bising, suara riuh rendah: ~ tentera berjalan; 4. sl kata, suara; menteri yg muda menghambur ~; membahana 1. menjadi bergema, bergaung, dll kerana sesuatu bunyi; 2. ki menjadi jelas, terang, menjadi nyata: masalah ini terus ~ melalui risalah-risalah teologi; membahanakan menyebabkan menjadi bahana. | Kamus Dewan Edisi Keempat |
bahana II | 1 kerana; oleh sebab: Tubuhnya kurus kering ~ menghisap dadah. 2 sesuatu yg berlaku (biasanya yg kurang baik atau yg buruk) akibat sesuatu kejadian, perbuatan dsb: Itulah ~ akibat ingkar perintah Allah. | Kamus Pelajar Edisi Kedua |
bahana I | 1 bunyi yg kuat spt bunyi petir, meriam dsb. 2 bunyi yg bergema atau berdengung, spt bunyi anak panah yg dilepaskan dr busur. 3 bunyi bising yg tidak keruan; riuh-rendah. | Kamus Pelajar Edisi Kedua |
bahana III | 1. kerana, sebab: tubuh Si Tenggang kurus dan lemah oleh ~ kerap dilawati penyakit; 2. sesuatu yg timbul disebabkan drpd sesuatu kejadian (perbuatan, tindakan, keadaan, dsb), terutamanya yg kurang baik atau yg buruk, kesan, akibat: engkau tunggulah ~ perbuatan jahatmu itu; kuncupan aktiviti ekonomi negara yg berterusan akan menimbulkan pelbagai ~, spt meningkatnya pengangguran dan merebaknya masalah hutang lapuk. | Kamus Dewan Edisi Keempat |
bahana II | sl 1. berbeza; 2. luar biasa, amat (elok, besar, dll): paras adinda terlalu ~, lemah lembut sedang perdana; ® behena. | Kamus Dewan Edisi Keempat |
bahana I | 1. bunyi yg kuat spt bunyi petir, meriam dsb. 2. bunyi yg bergema atau berdengung spt bunyi anak panah yg dilepaskan dr busur dsb. 3. bunyi bising yg tidak keruan; riuh-rendah. | Kamus Pelajar |