baharu-baharu | sj ikan laut, Drepane punctata. | Kamus Dewan Edisi Keempat |
reka cipta | (réka cipta) barang yg pertama kali dicipta, ciptaan baharu; mereka cipta membuat ciptaan baharu: Alexander Graham Bell ialah orang Amerika yg ~ telefon; perekaciptaan perihal (proses, perbuatan dsb) mereka cipta; pereka cipta orang yg mencipta sesuatu yg baharu: John Baird ialah ~ bangsa Scot. | Kamus Dewan Edisi Keempat |
baharu | baru;membaharui 1. membaiki (melakukan sesuatu, mengubah, dll) supaya sesuatu itu menjadi baharu: jalan itu sudah dibaharui; 2. mengulangi lagi: dia tidak ~ pertanyaannya; 3. memulakan sesuatu semula: rakyat membuka kampung utk ~ hidup masing-masing; 4. menggantikan atau menukarkan (sesuatu) dgn yg baru atau yg mempunyai tempoh kuat kuasa dsb yg baru: pokok ini tidak payah ~ daunnya; ~ lesen memandu;memperbaharu menjadikan sesuatu lebih baharu;kebaharuan sifat-sifat baru, anasir-anasir baru: satu contoh ~nya ialah bahawa ia ada memuatkan petikan-petikan drpd karangan-karangan bahasa Melayu-Indonesia; pembaharuan perihal (perbuatan dll) membaharui: mereka ini hendak membawa satu ~ dlm agama Islam; mereka hanya cenderung kpd isi sehingga yg dimaksudkan oleh mereka sbg ~ ialah ~ isi belaka;pembaharu orang yg membawa pembaharuan: A. Latiff Mohidin merupakan ~ dlm perpuisian Melayu. | Kamus Dewan Edisi Keempat |
baharu | baru. | Kamus Pelajar Edisi Kedua |
baharu | baru. | Kamus Pelajar |
pelonco | Jw 1. tembikai (semangka) yg muda; 2. masih terlalu muda (baharu atau belum berpengalaman); 3. = kepala ~ kepala yg dicukur bersih-bersih, gondol; 4. mahasiswa baharu di universiti yg sedang menghadapi percubaan (dugaan spt dicukur licin-licin dll) drpd mahasiswa yg lebih lama; memelonco 1. mencukur sehingga gondol; 2. menguji dan menduga dgn keras (bkn mahasiswa baharu yg hendak masuk menjadi anggota perkumpulan mahasiswa), mendera; perpeloncoan percubaan (ujian dll) utk menjadi anggota perkumpulan mahasiswa, penderaan. | Kamus Dewan Edisi Keempat |
daun baharu | sj ikan laut, Ephippus orbis. | Kamus Dewan Edisi Keempat |
orang baru | (baharu) a) orang yg baru bekerja; b) orang yg baru datang ke atau tinggal di sesuatu tempat; c) orang yg baru berkahwin; d) anak yg akan atau baru dilahirkan; | Kamus Dewan Edisi Keempat |
panas-panas | masih baharu, hangat-hangat; | Kamus Dewan Edisi Keempat |
JB | kep Johor Baharu. | Kamus Dewan Edisi Keempat |