Maklumat Kata

Carian kata tiada di dalam kamus terkini. Sila rujuk capaian Kamus Dalam Talian ini.
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata bahasa I

Puisi
 

Apa dijual apa dibeli,
     Mari sukat gantang Ali;
Bahasa tak boleh dijual beli,
     Dari hidup sampai mati.


Lihat selanjutnya...(34)
Peribahasa

Sebab bahasa menunjukkan bangsa.

Bermaksud :

Budi bahasa yang halus menunjukkan bangsa yang baik.

 

Lihat selanjutnya...(15)


Kamus Bahasa Melayu

KataTakrifSumber
laras I1. nada (muzik, nyanyian, dll), tala; ~ bahasa variasi bahasa berdasarkan peng­gunaannya (mis sbg bahasa klasik, bahasa istana, bahasa sains, dll), ragam bahasa; 2. = keselarasan, kelarasan; selaras sama haluan, secocok, sepadan, sesuai: tawanan perang mestilah dijaga ~ dgn kandungan Perjanjian Geneva; menyelaraskan memadankan, mencocokkan, menyamakan, menyesuaikan: pd masa ini, beberapa percubaan dilakukan utk ~ demokrasi dan sosialisme; keselarasan, kelarasan perihal sama (sesuai, setimbal, dll), kepadanan, kesamaan, kesesuaian: ~ idea antara pereka tarian dan pereka pakaian perlu wujud; kelarasan antara kata dan hal yg diceritakan terdapat pd syair itu; ketidakselarasan keadaan tidak selaras; penyelarasan perihal (tindakan, kerja) menyelaraskan, penyesuaian: ~ kerja; penyelaras orang yg kerjanya (ditugaskan utk) menyelaraskan sesuatu (spt rancangan, projek, dsb), koordinator; melaraskan 1. menyamakan (nada, tala, dll); 2. menyesuaikan, memadankan: salah satu drpd tugas buah pinggang ialah ~ kepekatan atau banyaknya garam dlm darah; terlaras sudah dilaraskan: sistem pengiraan cukai yg ~; pelarasan perihal melaraskan, penyamaan, penyesuaian; ~ nilai penyesuaian harga sesuatu benda; pelaras 1. alat utk melaraskan (memadan­kan, menyesuaikan): skru ~; suis ~; 2. (Eko) orang yg menaksir, menyelaraskan dan menentukan tahap liabiliti sesebuah syarikat insurans terhadap sesuatu kerosakan (kerugian) apabila tuntutan diterima.Kamus Dewan Edisi Keempat
laras bahasavariasi bahasa berdasarkan peng­gunaannya (mis sbg bahasa klasik, bahasa istana, bahasa sains, dll), ragam bahasa;Kamus Dewan Edisi Keempat
kacukan1 sesuatu yg bercampur aduk; campuran: bahasa Melayu ~ bahasa Melayu yg bercampur dgn bahasa lain; bahasa Melayu pasar. 2 hasil drpd mengacukkan (haiwan atau tumbuh-tumbuhan): Lembu ~ antara lembu tempatan dgn lembu dr Australia banyak dipelihara di sini. orang ~ orang yg ibu dan bapanya berlainan bangsa.Kamus Pelajar Edisi Kedua
lingua franca(Latin) bahasa perantaraan atau bahasa perhubungan antara masyarakat atau orang-orang yg berlainan bahasa: ahli bahasa berpendapat bahawa jika diberi masa utk terus berkembang, bahasa Melayu akan mampu menjadi bahasa perhubungan utama atau ~ di rantau ini.Kamus Dewan Edisi Keempat
bercirikanmempunyai atau menunjukkan ciri atau sifat yg tertentu: Kita pernah mengamalkan corak pendidikan yg ~ empat sistem yg menggunakan bahasa pengantar yg berlainan, iaitu bahasa Inggeris, bahasa Melayu, bahasa Cina dan bahasa Tamil.Kamus Pelajar Edisi Kedua
bahasa Melayu kacukanbahasa Melayu yg bercampur dgn bahasa lain; bahasa Melayu pasar.Kamus Pelajar Edisi Kedua
kawi I; bahasa ~ a) bahasa Jawa kuno; b) bahasa Jawa yg biasa dipakai dlm kesusas­teraan, bahasa pujangga.Kamus Dewan Edisi Keempat
dabing1 hal atau hasil mengalih pertuturan drpd satu bahasa ke bahasa lain dlm filem dsb. 2 hal atau hasil memasukkan bunyi, suara, muzik dll ke dlm filem dsb. mendabing 1 mengalih (mengubah) pertuturan drpd satu bahasa ke bahasa lain dlm filem dsb. 2 memasukkan bunyi, suara muzik dll ke dlm filem dsb.Kamus Pelajar Edisi Kedua
menterjemahkan1. memindahkan (karangan dll) drpd suatu bahasa kpd bahasa yg lain, mengalihbahasakan: masalah kekurangan buku dlm bahasa kebangsaan boleh diatasi dgn ~ buku-buku bahasa Inggeris; 2. ki membawa pengertian, men­tafsirkan: penguat-kuasaan boleh diterjemah­kan sbg langkah menolak perniagaan dan mengarahkan para pelabur ke pasaran lain; 3. menukarkan atau mengubah sesuatu kpd keadaan, bentuk dsb yg konkrit atau nyata: segalanya akan menjadi kenyataan sekira­nya kita ~ impian itu kpd pelan tindakan yg berkesan;Kamus Dewan Edisi Keempat
linguistik1. kajian saintifik tentang bahasa; 2. berkaitan dgn bahasa; ~ berkomputer cabang pengkajian bahasa yg menerapkan teknik komputer dlm pengkajian bahasa dan kesusasteraan, terutamanya dlm pengiraan kekerapan kata dan analisis statistik; ~ gunaan linguistik terapan; ~ normatif aliran linguistik yg berpendirian bahawa tugas ahli linguistik adalah utk menentukan dan mengekalkan kebakuan bahasa; ~ pedagogi cabang linguistik terapan yg berkaitan dgn pembelajaran dan pengajaran bahasa; ~ preskriptif a) perancangan bahasa yg bertujuan utk mewujudkan satu bahasa kebangsaan yg baku; b) sikap dlm kajian bahasa yg berusaha mengadakan rumus utk penggunaan bahasa yg betul; ~ sejarawi kaedah yg digunakan dlm cabang linguistik utk mengkaji perubahan jangka pendek atau jangka panjang dlm sistem bunyi, tatabahasa dan kosa kata suatu bahasa; ~ terapan cabang linguistik yg berkaitan dgn penerapan prakti­kal kajian bahasa spt linguistik pedagogi, leksikografi, terjemahan dan psikolinguistik.Kamus Dewan Edisi Keempat
12345678910...

Kembali ke atas