bahasa asing | bahasa selain bahasa ibunda, yg biasanya dipelajari secara formal atau sebaliknya; | Kamus Dewan Edisi Keempat |
bahasa asing | bahasa yg bukan bahasa ibunda sendiri, yg dipelajari secara formal atau tidak formal. | Kamus Pelajar Edisi Kedua |
kata ambilan | kata yg diambil drpd bahasa asing, kata pinjaman; | Kamus Dewan Edisi Keempat |
kata pinjaman | (Lin) perkataan yg diambil drpd bahasa asing; | Kamus Dewan Edisi Keempat |
bahasa kedua | bahasa yg (sering) digunakan selain bahasa ibunda, bahasa asing yg diketahui atau dapat digunakan oleh seseorang; | Kamus Dewan Edisi Keempat |
fonologi | (Lin) kajian tentang bunyi sebutan dlm sesuatu bahasa: kata-kata drpd bahasa asing hendaklah disesuaikan dgn sistem ~ Melayu. | Kamus Dewan Edisi Keempat |
TOEFL | kep Test of English as Foreign Language (Ujian Bahasa Inggeris sbg Bahasa Asing). | Kamus Dewan Edisi Keempat |
berwahanakan | menggunakan sesuatu (spt bahasa) sbg wahana: keperluan khusus yg ~ bahasa asing. | Kamus Dewan Edisi Keempat |
makmal bahasa | bilik yg dilengkapkan dgn perakam pita dsb utk pembelajaran bahasa asing. | Kamus Dewan Edisi Keempat |
mengadakan | 1. menjadikan ada atau wujud, mewujudkan, menjadikan, menciptakan: Tuhanlah yg ~ seluruh alam ini; 2. mengusahakan sehingga ada (tersedia, terdapat, dsb), menyediakan: ~ wang yg diperlukan; peruntukan belanjawan utk ~ lebih banyak sekolah dan maktab teknik; 3. mengusahakan sehingga berlaku atau berjalan sesuatu (spt seminar, mesyuarat, kenduri, dll), menganjurkan serta mengurus sesuatu: ~ kursus bahasa-bahasa asing; ~ kempen kebersihan; | Kamus Dewan Edisi Keempat |