andam | anak rambut yg dipepat dan disisir baik-baik. berandam 1 sedang memotong rambut (misai, janggut) serta mengaturnya baik-baik. 2 mempunyai anak rambut (rambut, janggut dsb) yg dipepat baik-baik. mengandam memotong dan mengatur rambut (misai, janggut) baik-baik. andaman hasil mengandam: ~nya kemas dan menarik. pengandam orang yg mengandam. | Kamus Pelajar Edisi Kedua |
berandam | 1 sedang memotong rambut (misai, janggut) serta mengaturnya baik-baik. 2 mempunyai anak rambut (rambut, janggut dsb) yg dipepat baik-baik. mengandam memotong dan mengatur rambut (misai, janggut) baik-baik. andaman hasil mengandam: ~nya kemas dan menarik. pengandam orang yg mengandam. | Kamus Pelajar Edisi Kedua |
memelihara | 1 menjaga dgn baik; membela; merawat: ~ anak isteri; 2 mengusahakan atau mengolah sesuatu baik-baik; mengawasi dan menjaga baik-baik: ~ keamanan negara; ~ sawah ladang. 3 membela atau menternak (binatang): Pak Mat banyak ~ lembu. 4 melindungi (drpd bahaya dsb): Semoga Tuhan ~ kamu drpd sebarang malapetaka. | Kamus Pelajar Edisi Kedua |
pelihara | ; memelihara 1 menjaga dgn baik; membela; merawat: ~ anak isteri; 2 mengusahakan atau mengolah sesuatu baik-baik; mengawasi dan menjaga baik-baik: ~ keamanan negara; ~ sawah ladang. 3 membela atau menternak (binatang): Pak Mat banyak ~ lembu. 4 melindungi (drpd bahaya dsb): Semoga Tuhan ~ kamu drpd sebarang malapetaka. terpelihara 1 dipelihara atau dibela; terjaga: Taman-tamannya tidak ~. 2 terlepas atau terlindung drpd bahaya dll. peliharaan sesuatu yg dipelihara; belaan: Kerbau ~nya gemuk-gemuk belaka. pemeliharaan perbuatan atau hal memelihara; penjagaan; pembelaan: Dia bercadang hendak menyerahkan Leman dlm ~ Cik Mat. pemelihara orang yg memelihara; penjaga. | Kamus Pelajar Edisi Kedua |
beres | /bérés/ 1 teratur baik-baik; tidak kusut atau tidak kacau; rapi: Rumah tangganya ~. 2 sudah diselesaikan: Kerjamu itu belum ~ lagi. membereskan 1 mengatur baik-baik; merapikan. 2 mengurus hingga selesai; menyelesaikan (perkara, hutang dsb). keberesan keadaan beres; kerapian. pemberesan perbuatan atau hal membereskan; penyelesaian. | Kamus Pelajar Edisi Kedua |
menyemak | 1 memeriksa semula supaya tidak ada kesalahan apa-apa; memperhatikan sesuatu karangan dll baik-baik; meneliti: Kamu hendaklah ~ karangan kamu dahulu sebelum menyerahkannya kpd guru. 2 mendengar baik-baik apa-apa yg diucapkan atau yg dibacakan orang: Sementara Ali membaca, kamu semua hendaklah ~. | Kamus Pelajar Edisi Kedua |
mengurus | 1. menjaga supaya rapi, mengatur, mengemaskan, menyusun: rambutnya jarang diurus baik-baik; 2. = menguruskan mengendalikan sesuatu supaya teratur (sempurna dll): dia sudah tua, tidak ada siapa yg ~ kebun getahnya; penduduk kampung yg masih hiduplah yg ~ mayat itu; 3. menjaga baik-baik (supaya selamat, sempurna, dll), memelihara, mengawasi (rumah, kebun, dll): anaknya yg tua telah pergi mengambil kain cucian, sedang isterinya ~ anaknya yg kecil di rumah; anak perempuan juga perlu diberi pelajaran mengenai ilmu ~ rumah tangga; 4. = menguruskan menyelenggarakan supaya berjalan dsb dgn baik (perniagaan, per-dagangan, dll), memimpin dan mengatur (perjalanan sesuatu perbadanan dll), menge-lolakan, menjalankan: suami tidak berhak ~ harta benda isterinya melainkan setelah mendapat izin daripadanya atau diwakilkan kepadanya; permintaannya itu tidak diurus-kan oleh ibu bapanya; pegawai-pegawainya ramai utk ~ hal-hal spt itu; 5. menyiasat atau menyelidiki sesuatu perkara, mengendali-kan sesuatu perkara (supaya sempurna), menyelesaikan (perselisihan dll): hal pem-bunuhan itu sedang diurus oleh polis; | Kamus Dewan Edisi Keempat |
semak | /sémak/; menyemak 1 memeriksa semula supaya tidak ada kesalahan apa-apa; memperhatikan sesuatu karangan dll baik-baik; meneliti: Kamu hendaklah ~ karangan kamu dahulu sebelum menyerahkannya kpd guru. 2 mendengar baik-baik apa-apa yg diucapkan atau yg dibacakan orang: Sementara Ali membaca, kamu semua hendaklah ~. semakan hasil menyemak: Tindakan diambil berdasarkan ~ yg dibuat. penyemakan perbuatan atau hal menyemak: ~ yg dijalankan itu adalah utk memastikan tidak berlaku sebarang kesilapan. penyemak orang (jawatankuasa dll) yg menyemak: jawatankuasa ~ dasar pelajaran. | Kamus Pelajar Edisi Kedua |
tambah baik | ; bertambah baik menjadi semakin baik: Prestasi pelajarannya ~. menambah baik menjadikan sesuatu lebih baik: Kerajaan akan ~ perkhidmatan yg sedia ada. penambahbaikan perbuatan atau hal menambah baik sesuatu: Usaha ~ kemudahan asas akan dilaksanakan di kawasan itu. penambah baik sesuatu (bahan dsb) yg menambah baik. | Kamus Pelajar Edisi Kedua |
bersahabat | berkenalan dan berbaik-baik, ber-kawan (dgn), berteman (dgn): kita ~ dgn orang yg baik-baik; Australia dan New Zealand merupakan negara-negara yg ~ baik dgn kita; bagai ~ dgn ular bisa prb kalau berkawan dgn orang yg jahat, lambat-laun dianiayanya juga kita; drpd ~ dgn orang yg bodoh, baik ber-seteru dgn orang berakal prb tidak berfaedah bersahabat dgn orang yg bodoh; | Kamus Dewan Edisi Keempat |