Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu



Definisi : ; membaik biak memperbanyak (tanaman, haiwan) serta memperbaiki mutunya; pembaikbiakan perihal (usaha dsb) membaik biak: teknik baru boleh dimajukan utk memperoleh hasil yg lebih tinggi bagi tiap-tiap satu hektar tanah melebihi proses ~ tumbuhan; pembaik biak sesuatu yg membaik biak: walau bagaimanapun, keadaan semula jadi telah lama memainkan peranannya sbg ~ tumbuhan. (Kamus Dewan Edisi Keempat)


Definisi : ; membaik biak ist meninggikan mutu dan membanyakkan hasil (ttg tanaman dan binatang ternakan). pembaikbiakan perihal atau perbuatan membaik biak. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata baik biak


Kamus Bahasa Melayu

KataTakrifSumber
baik biakmembaik biak ist meninggikan mutu dan membanyakkan hasil (ttg tanaman dan binatang ternakan).Kamus Pelajar
baik biak; membaik biak ist meninggikan mutu dan membanyakkan hasil (ttg tanaman dan binatang ternakan). pembaikbiakan perihal atau perbuatan membaik biak.Kamus Pelajar Edisi Kedua
baik biak; membaik biak memperbanyak (tanaman, haiwan) serta memperbaiki mutunya; pembaikbiakan perihal (usaha dsb) membaik biak: teknik baru boleh dimajukan utk memperoleh hasil yg lebih tinggi bagi tiap-tiap satu hektar tanah melebihi proses ~ tumbuhan; pembaik biak sesuatu yg membaik biak: walau bagaimanapun, keadaan semula jadi telah lama memainkan peranannya sbg ~ tumbuhan.Kamus Dewan Edisi Keempat
baik1. tidak jahat kelakuannya: Embung kanak-kanak yg ~ dan rajin belajar. 2. tidak ada cacatnya; bagus; elok: Jangan dibuang dodol itu kerana masih ~ dan boleh dimakan. 3. pulih drpd sakit; sembuh: Lukanya sudah ~. 4. tidak sakit; sihat: Kami sekeluarga ~ belaka. 5. kata utk menyatakan bersetuju atau sanggup berbuat sesuatu; ya: “Ali, tolong ambil buku itu!” “~, mak”. baik-baik 1. terhormat dan terpuji (ttg tingkah laku, budi pekerti dsb); tidak jahat:orang ~. 2. dgn sungguh-sungguh; dgn tekun: Belajarlah ~ supaya lulus dlm peperiksaan. 3. hati-hati; ingat-ingat: ~ sewaktu melintas di jalan raya. berbaik 1. berlaku baik (terhadap seseorang); tidak bermusuhan: Aku tidak ingin ~ dgn orang yg suka membuat fitnah spt dia. 2. berdamai kembali (setelah berkelahi):Jangan turut campur dlm hal anak-anak, hari ini mereka berkelahi, esok lusa ~ kembali. berbaik-baik saling berlaku baik (antara beberapa orang): Kita hendaklah hidup ~ antara satu dgn yg lain. membaiki membetulkan apa-apa yg rosak, salah dsb: Pekerja-pekerja dr Jabatan Kerja Raya sedang ~ jambatan yg roboh. membaikkan membuat supaya baik kembali (bkn kesihatan);menyembuhkan: Ubat ini dpt ~ penyakit anda. memperbaik membuat supaya menjadi lebih baik (bagus, rapi dsb): Setiap orang harus berusaha ~ nasibnya. memperbaiki berbuat baik kpd; melakukan selayaknya kpd: Tuanku, segala anak cucu patik sedia akan jadi hambalah Kebawah Duli Yang Dipertuan, hendaklah ia diperbaiki oleh anak cucu tuan hamba. kebaikan 1. perbuatan yg baik; sifat-sifat yg baik: Atas ~ dan kemurahan hatimu, aku mengucapkan terima kasih. 2. faedah; guna: Pihak pemerintah telah mengadakan berbagai-bagai kemudahan utk ~ rakyat. perbaikan 1. hasil memperbaik: ~ kesihatan rakyat; ~ gaji. 2. hal atau keadaan berbaik kembali: Perselisihan antara kedua-dua pihak itu akhirnya mencapai ~ juga. pembaikan hal atau perbuatan membaiki atau membaikkan: Kerja-kerja ~ jalan raya yg rosak itu memerlukan biaya yg banyak. sebaik 1. sama baiknya: Rumah yg kita lihat tadi tidak ~ yg ini. 2. pd ketika; baru saja; demi: Semua bendera dikibarkan separuh tiang ~ berita kemangkatan baginda diterima. sebaiknya semestinya; sepatutnya: ~, kita berbincang dulu sebelum bertindak. pembaik orang yg kerjanya membaiki sesuatu: Bapa saya bekerja sbg ~ kereta di Syarikat Volvo di Jalan Syed Putra. baik biak; membaik biak ist meninggikan mutu dan membanyakkan hasil (ttg tanaman dan binatang ternakan). baik pulih; membaik pulih memeriksa dgn teliti utk membaiki atau utk memulihkan keadaan sesuatu alat (terutamanya kenderaan, jentera dsb).Kamus Pelajar
biak baka; pembiakbakaan (Bio) pengacukan haiwan atau tumbuhan utk tujuan tertentu (biasanya utk menghasilkan baka yg lebih baik); ~ dalam penghasilan anak dgn mengacukkan individu-individu yg mempunyai hubungan keluarga yg rapat; ~ luar pengacukan haiwan atau tumbuhan dgn mengacukkan individu-individu yg tidak mempunyai hubungan keluarga yg rapat.Kamus Dewan Edisi Keempat
subur1. tumbuh dgn baik (tumbuh-tumbuhan), lekas besar dan sihat: anak getahnya ~ macam anak getah estet; 2. sihat dan berisi (badan): anak itu kurang ~ kerana tidak mendapat susu yg cukup; 3. banyak mengan­dungi zat utk tumbuhan-tumbuhan (tanah), gemuk: pertanian menghendaki bukan sahaja tanah yg ~ tetapi juga iklim yg sesuai; 4. berkembang dgn baik, bertambah maju dan besar (luas dsb), berkembang biak: agama Islam pun berkembanglah dgn ~nya di negeri-negeri tersebut; 5. bp mudah men­dapat rezeki, murah rezeki, senang hidup; 6. berupaya menjalani persenyawaan (antara benih lelaki dgn benih perempuan): puan boleh tentukan waktu ~ dgn menggunakan carta khas; menyubur tumbuh dgn subur; menyuburkan 1. menjadikan subur (tanah, tumbuh-tumbuhan, dll): di bahagian barat Tanah Melayu, tanah lateritnya disuburkan semula utk penanaman getah; pupuk itu ~ tanaman; 2. memajukan (perniagaan dll), membesarkan, memperkembangkan: guru berpeluang menolong ~ sifat pemimpin pd setengah-setengah murid; mempersubur menjadikan lebih subur; kesuburan 1. perihal subur: kerana hawa­nya dan ~ tanahnya, kawasan ini amat sesuai utk pokok kopi; 2. keupayaan membiak (manusia, haiwan, tumbuhan): suami juga perlu menjalani pemeriksaan ~; ketidaksuburan keadaan tidak subur; penyuburan perihal (perbuatan dsb) menyu­burkan, pemupukan: ~ akal; penyubur sesuatu yg menyuburkan: mereka mendekatkan diri pd kebenaran sbg ~ iman utk menjamin kebahagiaan dan ketenangan yg hakiki.Kamus Dewan Edisi Keempat

Kembali ke atas