Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[bai/.bai/] | باءيق ٢

Definisi : 1 terhormat dan terpuji (ttg tingkah laku, budi pekerti dsb); tidak jahat: orang ~. 2 dgn sungguh-sungguh; dgn tekun: Belajarlah ~ supaya lulus dlm peperiksaan. 3 hati-hati; ingat-ingat: ~ sewaktu melintas di jalan raya. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata baik-baik

Puisi
 

Baik-baik menebang jati,
     Biar serpih tumbang jangan;
Baik-baik mencari ganti,
     Biar terlebih kurang jangan.


Lihat selanjutnya...(230)
Peribahasa

Taruh beras dalam padi.

Bermaksud :

Rahsia hendaklah disimpan baik-baik. (Peribahasa lain yang sama makna: Ada beras, taruh dalam padi).

 

Lihat selanjutnya...(335)

28

Better death than dishonour

Lebih baik mati berjuang daripada menanggung malu kerana menyerah kalah

Lebih baik berputih tulang, daripada berputih mata

We would rather perish in the name of our cause than to live in shame. Better death than dishonour. Thus, we shall never capitulate so long as we have not regained the land!

Kami lebih rela gugur demi perjuangan ini daripada hidup dalam keaiban. Lebih baik berputih tulang, daripada berputih mata . Maka, kami tidak akan sekali-kali menyerah kalah selagi tanah air kami tidak dibebaskan!

Peribahasa dan Ungkapan Inggeris - Melayu


Lihat selanjutnya...(23)

Kamus Bahasa Melayu

KataTakrifSumber
andamanak rambut yg dipepat dan disisir baik-baik. berandam 1 sedang memotong rambut (misai, janggut) serta mengaturnya baik-baik. 2 mempunyai anak rambut (rambut, janggut dsb) yg dipepat baik-baik. mengandam memotong dan mengatur rambut (misai, janggut) baik-baik. andaman hasil mengandam: ~nya kemas dan menarik. pengandam orang yg mengandam.Kamus Pelajar Edisi Kedua
berandam1 sedang memotong rambut (misai, janggut) serta mengaturnya baik-baik. 2 mempunyai anak rambut (rambut, janggut dsb) yg dipepat baik-baik. mengandam memotong dan mengatur rambut (misai, janggut) baik-baik. andaman hasil mengandam: ~nya kemas dan menarik. pengandam orang yg mengandam.Kamus Pelajar Edisi Kedua
beres/bérés/ 1 teratur baik-baik; tidak kusut atau tidak kacau; rapi: Rumah tangganya ~. 2 sudah diselesaikan: Kerjamu itu belum ~ lagi. membereskan 1 mengatur baik-baik; merapikan. 2 mengurus hingga selesai; menyelesaikan (perkara, hutang dsb). keberesan keadaan beres; kerapian. pemberesan perbuatan atau hal membereskan; penyelesaian.Kamus Pelajar Edisi Kedua
memelihara1 menjaga dgn baik; membela; merawat: ~ anak isteri; 2 mengusahakan atau mengolah sesuatu baik-baik; mengawasi dan menjaga baik-baik: ~ keamanan negara; ~ sawah ladang. 3 membela atau menternak (binatang): Pak Mat banyak ~ lembu. 4 melindungi (drpd bahaya dsb): Semoga Tuhan ~ kamu drpd sebarang malapetaka.Kamus Pelajar Edisi Kedua
pelihara; memelihara 1 menjaga dgn baik; membela; merawat: ~ anak isteri; 2 mengusahakan atau mengolah sesuatu baik-baik; mengawasi dan menjaga baik-baik: ~ keamanan negara; ~ sawah ladang. 3 membela atau menternak (binatang): Pak Mat banyak ~ lembu. 4 melindungi (drpd bahaya dsb): Semoga Tuhan ~ kamu drpd sebarang malapetaka. terpelihara 1 dipelihara atau dibela; terjaga: Taman-tamannya tidak ~. 2 terlepas atau terlindung drpd bahaya dll. peliharaan sesuatu yg dipelihara; belaan: Kerbau ~nya gemuk-gemuk belaka. pemeliharaan perbuatan atau hal memelihara; penjagaan; pembelaan: Dia bercadang hendak menyerahkan Leman dlm ~ Cik Mat. pemelihara orang yg memelihara; penjaga.Kamus Pelajar Edisi Kedua
menyemak1 me­meriksa semula supaya tidak ada ke­salahan apa-apa; memperhatikan se­suatu karangan dll baik-baik; me­neliti: Kamu hendaklah ~ karangan kamu da­hulu sebelum menyerahkannya kpd guru. 2 mendengar baik-baik apa-apa yg di­ucapkan atau yg dibacakan orang: Se­mentara Ali membaca, kamu semua hen­daklah ~.Kamus Pelajar Edisi Kedua
semak/sémak/; menyemak 1 me­meriksa semula supaya tidak ada ke­salahan apa-apa; memperhatikan se­suatu karangan dll baik-baik; me­neliti: Kamu hendaklah ~ karangan kamu da­hulu sebelum menyerahkannya kpd guru. 2 mendengar baik-baik apa-apa yg di­ucapkan atau yg dibacakan orang: Se­mentara Ali membaca, kamu semua hen­daklah ~. semakan hasil menyemak: Tindakan diambil berdasarkan ~ yg dibuat. penyemakan perbuatan atau hal menyemak: ~ yg dijalankan itu adalah utk memastikan tidak berlaku sebarang kesilapan. penyemak orang (jawatankuasa dll) yg menyemak: ja­watankuasa ~ dasar pelajaran.Kamus Pelajar Edisi Kedua
mengurus1. menjaga supaya rapi, mengatur, mengemaskan, menyusun: rambutnya jarang diurus baik-baik; 2. = menguruskan me­ngendalikan sesuatu supaya teratur (sempurna dll): dia sudah tua, tidak ada siapa yg ~ kebun getahnya; penduduk kampung yg masih hiduplah yg ~ mayat itu; 3. menjaga baik-baik (supaya selamat, sempurna, dll), memelihara, mengawasi (rumah, kebun, dll): anaknya yg tua telah pergi mengambil kain cucian, sedang isterinya ~ anaknya yg kecil di rumah; anak perempuan juga perlu diberi pelajaran mengenai ilmu ~ rumah tangga; 4. = menguruskan menyelenggarakan supaya berjalan dsb dgn baik (perniagaan, per-dagangan, dll), memimpin dan mengatur (perjalanan sesuatu perbadanan dll), menge-lolakan, menjalankan: suami tidak berhak ~ harta benda isterinya melainkan setelah mendapat izin daripadanya atau diwakilkan kepadanya; permintaannya itu tidak diurus-kan oleh ibu bapanya; pegawai-pegawainya ramai utk ~ hal-hal spt itu; 5. menyiasat atau menyelidiki sesuatu perkara, mengendali-kan sesuatu perkara (supaya sempurna), menyelesaikan (perselisihan dll): hal pem-bunuhan itu sedang diurus oleh polis;Kamus Dewan Edisi Keempat
baik-baik1 terhormat dan terpuji (ttg tingkah laku, budi pekerti dsb); tidak jahat: orang ~. 2 dgn sungguh-sungguh; dgn tekun: Belajarlah ~ supaya lulus dlm peperiksaan. 3 hati-hati; ingat-ingat: ~ sewaktu melintas di jalan raya.Kamus Pelajar Edisi Kedua
memasang matamemperhatikan baik-baik.Kamus Pelajar Edisi Kedua
12345678910...

Kembali ke atas