Bajau II | suku kaum peribumi yg ketiga terbesar di Sabah, yg terbahagi kpd dua golongan, iaitu Bajau Laut yg tinggal di timur Sabah dan Bajau Darat di barat Sabah, yg masing-masing bertutur dlm dialek yg berbeza, dan kegiatan utama mereka ialah bertani, menternak serta menangkap ikan. | Kamus Dewan Edisi Keempat |
bajau I | ; membajau memukul. | Kamus Dewan Edisi Keempat |
kurung bajau | sj bilik dlm kapal; | Kamus Dewan Edisi Keempat |
burung tampung bajau | sj burung, bangau, pucung (padi), Ardeola bacchus. | Kamus Dewan Edisi Keempat |
tampung IV | burung ~ bajau sj burung, bangau, pucung (padi), Ardeola bacchus. | Kamus Dewan Edisi Keempat |
berunsai | tarian tradisional suku Bajau di Sabah | Kamus Dewan Edisi Keempat |
etnolinguistik | (étnolinguistik) cabang linguistik antropologi yg mengkaji sikap penutur terhadap bahasanya, khususnya bentuk yg digunakan utk mewujudkan keakraban: berdasarkan kajian ~, bahasa Bajau merangkumi dialek campuran. | Kamus Dewan Edisi Keempat |
kurung I | 1. = kurungan sj kandang atau sangkar: Raden ini sedang membuat kurungan utk binatang-binatang; 2. = kurungan penjara, bilik (tempat) orang salah ditahan: dia lebih lagi berdukacita sekarang, duduk di dlm kurungan di penjara itu; 3. = tanda ~ = (tanda) kurungan tanda dlm tulisan yg berupa keluk atau garis melengkung dll utk melingkungi (mengasingkan) perkataan atau nombor yg tertentu: dua kali jumlah x dgn y boleh ditulis dgn menggunakan kurungan menjadi 2(x + y); 4. ruang yg berdinding, bilik (dlm perahu): mereka dibawa berjumpa nakhoda dlm ~ di haluan kapal; ~ bajau = ~ beranda sj bilik dlm kapal; ~ batang Jk usungan mayat; ~ kelengkeng, ~ laut, ~ tengah beberapa bahagian (ruang) pd sj alat menangkap ikan; berkurung 1. tinggal (berada) di dlm rumah atau di bilik sahaja, berpingit (di rumah): dia ~ sahaja di bilik tidurnya semenjak petang tadi; perintah ~ perintah (oleh kerajaan) yg mengarahkan orang ramai supaya tinggal di rumah dlm jangka waktu yg tertentu; 2. memakai (berada dlm) tanda kurung (bkn perkataan, nombor, dll): kata yg ~ itu lebih baik dibuang sahaja; 3. Br dibendung, diempang (air); mengurung 1. menahan atau memasukkan ke dlm penjara dll, membiarkan atau menyuruh tinggal di rumah sahaja (tidak membenarkan keluar): beberapa tahun mereka ~ dan me-nyeksanya dlm penjara; orang tua-tua yg sering kali ~ anak gadis mereka; 2. mengepung (mengelilingi) musuh dll utk menawannya (menyerangnya dll); 3. menulis (meletakkan) dlm tanda kurung (perkataan, nombor, dll); 4. Br membendung atau mengempang (air); terkurung terpenjara, terkongkong (dlm rumah dll), tertutup (terlengkung) dlm ruang dll, terkepung: gadis pemalu yg ~ dlm rumah sepanjang hari; paru-paru ~ di dlm suatu tempat yg tidak dapat ditembusi oleh udara; ~ fahamnya sempit (picik) pengetahuannya atau pemikirannya; kurungan 1. kandang (kambing dll), sangkar (ayam dll); 2. bilik tempat menahan orang salah, penjara; 3. pagar yg melingkungi; 4. tanda kurung; pengurungan perihal atau perbuatan mengurung. | Kamus Dewan Edisi Keempat |