bakar | ; bahan ~ sesuatu yg dibubuh ke dlm api (spt kayu, arang batu, minyak) utk membakar. pisang ~ pisang yg dimasak dgn cara membubuhnya ke dlm bara api; roti ~ roti yg dipanggang di api. membakar 1 memasang api pd sesuatu supaya hangus atau menyala; menyalakan sesuatu dgn api: Petang semalam, saya menolong ibu saya ~ sampah sarap di belakang rumah. 2 memanaskan atau memanggang sesuatu di atas api supaya masak: Kerana hujan, kami terpaksa ~ lemang di bawah rumah. 3 ki membangkitkan (perasaan marah, semangat dsb): mengorbankan: ~ hati; ~ semangat. terbakar sedang atau sudah dimakan api; habis dimakan api: Empat buah kedai telah ~ akibat api rokok. bakaran benda-benda yg dibakar, benda-benda yg terbakar: Asap dr ~ sampah itu berkepul-kepul naik ke langit. kebakaran bencana yg disebabkan oleh api; kerosakan oleh api: Satu ~ besar telah berlaku di kawasan yg padat penduduknya di bandar itu. pembakaran cara atau perbuatan membakar: ~ mayat dilakukan oleh orang-orang yg beragama Hindu. pembakar 1 orang yg membakar: Orang pekak dijadikan ~ meriam. 2 sesuatu yg digunakan utk membakar: Usah ditarik sumbu ~ mercun itu! | Kamus Pelajar Edisi Kedua |
bakar | ; bahan ~ barang-barang yg akan dinyalakan (spt minyak tanah dsb); ikan ~ ikan panggang; kayu ~ kayu api; ~ tak berapi prb menaruh cinta tidak dgn sebenarnya; ~ tak berbau prb maksud jahat yg tersembunyi;membakar 1. menyalakan (memasang, menghanguskan) sesuatu dgn api: ~ kayu; ~ sampah; 2. memanaskan sesuatu (spt ikan, daging, pisang, dsb) di atas api supaya masak, memanggang: ~ pisang; 3. memasak sesuatu (spt kuih, ikan, daging, dll) dgn jalan memanaskannya dlm ketuhar: ~ kuih; ~ kapur; 4. ki membuatkan seseorang marah atau meradang: “Kalau engkau menjadi pemimpin, aku mesti kebuluran,” ia ~ hati isterinya; 5. ki menyemarakkan sesuatu perasaan (spt semangat, cinta, dsb): gadis itu menjeling dan melemparkan senyuman yg ~ jiwa orang muda itu; ~ semangat; 6. menyebabkan terasa sangat panas seolah-olah terbakar: panas yg kian terik dan ~ kulit kepala; dibakar tiada hangus prb tidak dapat dipengapakan (kerana degil, berkuasa, dll);membakarkan membakar sesuatu utk: ia ~ anaknya ikan asin;terbakar 1. sedang atau sudah bernyala (kerana dibakar dll), habis dibakar; 2. ki menghangat, marah: emak ~, lalu dilemparkannya kayu kpd saya; ~ kampung kelihatan asap, ~ hati siapa tahu prb kesusahan seseorang jarang dipedulikan orang lain, kerana tidak kelihatan olehnya;kebakaran 1. kejadian sesuatu (rumah dll) yg sedang terbakar: ~ besar yg dahsyat telah berlaku pagi ini; 2. terbakar; ~ janggut Id bp bingung tidak keruan;pembakaran 1. perihal (perbuatan dsb) membakar: ~ mayat; 2. ark tempat membakar: ~ kapur;pembakar 1. orang yg kerjanya membakar sesuatu: ~ meriam; 2. yg membakar; bom ~ Id bom yg membakar; zat ~ Id oksigen; 3. (alat) yg digunakan utk membakar sesuatu: acuan ~ kuih. | Kamus Dewan Edisi Keempat |
bakar mula(burn-in) | 1. Pengujian sistem dengan mengendalikannya secara sebenar pada peringkat awal hayat penggunaan sistem. Tindakan ini dilakukan untuk memastikan semua sistem berjalan lancar dan mana-mana sistem yang lemah atau rosak dapat dikenal pasti. Sistem yang rosak atau lemah ini digantikan dengan yang baru. Proses ini mengandaikan bahawa sistem yang dapat bekerja pada tahap ini disahkan baik. 2. Pengujian litar komputer pada suhu yang tinggi untuk memastikan semua sambungan papan litar dalam keadaan baik. | Kamus Komputer |
bakar(fry) | Tindakan mendedahkan litar atau cakera kepada suhu tinggi yang mungkin menyebabkan bahan tersebut rosak. | Kamus Komputer |
bakar; | bahan ~ sesuatu yg dibubuh ke dlm api (spt kayu, arang batu, minyak dsb) utk membakar. pisang ~pisang yg dimasak dgn cara membubuhnya ke dlm bara api; roti ~ roti yg dipanggang di api. membakar 1. memasang api pd sesuatu supaya hangus atau menyala; menyalakan sesuatu dgn api: Petang semalam, saya menolong ibu saya ~ sampah sarap di belakang rumah. 2. memanaskan atau memanggang sesuatu di atas api supaya masak: Kerana hujan, kami terpaksa ~ lemang di bawah rumah. 3. ki membangkitkan (perasaan marah, semangat dsb): mengorbankan: ~ hati; ~ semangat. terbakar sedang atau sudah dimakan api; habis dimakan api: Empat buah kedai telah ~ akibat api rokok. bakaran benda-benda yang dibakar, benda-benda yang terbakar: Asap dr ~ sampah itu berkepul-kepul naik ke langit. kebakaran bencana yg disebabkan oleh api; kerosakan oleh api:Satu ~ besar telah berlaku di kawasan yg padat penduduknya di bandar itu. pembakaran cara atau perbuatan membakar: ~ mayat dilakukan oleh orang-orang yg beragama Hindu. pembakar 1. orang yg membakar: Orang pekak dijadikan ~ meriam. 2. sesuatu yg digunakan utk membakar: Usah ditarik sumbu ~ mercun itu! | Kamus Pelajar |
siar III | Mn; ~ bakar perihal membakar dgn sesuka hati (rumah dll); ~ bakar berpuntung suluh prb sesuatu perkara itu boleh diputuskan setelah cukup bukti dan keterangannya; menyiar membakar, menunu; tersiar terbakar. | Kamus Dewan Edisi Keempat |
wafat | Ar, bh meninggal dunia (digunakan utk nabi dan rasul): setelah Nabi ~, Abu Bakar dilantik menjadi Khalifah; kewafatan kematian (nabi dan rasul): selepas ~ Rasulullah, sayidina Abu Bakar telah dilantik menjadi khalifah pertama. | Kamus Dewan Edisi Keempat |
tunu | ; menunu menyala; berkobar. menunukan menyalakan api; membakar. tertunu terbakar. penunuan perbuatan (hal dsb) menunu atau menunukan. penunu alat yg digunakan utk menunukan; bahagian (pelita, dapur dsb) yg mengeluarkan api; pembakar. ~ gas bahagian yg bermuncung atau berlubang tempat keluarnya gas yg menjadi bahan bakar, mis pd dapur gas. ~ Bunsen penunu gas yg digunakan dlm makmal sains yg berupa tiub (drpd logam) dan mempunyai injap udara di bahagian bawahnya. | Kamus Pelajar Edisi Kedua |
roti bakar | roti yg dipanggang di api. | Kamus Pelajar Edisi Kedua |
pisang bakar | pisang yg dimasak dgn cara membubuhnya ke dlm bara api; | Kamus Pelajar Edisi Kedua |