Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu



Definisi : 1. = balasan a) jawaban; b) ganjaran, hukuman: menuntut ~; 2. membalas: suara tenang gadis itu memberi keyakinan kepadanya utk ~ berbicara; ada hujan ada panas, ada hari boleh ~ prb akan datang masanya utk membalas perbuatan jahat;berbalas 1. menjawab, menyahut: maka ~lah suara dr dlm rumah; 2. dijawab: cintanya tidak ~; 3. balas-berbalas: kedua–duanya pun ~ pantunlah;berbalas-balas balas-membalas;berbalasan berbalas, mendapat balas, bersambutan: perkataan yg demikianlah yg saya tunggu, supaya tepuk ~, supaya kesalahan berhukuman, supaya dosa bertebus;berbalas-balasan saling membalas, bersahut-sahutan: serta serdadu berbaris-barisan dgn meriam ~;membalas 1. menjawab: ~ surat; 2. memberi sesuatu sbg imbangan (tenaga dll); 3. membuat seseorang menderita atas kesalahan yg telah dilakukan: ~ kezaliman, pencerobohan, dan penindasan mengikut kadar yg telah dilakukan; ~ bidan melakukan sesuatu yg setimpal; ~ dendam memberi balas utk memuaskan hati; ~ budi = ~ guna = ~ jasa = ~ kebaikan berbuat kebaikan sbg tanda terima kasih atas kebaikan yg telah diterima; ~ sakit hati melakukan sesuatu supaya hilang rasa sakit hati; ~ salam menjawab salam; ~ serangan menyerang balik;balas-membalas saling membalas, sahut-menyahut, bersambutan;balasan 1. jawaban: berulang-ulang dia berkirim surat tetapi tidak ada ~; 2. tanda terima kasih (atas kebaikan yg telah diterima), sesuatu (kebaikan dsb) yg dilakukan atau diberikan sbg membalas (perbuatan dsb seseorang): rupanya begini ~ engkau terhadap ibumu; 3. ganjaran, hukuman: begitulah ~ Tuhan terhadap barang siapa yg berhati dengki;pembalasan perihal (perbuatan, tindakan) membalas;pembalas 1. orang yg membalas; 2. sesuatu yg digunakan utk membalas: inilah bingkisan ~ surat saudara. (Kamus Dewan Edisi Keempat)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata balas I

Puisi
 

Baik beralas baik tidak,
     Kain pelikat di atas peti;
Baik balas baik tidak,
     Sudah ikhlas dalam hati.


Lihat selanjutnya...(13)
Peribahasa

Ada hujan ada panas,
     ada hari boleh balas.

Bermaksud :

Perbuatan jahat itu sewaktu-waktu akan mendapat balasan juga. (Peribahasa lain yang sama makna: Ada ubi ada batas, ada masa boleh balas).

 

Lihat selanjutnya...(11)


Kamus Bahasa Melayu

KataTakrifSumber
periksa balas; memeriksa balas (Udg) me­nyoal seseorang (terutamanya saksi dlm per­bicaraan di mahkamah) dgn teliti utk menguji benar tidaknya keterangan atau jawaban ygtelah diberikannya sebelum itu; pemeriksaan balas proses (perbuatan, tin­dakan dsb) memeriksa balas; pemeriksa balas orang yg melakukan pe­meriksaan balas.Kamus Dewan Edisi Keempat
tindak balastindakan yg diakibatkan oleh suatu tindakan lain; ~ berbalik (Kim) tindak balas kimia yg berlaku mengikut dua arah yg berlawanan; ~ fotokimia (Kim) tindak balas yg disebabkan oleh cahaya; ~ kimia perubahan kimia yg berlaku apabila satu atau lebih bahan bertindak balas bagi menghasilkan satu atau lebih bahan baru (lazimnya disertai pembebasan atau penye­rap­an tenaga); ~ kondensasi (Kim) tindak balas yg berlaku antara satu molekul dgn molekul yg lain utk membentuk molekul yg lebih besar (dgn menyingkirkan molekul kecil spt air dll); ~ nuklear (Fiz) tindak balas yg melibatkan perubahan dlm nukleus sesuatu atom; ~ penambahan (Kim) tindak balas yg melibatkan penambahan molekul pd ikatan berganda tanpa penyingkiran sebarang molekul kecil; ~ penggantian = ~ penyesaran (Kim) tindak balas yg melibatkan pertukaran sesuatu unsur atau radikal dgn unsur atau radikal lain; ~ rantaian (Kim) sj tindak balas kimia yg berlangsung mengikut mekanisme langkah demi langkah, secara berturutan, dgn setiap langkah menjana bahan reaktif yg menyebabkan langkah seterusnya berlaku; ~ redoks (Kim) tindak balas penurunan dan pengoksidaan yg berlaku serentak dlm sesuatu tindak balas kimia; ~ tak berbalik (Kim) tindak balas kimia yg berlangsung mengikut satu arah; bertindak balas berlaku tindak balas: kalsium karbonat ~ dgn asid hidroklorik utk meng-hasilkan karbon dioksida, air dan kalsium klorida; menindakbalaskan melakukan tindak balas, menjadikan bertindak balas: ~ asid hidroklorik dgn kalsium karbonat; penindakbalasan proses menindak­balas­kan sesuatu.Kamus Dewan Edisi Keempat
serang balasserangan yg dilancarkan sbg tindak balas terhadap serangan pihak musuh atau lawan: dia juga melatih askar utk me-lakukan ~; menyerang balas menyerang balik (pihak musuh, penentang dsb) yg telah melakukan serangan (kecaman dsb): pasukan ke­selamatan telah bersedia utk ~ serangan musuh itu; serangan balas serang balas: dua orang ang-gota tentera kita cedera dlm ~ pihak musuh itu.Kamus Dewan Edisi Keempat
berbalas-balasbalas-membalas;Kamus Dewan Edisi Keempat
gerak balas(Bio) sesuatu yg berlaku (spt gerakan) akibat pendedahan kpd sesuatu rangsangan: perubahan arah daun itu menunjukkan ~ positif tumbuhan hijau terhadap matahari; ~ cahaya (matahari) gerak balas yg rangsangannya ialah cahaya (matahari); bergerak balas bertindak balas secara positif: pesakit ~ terhadap rawatan.Kamus Dewan Edisi Keempat
kubarasaist kebolehan bergerak balas (bertindak balas) terhadap sebarang rangsangan.Kamus Pelajar Edisi Kedua
periksa balas; memeriksa balas ist menyoal seseorang dgn teliti (terutamanya saksi yg dipanggil oleh pihak yg lagi satu) dlm perbicaraan di mahkamah, utk menguji benar tidaknya keterangan atau jawapan yg telah diberikannya sebelum itu. pemeriksaan balas proses atau perbuatan memeriksa balas: ~ terpaksa dijalankan utk memastikan kebenaran kata-kata pihak yg mendakwa. pemeriksa balas orang yg melakukan pemeriksaan balas.Kamus Pelajar Edisi Kedua
endotermik/éndotérmik/ ist bersifat menyerap haba: tindak balas ~ tindak balas yg menyerap haba.Kamus Pelajar Edisi Kedua
serang balas, = serangan balas serangan atau serbuan utk bertindak balas terhadap pihak lain atau musuh: Ramai askar musuh yg terkorban dlm ~ itu. menyerang balas menyerang balik pihak lain atau musuh yg telah melakukan serangan: Pihak tentera telah bersedia utk ~ pihak musuh.Kamus Pelajar Edisi Kedua
bertimbangan kataber­balas-balas kata, jawab-menjawab;Kamus Dewan Edisi Keempat
12345678910...

Kembali ke atas