balas II | bahan berat spt plumbum atau besi jongkong yg dibawa dlm kapal utk memperbaik kestabilan kapal terutamanya yg tidak membawa kargo, tolak bara, pengimbang kapal, pemberat. | Kamus Dewan Edisi Keempat |
mangkin II | 1. (Kim) bahan (spt platinum, yis, dll) yg dapat mengubah kecepatan sesuatu tindak balas kimia tetapi ia sendiri tidak mengalami apa-apa perubahan; 2. ki faktor (unsur dsb) yg dapat mempercepat atau menyegerakan berlakunya sesuatu perkembangan dsb: gerakan bimbingan kerjaya Malaysia boleh menjadi ~ yg merapatkan perhubungan antara majikan dan institusi pelajaran bagi menerbitkan pekerjaan; memangkinkan 1. (Kim) mempercepat tindak balas kimia dgn menggunakan mangkin: enzim ini ~ tindak balas glukosa terhadap asid glukonik; 2. ki mempercepat sesuatu tindakan (perubahan, proses, pembangunan dsb): begitu juga perkembangan ilmu ~ pertumbuhan industri; langkah itu dapat ~ usaha pembinaan lebih banyak rumah kediaman; pemangkinan (Kim) pengubahan kadar tindak balas kimia dgn menggunakan mangkin; pemangkin faktor dsb yg mempercepat sesuatu tindakan (proses, perubahan dsb): ke-wujudan lebuh raya itu akan menjadi ~ pem-bangunan ekonomi sesuatu kawasan. | Kamus Dewan Edisi Keempat |
taksis II | (Bio) pergerakan berarah (mendekati atau menjauhi rangsangan) oleh organisma ringkas spt alga, sbg gerak balas terhadap rangsangan luar spt cahaya, suhu dan bahan kimia. | Kamus Dewan Edisi Keempat |
usul II | pendapat dll yg dikemukakan utk dibincangkan (disetujui, diterima), anjuran, cadangan, saran: mereka menerima segala ~ yg dikemukakan; ~ balasan cadangan sbg ganti cadangan yg telah lebih dahulu dikemuka-kan, cadangan balas; mengusulkan mengemukakan pendapat (supaya diterima atau disetujui), menganjur-kan, mencadangkan, menyarankan: aku ~ agar semua anggota memakai pakaian seragam; pengusul orang yg mengemukakan sesuatu usul, pencadang, penyaran. | Kamus Dewan Edisi Keempat |