balik-balik | bp kerap melakukan perkara yg sama: ~ dia lakukan lagi perbuatan terkutuk itu; | Kamus Dewan Edisi Keempat |
asyik-asyik | balik-balik, sering kali: ~ perkara itu juga yg dibangkitkannya; | Kamus Dewan Edisi Keempat |
lagi-lagi | sentiasa; balik-balik: ~ hendak bergaduh, tidak pernah aman barang sekejap pun. | Kamus Pelajar Edisi Kedua |
lagi-lagi | sentiasa; balik-balik: ~ hendak bergaduh, tidak pernah aman barang sekejap pun. | Kamus Pelajar |
lagi-lagi | sentiasa; balik-balik: ~ hendak bergaduh, tidak pernah aman barang sekejap pun. | Kamus Pelajar |
lagi-lagi | 1. sentiasa, asyik, balik-balik: ~hendak meminjam; tak ada kerja lain, ~main; 2. bertambah-tambah lagi, makin bertambah: kalau ia tinggal bersama ayah,~ ayah berselisih faham dengannya; | Kamus Dewan Edisi Keempat |
lagi | lagi-lagi sentiasa; balik-balik: ~ hendak bergaduh, tidak pernah aman barang sekejap pun. | Kamus Pelajar |
lama I | 1. panjang masanya (membuat sesuatu dll), lwn sekejap: anak raja itu telah ~ benar tiada balik-balik; tentu Sutan takkan ~ tinggal di rumah; memakan masa yg ~; 2. telah wujud (ada, terlibat, dsb) dlm jangka masa yg agak panjang: sebuah rumah ~ di kampung itu; pakaian ~; kawan ~; alasan-alasan ~; ahli-ahli ~; 3. tidak moden lagi, ketinggalan zaman: fesyen ~; 4. wujud pd zaman sebelum ini atau zaman dahulu, kuno, tua: kesusasteraan Melayu ~; masyarakat Melayu ~; 5. wujud sejak dahulu lagi: kuih-kuih Melayu ~; barang-barang ~; sikap ~; 6. yg digunakan dsb sebelum mendapat yg baru: dia menjual rumah ~nya utk membeli sebuah rumah baru; motosikalnya yg ~ diberikannya kpd adiknya; 7. berlaku pd masa yg sudah-sudah: membangkit-bangkitkan perkara ~; ingatan ~ mengusik jiwanya; selama 1. sepanjang masa yg tertentu: saya telah tidak bekerja ~ empat puluh hari; 2. selagi, sepanjang waktu, dlm masa (yg tertentu): ~ ia berkahwin dgn aku; ~ ini dlm masa-masa ini; selamanya utk jangka masa yg lama dan berterusan: manusia tidak ~ muda; selama-lamanya 1. yg sangat lama, paling lama: ~ dua tahun dia merantau kemudian pulanglah dia; 2. tidak berkesudahan, kekal: ia berikrar tinggal di Singapura ~; lama-lama 1. dgn lama: direnunginya muka gadis itu ~; 2. akhirnya, kesudahannya: sedikit-sedikit ~ menjadi bukit; 3. makin lama makin bertambah; berlama terus berada lama: engkau yg datang berlindung di sini tidak pernah ~; berlama-lama, berlamaan, berlama-lamaan 1. lama (berbuat sesuatu dll), lambat, tidak cepat: di sana memang banyak hiburan, tetapi hatiku kurang tertarik utk ~; 2. lama-kelamaan, lambat-laun; melamakan (sengaja) membuat lama-lama, memanjangkan masa; kelamaan 1. sl masa (yg tertentu), lama: hatta berapa ~nya, Seri Nara Diraja pun kembali ke rahmatullah; 2. ark terlalu lama; 3. akhir-akhirnya; lama-kelamaan lambat-laun, akhir-akhirnya: ~ berlakulah perubahan secara beransur-ansur. | Kamus Dewan Edisi Keempat |
dolak-dalik | (cakap atau pendirian yg) tidak tetap atau selalu bertukar-tukar, cakap berbalik-balik; berdolak-dalik bercakap berbalik-balik (sekejap kata begini dan sekejap lagi begitu tentang perkara yg sama): dia tetap ~ apabila disoal kerana takut keadaan yg sebenar tentang dirinya diketahui orang. | Kamus Dewan Edisi Keempat |
gelisah | tidak tenteram hatinya; selalu berasa khuatir; tidak sabar menunggu dsb: Raja dan pengiringnya yg menunggu di luar berasa ~ kerana pemuda itu belum balik-balik lagi. menggelisah berada dlm keadaan gelisah; berasa gelisah: Pak Saleh ~ kerana makanannya belum juga dihantar. menggelisahkan menimbulkan rasa gelisah; menyebabkan berasa gelisah: Tentu ada sesuatu hal yg ~nya. kegelisahan hal atau keadaan gelisah; perasaan gelisah; kekhuatiran. | Kamus Pelajar Edisi Kedua |