Maklumat Kata

Carian kata tiada di dalam kamus terkini. Sila rujuk capaian Kamus Dalam Talian ini.
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata bam I 1


Kamus Bahasa Melayu

KataTakrifSumber
bam I1. kayu lintang utk meneguhkan tiang kapal; 2. kayu lintang pd hujung pengayuh; patah kemudi dgn ~nya prb tidak ada harapan lagi.Kamus Dewan Edisi Keempat
papan I1. keping kayu yg nipis atau lebar; kilang ~ kilang utk membuat papan drpd kayu; rumah ~ rumah yg dindingnya drpd papan; 2. keping (penjodoh bilangan bagi petai, mercun, dll); ~ bam papan tumpuan kemudi atau tiang pd perahu (kapal); ~ batu papan drpd sj batu (utk menulis), batu tulis; ~ berapit papan di atas apit lempang; ~ canai papan utk men­canai; ~ catur papan utk permainan catur; ~ cuki papan utk permainan cuki; ~ dam papan utk bermain dam (tempat digerakkan buah dam); ~ dondang papan buaian (ayunan); ~ gentian sj papan yg dibuat drpd gentian selulosa (yg dipadatkan dgn menggunakan haba dan tekanan); ~ hitam = ~ tulis papan yg biasanya bercat hitam tempat menulis dgn kapur; ~ iklan papan besar tempat dipaparkan sesuatu iklan; ~ jongkang-jongket papan permainan kanak-kanak yg boleh turun naik; ~ karom papan dgn empat penjurunya ber­lubang (dan dibubuh jaring kecil) digunakan utk bermain karom; ~ kedua (Eko) papan penyenaraian di Bursa Saham Kuala Lumpur yg menyenaraikan saham syarikat sederhana dgn modal berbayarnya antara RM5 juta hingga RM20 juta; ~ kekunci alat yg mem­punyai set kekunci yg digunakan utk mema­sukkan data ke dlm komputer; ~ kenyataan papan tempat ditulis atau ditampal kenyataan (larangan, pengumuman, dll); ~ keranda papan utk membuat keranda; ~ lantai papan yg digunakan utk membuat lantai; ~ lapis papan yg merupakan satuan drpd kepingan nipis papan; ~ lukis(an) papan tempat kertas disemat (direntangkan dll) supaya senang me­lukis; ~ nada (Muz) alat yg mempunyai set kekunci yg mengeluarkan nada berbeza apa­bila ditekan, mis pd piano, organ dsb; ~ notis papan kenyataan; ~ pembasuh papan tempat membasuh kain; ~ pemuka bahagian di dlm kereta dsb di bawah cermin depan yg meng­hadap pemandu, tempat terdapatnya pelbagai alat kawalan, suis, meter dsb; ~ serpai papan panel yg dihasilkan drpd gabungan serpihan bahan-bahan lain yg diikat dgn resin atau bahan pengikat lain; ~ tanda papan nama sesuatu tempat (kawasan); ~ utama (Eko) papan penyenaraian di Bursa Saham Kuala Lumpur yg menyenaraikan saham syarikat besar yg modal berbayarnya melebihi RM20 juta; sepapan sekeping: ~ petai; memapan mengenakan (memasang) papan utk lantai rumah dll; perut ~ Id perut keras; belayar sambil ~ prb melakukan dua pe­kerjaan (perkara) sekali gus.Kamus Dewan Edisi Keempat
kemudi1. sj perkakas di buritan kapal (perahu) utk mengawal arah pelayarannya: manakan dapat kapal belayar kalau tidak ada ~; bam ~ = celaga ~ = tangan ~ kayu sbg pegangan atau tangkai kemudi; 2. Id alat utk memandu arah perjalanan kereta atau kapal terbang, stereng (pd kereta): Hawa memutarkan ~ kereta ke persimpangan lorong ke rumahnya; 3. ki pimpinan (persatuan, perkumpulan, dsb), teraju pemerintahan; 4. ark pusar-pusar atau lingkaran-lingkaran bulu (pd kuda); ~ bundar pusar-pusar bulu pd kuda; ~ cawat kemudi jenis yg dipakai oleh kapal-kapal Eropah; ~ sepak kemudi di sisi buritan yg bentuknya spt pengayuh (dayung); patah ~ dgn ebamnya prb tidak ada harapan lagi; berkemudi 1. mempunyai (memakai) kemudi: kapal ~, kereta berstereng; 2. memegang atau mengawal kemudi (di kapal): minta ia gantikan ~, tiadalah larat beta; ~ di haluan bergilir ke buritan = ~ ke rusuk prb perihal orang yg menurut suruhan atau nasihat isterinya (anaknya, orang bawahan­nya); mengemudikan 1. memegang kemudi utk mengatur hala perjalanan kapal (kereta, kapal terbang): Pak Kaduk membentang layar dan ~ perahunya; 2. memimpin (pertubuhan, perkumpulan, dsb), memegang teraju peme­rintahan, mengendalikan, mengurus (rumah­tangga dll): mereka bersama-sama ~ dan memajukan perkumpulan itu; mereka hidup berdua ~ rumah tangga mereka yg kecil itu; pengemudi 1. jurumudi, mualim (kapal), pemandu (kereta); 2. orang yg mengemudikan perkumpulan (pertubuhan dsb).Kamus Dewan Edisi Keempat

Kembali ke atas