ban II | roti kecil yg bulat, manis atau tawar, dan kadang-kadang mempunyai inti kelapa, sambal dsb. | Kamus Pelajar Edisi Kedua |
ban II | IB pita. | Kamus Dewan Edisi Keempat |
tangkil II | tangkil II; menangkil ark mengatur berbanjar-banjar. | Kamus Dewan Edisi Keempat |
sepit II | 1. = sepit-sepit sj tumbuhan (herba yg menjalar), gelang laut, sesepit, Sesuvium portulacastrum; 2. sj tumbuhan (pokok), bangsa jantan, hal(e)ban, leban, leban bunga (hitam, kunyit, nasi, pelanduk, tanduk), tam-pang besi, Vitex vestita; 3. sj tumbuhan (pokok), Ormosia microsperma. | Kamus Dewan Edisi Keempat |
sumbang II | ; ~ saran perbincangan intensif utk menyelesaikan masalah tertentu, mendapatkan idea-idea baru, dsb. menyumbang 1. memberikan sesuatu kpd orang yg mengadakan keramaian (sbg bantuan, sokongan), memberi solok: banyak orang yg ~ ketika ia mengadakan kenduri; 2. turut membantu atau menyokong (dgn tenaga, wang, dll): mereka ~ ke arah penubuhan Universiti Kebangsaan dgn masa dan tenaga; menyumbangkan memberikan sesuatu (tenaga, wang, dll) sbg sokongan atau bantuan, memberikan bantuan (pertolongan): beberapa orang anak muda kami masuk hutan ~ tenaga dlm gerakan gerila melawan Jepun; namun Islamlah yg ~ ciri-ciri yg dominan dlm kebudayaan Islam; sumbangan 1. sesuatu yg diberikan sbg bantuan (kpd keramaian dll); 2. bantuan atau pertolongan yg diberikan, sokongan: mahasiswa kita masih sedikit sekali memberi ~ kpd tanah air; senarainya telah digunakan di peringkat antarabangsa dan telah memberi ~ yg besar terhadap kajian cerita rakyat; penyumbangan perihal memberikan sumbangan; penyumbang orang yg memberikan sumbangan, orang yg menyumbang. | Kamus Dewan Edisi Keempat |
tanggung II | 1. lebih drpd sedang tetapi belum cukup besarnya (tingginya dll); anak ~ anak yg hampir dewasa; ~ bulan sesudah pertengahan bulan (utk menyatakan ketiadaan wang); 2. = kepalang ~ = tangung-tanggung tidak mencukupi keperluan, kurang sempurna, setengah-setengah: bekerja jangan ~. tanggungjawab kewajiban yg dipikul oleh seseorang, segala yg wajib ditanggung: oleh sebab itu segala pegawai polis teramat berat ~nya; bertanggungjawab 1. = ~ atas (terhadap, tentang, dlm) mempunyai tanggungjawab terhadap, memikul tanggungjawab, berkewajiban: siapakah yg ~ atas kekalahan kita? 2. = ~ kpd menanggung segala-galanya, menanggung sesuatu kpd: kakitangan ~ kpd majikan mereka; kedua-dua pihak sama ~; mempertanggungjawabkan 1. memberikan jawaban dan menanggung segala akibatnya (sekiranya tidak beralasan, tidak munasabah, dsb): ia mengeluarkan kata-kata yg tidak dapat dipertanggungjawabkan; 2. = ~ kpd memikulkan tanggungjawab (kpd), membebankan tanggungjawab kpd: pendidikan kanak-kanak dipertanggungjawabkan kpd guru; 3. menjadikan bertanggungjawab (atas, terhadap, dll): mereka sama-sama dipertanggungjawabkan oleh agama utk melaksanakan segala perintah Tuhan; kebertanggungjawaban perihal (sifat) bertanggungjawab: ~ setiap individu dlm mem-buat kebajikan; pertanggungjawaban 1. perihal bertanggungjawab; 2. sesuatu yg dipertanggungjawabkan: kita telah sampai kpd ~ tentang pendapat kita; penanggungjawab orang yg bertanggungjawab. | Kamus Dewan Edisi Keempat |