Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[ba.nat] | بانت

Definisi : Kd 1. hulu, pedalaman, udik: kau orang ~; 2. hutan yg tidak dimasuki orang; rimba ~ = hutan ~ belantara. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[ba.nat] | بانت

Definisi : ark; membanat memukuli, memalu. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[ba.nat] | بانت

Definisi : ® ain-al-banat. (Kamus Dewan Edisi Keempat)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata banat


Kamus Bahasa Melayu

KataTakrifSumber
banat IIark; membanat memukuli, memalu.Kamus Dewan Edisi Keempat
banat IKd 1. hulu, pedalaman, udik: kau orang ~; 2. hutan yg tidak dimasuki orang; rimba ~ = hutan ~ belantara.Kamus Dewan Edisi Keempat
banat III® ain-al-banat.Kamus Dewan Edisi Keempat
hutan banathutan tebal, rimba raya;Kamus Dewan Edisi Keempat
hutan banatbelantara.Kamus Dewan Edisi Keempat
rimba banatbelantara.Kamus Dewan Edisi Keempat
ain-al-banat,ainulbanat Ar sl sj kain yg elok.Kamus Dewan Edisi Keempat
hutan1. kawasan yg ditumbuhi pokok-pokok liar (terbiar), rimba: mereka pergi ke ~ menahan perangkap; pengawas ~ pegawai yg ditugaskan oleh kerajaan utk mengawasi hutan; 2. ki tidak dipelihara orang, liar: anjing ~; ayam ~; 3. pokok-pokok (tumbuh-tumbuhan) yg tidak dipelihara di sesuatu kawasan; ~ asli hutan yg semula jadi (bukan belukar); ~ bakau kawasan yg ditumbuhi pokok bakau (di tepi laut); ~ banat hutan tebal, rimba raya; ~ belantara hutan besar; ~ belukar hutan yg ditumbuhi kayu-kayuan yg kecil-kecil; ~ dara hutan asli yg belum pernah diterokai; ~ larangan = ~ simpan = ~ tutupan hutan yg kayu-kayunya dll tidak boleh diambil (ditebang dll); ~ lepas = ~ rimba hutan yg luas dan besar, hutan belantara; ~ lipur hutan simpan yg dibuka utk kegunaan orang ramai sbg tempat riadah, perkelahan, dll; ~ muda hutan yg baru ditumbuhi pokok-pokok; ~ rekreasi hutan lipur; ~ tua hutan yg pokok-pokoknya sudah tua; ~ jauh diulangi, ~ dekat dikendana prb harta benda (baik jauh atau dekat) hendaklah selalu dijaga supaya jangan merugikan; apa guna­nya merak mengigal di ~ prb tidak berfaedah memperlihatkan kepandaian kpd orang bodoh; apa gunanya bulan terang dlm ~, jikalau dlm negeri berapa baiknya prb lebih berfaedah pengetahuan itu ditunjukkan di dlm majlis supaya orang dapat mengambil man­faat daripadanya; menghutan menjadi hutan, ditumbuhi po­kok-pokok dll: ladang yg ditinggalkan itu ~ lagi; menghutankan menjadikan (daerah, kawa­san, dll) hutan: tanah bekas ditanam tem­bakau dihutankan selama tujuh tahun sebelum ditanami tembakau kembali; kehutanan (ilmu, pengusahaan, dll) ber­kena­an hutan; pegawai ~ pegawai yg men­jalankan kerja yg berkaitan dgn hutan; perhutanan pemeliharaan dll hutan; penghutanan usaha (kegiatan dsb) mena­nami semula kawasan yg luas dgn pokok-pokok kayu supaya kembali (menjadi) spt hutan.Kamus Dewan Edisi Keempat

Kembali ke atas