bancuh | ; membancuh mencampurkan serta mengaduk benda-benda yg berlainan jenis dlm satu bekas supaya menjadi satu: ~ simen dgn pasir. bancuhan benda-benda yg sudah dibancuh; adukan. pembancuhan perbuatan atau hal membancuh. pembancuh 1 alat yg digunakan utk membancuh. 2 orang yg kerjanya membancuh: ~ ubat. | Kamus Pelajar Edisi Kedua |
bancuh | ; berbancuh sudah atau telah dibancuh;membancuh 1. mencampurkan atau menggaulkan bahan-bahan menjadi satu atau sebati, mengadun (adunan kuih dll), mengaduk: ibu sedang ~ adunan kuih; 2. mengocok (daun terup, kad, dll);bancuhan sesuatu yg dibancuh;pembancuhan perbuatan membancuh;pembancuh 1. orang yg membancuh; 2. alat utk membancuh. | Kamus Dewan Edisi Keempat |
bancuh; | membancuh mencampurkan serta mengaduk benda-benda yg berlainan jenis dlm satu bekas supaya menjadi satu: ~ simen dgn pasir. bancuhan benda-benda yg sudah dibancuh; adukan. pembancuhan perbuatan atau hal membancuh. pembancuh 1. alat yg digunakan utk membancuh. 2. orang yg kerjanya membancuh: ~ ubat. | Kamus Pelajar |
gegeran | bunyi bising (riuh rendah), bunyi hingar bingar: tak lama lagi ~ mesin bancuh simen yg membingitkan telinga akan lenyap pula; | Kamus Dewan Edisi Keempat |
tempura | sj masakan tradisional Jepun yg dibuat drpd udang, sotong atau sayur-sayuran yg dicelupkan dlm bancuhan tepung dan digoreng. | Kamus Pelajar Edisi Kedua |
geger | (gégér) 1. gempar, hingar bingar, huru-hara; 2. Kl, Tr bising; jangan ~ jangan bising; bergeger bergentar, bergegar, bergema;menggeger menjadi geger (gempar, huru-hara, dll);menggegerkan menggemparkan, menyebabkan kacau-bilau: penembakan di panggung wayang ~ orang-orang di sekitarnya;gegeran bunyi bising (riuh rendah), bunyi hingar bingar: tak lama lagi ~ mesin bancuh simen yg membingitkan telinga akan lenyap pula;kegegeran perihal geger, kehebohan, kegemparan. | Kamus Dewan Edisi Keempat |