bandar II | parit, tali air: ~ sawah itu sudah ditutup; ~ sampah parit tempat membuang sampah; upah lalu ~ tak masuk prb tidak sedikit pun mendatangkan hasil;membandarkan mengalirkan (air ke); ~ air ke bukit prb pekerjaan yg sia-sia. | Kamus Dewan Edisi Keempat |
membendarkan | mengalirkan sesuatu (air); bagai ~ air ke bukit prb pekerjaan yg sia-sia; ® bandar II. | Kamus Dewan Edisi Keempat |
bendar | parit (di sawah dll), longkang; menaikkan ~ sondai prb mempertahankan yg tidak mungkin dapat dipertahankan; membendarkan mengalirkan sesuatu (air); bagai ~ air ke bukit prb pekerjaan yg sia-sia; ® bandar II. | Kamus Dewan Edisi Keempat |
diam II | tinggal (duduk, berumah, bertempat) di: saya ini hanya budak miskin, ~ di hulu negeri; ~ berdagang tinggal (hidup) merantau; ~ di bandar tak meniru, ~ di laut asin tidak prb hal orang yg tidak mahu belajar supaya maju walaupun tinggal di tempat yg ramai; mendiami, mengediami ark bertempat tinggal di, berumah di, menduduki: mulai drpd tarikh itu, bandar Brunei telah menjadi bandar yg didiami oleh orang Jepun sahaja; tidak ada siapa yg sanggup ~ rumah itu; kediaman = tempat ~ tempat tinggal (duduk dll), rumah (pondok, gua, dll) yg diduduki: setelah selesai sembahyang, mereka pun pulang ke tempat ~ masing-masing; di sana sini terdapat rumah-rumah yg besar tersergam, tempat ~ orang besar-besar dan orang kaya-kaya. | Kamus Dewan Edisi Keempat |
pura II | sl bandar, kota, negeri (Singapura, Inderapura, dll). | Kamus Dewan Edisi Keempat |
gang II | IB lorong kecil (di kampung-kampung dlm bandar). | Kamus Dewan Edisi Keempat |
Melaka II | negeri di barat daya Semenanjung, keluasan 1650 km2, bandar Melaka sbg ibu negeri. | Kamus Dewan Edisi Keempat |
inci II | benda yg dipakai utk memerahkan bibir, gincu: kata orang-orang bandar, benda itu lipstik, tetapi orang kampung menyebutnya gincu atau ~. | Kamus Dewan Edisi Keempat |
pelan II | 1. rajah yg menggambarkan bentuk (ukuran, letak) sesuatu bangunan (tanah dll); ~ bandar; ~ rumah; 2. rancangan yg sudah diatur utk dilaksanakan; ~ induk rancangan menyeluruh yg merangkumi seluruh dasar dan segala rancangan kegiatan yg akan dilaksanakan (dlm pembangunan, perekonomian, dsb): beberapa kajian yg terkandung dlm P~ Perindustrian Malaysia; ~ lantai (S.Bina) lukisan mengikut skala bagi susun atur bilik dsb pd satu lantai sesebuah bangunan; ~ tindakan langkahlangkah tindakan yg diambil utk mencapai sesuatu tujuan. | Kamus Dewan Edisi Keempat |
Datuk II | 1. gelaran kehormat kpd orang yg berpangkat atau bermartabat tinggi (yg biasanya menjadi pembesar negeri): ~ Bendahara; ~ Paduka Raja; ~ Panglima; ~ Temenggung; 2. gelaran kehormat di Malaysia yg dianugerahkan oleh Yang di-Pertuan Agong, Yang Dipertua Negeri Melaka, Yang Dipertua Negeri Sarawak dan Yang Dipertua Negeri Sabah kpd orang yg telah dianugerahi pingat tertentu (sbg penghargaan terhadap jasa atau khidmatnya kpd negara); ~ Bandar ketua pentadbiran sesebuah bandar raya; ~ Patinggi gelaran kehormat yg dianugerahkan oleh Yang Dipertua Negeri Sarawak kpd orang yg telah dianugerahi pingat tertentu; ~ Seri gelaran kehormat yg dianugerahkan oleh Yang Dipertua Negeri Melaka kpd orang yg telah dianugerahi pingat tertentu. | Kamus Dewan Edisi Keempat |