lebuh raya | jalan raya utama yg lebar, biasanya menghubungkan sebuah bandar (bandar raya) dgn bandar (bandar raya) lain; | Kamus Dewan Edisi Keempat |
lebuh I | jalan raya (besar): tukang sapu ~; ~ hias jalan raya utama yg merentasi bandar dan biasanya terdapat lorong pejalan kaki dan dihiasi pokok; ~ raya jalan raya utama yg lebar, biasanya menghubungkan sebuah bandar (bandar raya) dgn bandar (bandar raya) lain; melebuhkan membuka jalan raya. | Kamus Dewan Edisi Keempat |
lebuh | jalan raya. ~ raya jalan raya utama yg lebar, biasanya menghubungkan sebuah bandar atau bandar raya dgn bandar atau bandar raya lain. | Kamus Pelajar Edisi Kedua |
lebuh raya | jalan raya utama yg lebar, biasanya menghubungkan sebuah bandar atau bandar raya dgn bandar atau bandar raya lain. | Kamus Pelajar Edisi Kedua |
metro | (métro) 1. sistem kereta api bawah tanah yg terdapat di beberapa bandar raya di Eropah spt Paris; 2. kereta api bawah tanah yg terdapat di beberapa bandar raya di Eropah spt Paris. | Kamus Dewan Edisi Keempat |
kota | 1. tempat pertahanan yg dilingkungi tembok batu, benteng: sesudah orang Portugis menduduki bandar Melaka mereka mendirikan sebuah ~; 2. sl tembok yg melingkungi kubu pertahanan: tinggi ~ Melaka kira-kira sepuluh depa; 3. bandar raya, bandar, pekan: mereka meninggalkan kampung utk mencari kerja di ~; ibu ~ kota yg menjadi pusat pentadbiran negeri (ibu negeri); ~ raya bandar raya yg besar (spt London, New York, Paris, Kuala Lumpur dsb); 4. Id kep kota besar, kota praja; 5. kawasan tempat kediaman; rumah ~ ark rumah kampung; ~ duduk sl sj menara atau rumah yg tinggi utk melihat-lihat (memerhatikan) kawasan keliling; ~ Piliang dia bukan, Bodi Chaniago dia entah prb, Mn orang yg tiada tentu asalnya atau keturunannya; berkota 1. bertembok batu (bkn kubu pertahanan dll), berbenteng; 2. mempunyai kota (bandar): negeri yg ~ besar; 3. sl mendirikan kota, berbenteng: maka Sultan Ahmad ~ di Bentayan; 4. ki dipegang teguh, ditepati, tidak dimungkiri atau dilanggar (janji, perkataan, dll): katanya ~ pandangannya pandang bermakna; berkotakan sl menggunakan sbg kota, berbentengkan: maka baginda memerintahkan segala rakyat ~ betis; mengotai membangunkan kota (benteng) pd, membina tembok (di keliling sesuatu), memagari: maka dikotai oleh Bendahara berkeliling pulau itu; mengotakan 1. sl menggunakan sbg benteng, memperkukuh dgn; 2. = memperkotakan memegang teguh (kpd kata), menepati (melaksanakan) janji dll: yg dikata telah benar-benar diperkotakannya; segala janji mestilah dikotakan; kekotaan seakan-akan (terikut-ikut) gaya atau keadaan kota, berlagak (berkelakuan) spt orang di kota, yg memperlihatkan unsur-unsur atau pengaruh-pengaruh kehidupan dikota (di bandar): mereka mengambil sikap ~ yg sama spt keadaan yg terdapat dlm zaman penjajahan; perkotaan urusan (pentadbiran) kota. | Kamus Dewan Edisi Keempat |
bandar raya | bandar yg besar lagi penting yg penduduknya melebihi satu juta orang. | Kamus Pelajar Edisi Kedua |
bandar raya | bandar yg besar; | Kamus Dewan Edisi Keempat |
metropolis | bandar raya yg utama dlm sesebuah negeri. | Kamus Pelajar |
kota raya | bandar raya yg besar (spt London, New York, Paris, Kuala Lumpur dsb); | Kamus Dewan Edisi Keempat |