bangkah II | 1. tanda (belang) pd dahi; 2. ki penjahat yg terkenal. | Kamus Dewan Edisi Keempat |
bangkah I | ark bangka, bangkar. | Kamus Dewan Edisi Keempat |
runcing | 1. lancip ke hujung, berhujung tajam (lancip): jarinya yg ~; bambu ~ buluh yg ditajamkan hujungnya (tombak drpd buluh); 2. ki genting atau memuncak, tegang (keadaan, perselisihan, dll): ketegangan antara Filipina dgn Malaysia bertambah ~; ~ tanduk bangkah kening prb sudah terkenal kejahatannya; meruncing 1. menjadi runcing, berbentuk runcing (lancip): dicabutnya turus pagar yg ~ halus; benua itu ~ ke arah selatan tetapi membesar di sebelah utara; 2. ki menjadi genting atau memuncak (keadaan, perselisihan, dll), menjadi tegang: keretakan itu semakin melebar dan ~; meruncingkan 1. membuat jadi runcing (lancip), meraut (mengasah dll) supaya runcing: ranjau ialah buluh yg diruncingkan tajam; masing-masing dgn batang kayu yg diperbuat spt galah dan diruncingkan hujungnya; 2. menyebabkan genting (suasana dll): maka anasir-anasir komunis itu akan ~ lagi suasana dlm negeri; memperuncing mempertajam atau memperhalus (semangat, pendengaran, dll): dan diperuncingnya pendengarannya; ia ~ telinganya; keruncingan 1. perihal runcing; 2. kegentingan (keadaan, perselisihan, dll). | Kamus Dewan Edisi Keempat |