bangkang | ; membangkang mengatakan tidak setuju dgn; membantah: Kaum-kaum lain di Malaysia tidak ~ bahasa Melayu dijadikan bahasa rasmi sesudah tahun 1967. bangkangan kata-kata atau pernyataan utk membangkang: Dgn lantang, dia menyuarakan ~nya dlm mesyuarat itu. pembangkang orang yg membangkang; pembantah: Akhir-akhir ini, beberapa buah parti ~ telah bersetuju dgn tindakan kerajaan utk mengadakan kerajaan campuran. | Kamus Pelajar Edisi Kedua |
bangkang III | ; terbangkang ark terbengkalai, terbangai. | Kamus Dewan Edisi Keempat |
bangkang II | jarak antara dua tanduk, cakah, cakang; kala ~ sj kala yg letak sepitnya berjauhan; ketam ~ sj ketam yg letak kedua-dua sepitnya berjauhan; tanduk ~ tanduk yg tumbuhnya lurus ke kiri dan ke kanan. | Kamus Dewan Edisi Keempat |
bangkang I | ; membangkang membantah, menyanggah, menentang: pekerja-pekerja ~ majikan mereka;bangkangan perkara yg dibangkang: parti itu telah mengemukakan ~ keras terhadap rancangan kerajaan;pembangkang 1. orang yg membantah (melawan, menentang): parti-parti ~ mencela tindakan kerajaan; 2. ark orang yg merintangi kemajuan. | Kamus Dewan Edisi Keempat |
bangkang | membangkang mengatakan tidak setuju dgn; membantah: <i>Kaum-kaum lain di Malaysia tidak ~ bahasa Melayu dijadikan bahasa rasmi sesudah tahun 1967. i> pembangkang orang yg membangkang; pembantah: <i>Akhir-akhir ini beberapa buah parti ~ telah bersetuju dgn tindakan kerajaan utk mengadakan kerajaan campuran.i> | Kamus Pelajar |
kala bangkang | kala yg berwarna hijau kehitam-hitaman yg biasanya terdapat di tempat-tempat gelap, Heterometrus longimanus. | Kamus Pelajar Edisi Kedua |
kaki bangkang | orang yg sering menentang atau tidak bersetuju dgn pandangan atau pendapat orang lain. | Kamus Pelajar Edisi Kedua |
kaki bangkang | orang yg sering menentang atau tidak bersetuju dgn pandangan, pendapat dsb orang lain; | Kamus Dewan Edisi Keempat |
tanduk bangkang | tanduk yg tumbuhnya lurus ke kiri dan ke kanan. | Kamus Dewan Edisi Keempat |
ketam bangkang | sj ketam yg letak kedua-dua sepitnya berjauhan; | Kamus Dewan Edisi Keempat |