suling I | 1. sj serunai, bangsi, salung, seruling: memetik kecapi dan meniup ~ pd waktu malam; 2. = ~ kapal (kereta api) peluit (wisel) utk memberi semboyan (pd kapal, kereta api); meniup ~ berbunyi bangsi, maka bangsi itu patah-patah prb lain yg dihajati, lain yg diperoleh; menyuling meniup suling: Panji ~ Sri menari. | Kamus Dewan Edisi Keempat |
bangsi | 1. serunai (drpd buluh), suling; 2. sj serunai drpd batang padi; 3. harmonika, genggong. | Kamus Dewan Edisi Keempat |
harmonika | sj alat muzik (bunyi-bunyian) yg dimainkan dgn meniupnya, bangsi, genggong. | Kamus Dewan Edisi Keempat |
genggong | (génggong) sj alat muzik yg dibuat drpd besi (dawai dsb), dan dibunyikan dgn memetik lidahnya sambil menekannya pd mulut, harmonika, bangsi. | Kamus Dewan Edisi Keempat |