bangun II | 1. bentuk, tokoh: ~ badannya sesuai dgn suaranya yg besar itu; 2. = bangun-bangun rupa, perawakan, sikap: ~nya baik; 3. susunan, susuk (sesuatu benda dll): mempelajari ~ permukaan bumi. | Kamus Dewan Edisi Keempat |
bangun II | 1 bentuk atau potongan sesuatu (spt bulat, bujur): Meja makan yg itu bundar ~nya. 2 rupa paras; susuk tubuh: ~ tubuhnya tegap sasa. 3 kaedah atau cara susunan sesuatu; struktur: ~ muka bumi. membangun 1 bangkit; naik (ttg awan dsb): mega ~. 2 berkembang dan bertambah maju: negara-negara ~. membangunkan 1 membina atau membentuk sesuatu supaya tegak berdiri; mendirikan: ~ rumah. 2 mengusahakan supaya maju: ~ negara ialah tugas setiap rakyat. bangunan sesuatu (spt rumah) yg dibangunkan atau didirikan: Taj Mahal ialah ~ yg tercantik di dunia. pembangunan perbuatan, cara dsb membangunkan sesuatu: ~ luar bandar; ~ masjid itu telah memakan masa dua tahun. | Kamus Pelajar Edisi Kedua |
bangun II | 1. bentuk atau potongan sesuatu (spt bulat, bujur dsb): Meja makan yg itu bundar ~nya. 2. rupa paras; susuk tubuh: ~ tubuhnya tegap sasa. 3. kaedah atau cara susunan sesuatu; struktur: ~ muka bumi. membangun 1. bangkit; naik (ttg awan dsb): mega ~. 2. berkembang dan bertambah maju: negara-negara ~. membangunkan 1. membina atau membentuk sesuatu supaya tegak berdiri; mendirikan: ~ rumah. 2. mengusahakan supaya maju:~ negara adalah tugas setiap rakyat. bangunan sesuatu (spt rumah dsb) yg dibangunkan atau didirikan: Taj Mahal ialah ~ yg tercantik di dunia. pembangunan perbuatan, cara dsb membangunkan sesuatu: ~ luar bandar; ~ masjid itu telah memakan masa dua tahun. | Kamus Pelajar |
tawar II | bp = menawar; bidan ~ bidan yg diundang (ditempah) terlebih dahulu, lwn bidan terjun; adat dagang, tahan ~ barang dagangan sudah semestinya boleh dikurangkan harganya; bertawar-tawaran tawar-menawar; menawar 1. menyebut harga (sewa dll) yg berani dibayar, minta membeli (menyewa sesuatu): sehelai kain panjang perkalungan, sudah ditawarnya lapan rupiah; 2. meminta dikurangkan harga dll yg ditetapkan oleh penjual: Pak Dolah tidak ~ lagi, dia mengeluarkan duit dr dlm dompetnya dan membayar; 3. menyebutkan berapa “kurangnya” drpd harga yg diletakkan oleh penjual dll: boleh ~ sedikit; tawar-menawar saling meminta dikurangkan harganya (sewanya, tuntutan, dll): dgn tiada bertangguh dan tiada ~ lagi si Tenggang telah membeli barang-barang itu; kuasa ~ mereka lebih kuat lagi drpd seluruh kekuatan negara masing-masing; menawari ark mengunjuk seseorang supaya dibeli (disewa, dipakai, dll): seorang pemuda yg sedang duduk telah bangun dan ~ gadis itu tempat duduknya; menawarkan mengunjukkan (mengemukakan dsb) sesuatu supaya dibeli (dipakai, diterima, dll), menyatakan kesediaan memberikan dsb sesuatu (spt pertolongan, khidmat, dll): se-orang anak Cina mendekati dan ~ barang-barang jajaannya; kemudian dia sendiri duduk dan dgn santun ~ rokok kpd tamu-tamunya; dlm hal ini Persatuan ~ khidmat pd peringkat permukaan;tawaran 1. harga yg dikemukakan oleh pem-beli (penyewa dll): ~ dipelawa bagi menyewa gerai menjual minuman; 2. sesuatu yg ditawarkan: mendengar ~ gaji tinggi yg dibuat melalui surat khabar mereka pun datang melamar; dia menolak ~ orang tua itu utk dijodohkan dgn seorang pemuda; 3. sebut harga (upah) utk membuat sesuatu: ~ drpd pemborong utk membina bangunan itu akan diterima mulai 11 Januari;penawaran perihal menawar(kan): kedua-dua ~ dan penerimaan ini mestilah diucapkan dlm satu perjumpaan; sebarang bencana alam atau kegagalan tanaman akan menye-babkan ~ beras dunia semakin berkurangan; penawar orang yg menawar, pemohon, pelamar. | Kamus Dewan Edisi Keempat |