berjajaran | berderet-deret, berbaris-baris, berbanjar-banjar: pokok kelapa ~ di sepanjang jalan itu; | Kamus Dewan Edisi Keempat |
banjar I | baris, deret, jajar;sebanjar 1. sebaris, sederet: ~ pokok nyiur; 2. sl sebaya, seumur;berbanjar berbaris, berderet: kami berdiri ~ di hadapan guru besar;berbanjar-banjar, berbanjaran berbaris-baris, berderet-deret;membanjarkan menyusun berbanjar-banjar: ~ kerusi dgn teratur; banjaran sesuatu yg berderet kedudukannya, barisan, deretan: ~ gunung; B~ Titiwangsa. | Kamus Dewan Edisi Keempat |
jajar I | banjar, baris, deret; sejajar 1. terletak sebaris, sederet, sebanjar: rumahnya ~ dgn rumah saya; 2. sama (tingkat, darjat, dll), setaraf: kedudukannya sekarang ~ dgn kedudukan orang-orang kaya; 3. selari, sama arah dan jarak di antaranya, searah: dua garisan yg ~; menyejajarkan 1. membuat supaya sebaris, sederet; 2. menyamakan kedudukan (tingkat, darjat), menyetarafkan; kesejajaran perihal (keadaan dsb) sejajar: sebuah drama yg baik apabila adanya ~ antara perkembangan plot dgn pembinaan perwatakan; penyejajaran 1. persamaan taraf (tingkat, darjat); 2. perselarian, persamaan arah dan jarak di antaranya; berjajar berderet, berbaris, berbanjar; berjajaran berderet-deret, berbaris-baris, berbanjar-banjar: pokok kelapa ~ di sepanjang jalan itu; menjajarkan 1. mengatur supaya berjajar (berderet, berbaris), menjadikan selaras; 2. menyamakan kedudukan (darjat dll), menyetarafkan; jajaran deretan, barisan, banjaran; ~ genjang Id segi empat selari; penjajaran perihal (perbuatan dsb) menjajarkan. | Kamus Dewan Edisi Keempat |
banjar | deret yg merupakan barisan lurus; baris: Pd ~ yg di tepi sekali, terdapat hanya dua puluh batang pokok getah. berbanjar berbaris; berderet: Kami berdiri ~ di hadapan guru sebelum masuk ke bilik darjah. banjaran sesuatu yg berbanjar; deretan. | Kamus Pelajar Edisi Kedua |
Banjar II | suku bangsa campuran yg berasimilasi drpd Melayu, Jawa, Ngaju, Maayan dan Bukit, yg berasal dr Kalimantan Selatan, Indonesia. | Kamus Dewan Edisi Keempat |
banjar | deret yg merupakan barisan lurus; baris: <i>Pd ~ yg di tepi sekali, terdapat hanya dua puluh batang pokok getah.i> berbanjar berbaris; berderet: <i>Kami berdiri ~ di hadapan guru sebelum masuk ke bilik darjah.i> banjaran sesuatu yg berbanjar; deretan. | Kamus Pelajar |
berbanjar-banjar | berbaris-baris, berderet-deret; | Kamus Dewan Edisi Keempat |
leretan | banjar, baris, barisan, jajaran: itulah leretan Bukit Seguntang spt yg tersebut dlm Sejarah Melayu itu; di hadapan rumahnya terdapat beberapa ~ pokok rambutan lekang; | Kamus Dewan Edisi Keempat |
jejer | (jéjér) banjar, baris, deret, jajar; berjejer berbanjar, berjajar, berbaris, berderet (teratur): motokar-motokar ~ di jalan raya itu; berjejeran berderet-deret: ramai muda-mudi ~ turun menuju ke restoran; menjejeri terdiri berjejer-jejer di: Kuala Perlis dijejeri oleh rumah-rumah nelayan; menjejerkan mengatur berderet-deret (berbaris): ia ~ barang dagangan di atas bangku; jejeran deretan. | Kamus Dewan Edisi Keempat |
baris | 1. banjar atau deret yg merupakan garis lurus (pokok, huruf, dll): dia menangis setelah membaca dua tiga ~; 2. ark = barisan pasukan: ~ Sipahi; 3. bp = berbaris: askar itu sedang ~; 4. garis, gores: perkataan yg diturunkan pd kad harus dibubuh ~ di bawahnya; 5. tanda vokal dlm bahasa Arab; ~ di atas fathah; ~ di bawah kasrah; ~ di hadapan dammah; 6. = ~ sajak deret (untaian) kata-kata yg merupakan satu bahagian drpd bait dlm sajak; ~ gilir (Komp) kumpulan atau senarai tindakan, kerja, dll yg tersusun dlm satu baris untuk diproses satu persatu; ~ laksamana garisan yg dianggap mempunyai hikmat; ~ mati tanda bunyi mati;sebaris (berada) dlm satu baris, sederet: rumahnya terletak ~ dgn rumah kakak iparnya;menyebariskan menyusun atau meletakkan sesuatu sebaris: ~ ubin di sepanjang tepi tembok;penyebarisan perihal (perbuatan, tindakan dsb) menyebariskan;berbaris 1. tersusun dlm baris-baris tertentu, berderet, berbanjar, berjajar: di kiri kanan jalan itu ~ pohon-pohon getah; 2. berdiri (berjalan dsb) beramai-ramai dlm baris tertentu: mereka sedang belajar ~; 3. mempunyai (dibubuhi) baris (garis), bergaris: ayat yg ~ di bawahnya;membaris 1. sl berdiri (berjalan dsb) beramai-ramai dlm baris yg tertentu; 2. merupakan baris; 3. menembak: kemudian ditariknya meriam, dibarisnya kpd Panglima Selampit;membarisi 1. berdiri (berjalan dsb) dlm baris-baris tertentu: orang ramai ~ jalan utk melihat perarakan itu; 2. berada dlm deretan: beberapa biji jerawat ~ hidungnya;membariskan 1. menyusun (mengatur) dlm barisan; 2. menyuruh (melatih) berjalan dlm barisan; 3. membuat baris dgn sesuatu: ia ~ dakwat merah di buku itu; 4. membubuh (meletakkan) baris (pd tulisan Arab): ~ huruf-huruf al-Quran supaya mudah dibaca; 5. mengemukakan: pengarah itu ~ artis-artis baru dlm filem arahannya; ia hanya ~ Dharmawijaya bersama-sama A. Samad Said, Salmi Manja, A. Wahab Ali, Kemala dan Jihaty Abadi;barisan 1. banjaran, deretan, jajaran: ~ bukit; 2. pasukan: ~ pemain Malaysia; ~ penyerang; 3. pertubuhan (pergerakan) yg ditubuhkan dgn tujuan dan peranan yg tertentu: B~ Pembebasan Palestin; ~ belakang pasukan yg berada di garis belakang pertempuran; ~ depan pasukan yg berada di garis depan pertempuran; ~ kehormatan pasukan utk menghormati kedatangan orang besar; ~ pemadam kebakaran Id pasukan ahli bomba; ~ teras Id pasukan induk;perbarisan 1. perihal berbaris: upacara ~ tamat latihan tentera; 2. kumpulan orang yg berbaris: memeriksa ~; ~ raksasa; ~ raksasa perbarisan yg diadakan secara besar-besaran;pembaris = kayu ~ kayu lurus bersenggat yg dipakai utk membuat baris atau mengukur sesuatu. | Kamus Dewan Edisi Keempat |