mencurahkan | 1 menuang sesuatu banyak-banyak; menumpahkan: Emak ~ air ke longkang. 2 ki mengeluarkan banyak-banyak (ttg rahsia dll); memberikan banyak-banyak: Beliau telah banyak ~ tenaga dan wang ringgit utk menubuhkan syarikat itu. | Kamus Pelajar Edisi Kedua |
loba | selalu hendak mendapat banyak-banyak; tamak. melobakan mengingini atau menghendaki sesuatu banyak-banyak. kelobaan hal atau sifat loba; ketamakan. | Kamus Pelajar Edisi Kedua |
lahap | suka makan banyak-banyak dgn tidak memilih; buruk makan; gelojoh: Dimakannya nasi itu dgn ~. melahap makan dgn gelojoh; makan banyak-banyak. pelahap orang yg lahap. | Kamus Pelajar Edisi Kedua |
menimbunkan | 1. menyusun bertindih-tindih (berlapis-lapis) hingga merupakan timbunan, melonggokkan, menompokkan: ~ guni berisi pasir hingga merupakan benteng; 2. mengumpulkan banyak-banyak (atau berdikit-dikit hingga menjadi banyak), menyimpan banyak-banyak: ~ keuntungan; janganlah suka menimbunkan kerja pd hari esoknya; | Kamus Dewan Edisi Keempat |
raih | ; meraih 1 menarik ke arah diri sendiri: Ia ~ anak itu ke dlm rangkulannya. 2 membeli barang banyak-banyak utk dijual kembali: Kerjanya setiap hari ~ ikan. peraih orang yg berniaga secara membeli barang banyak-banyak dan kemudian menjualnya pula. | Kamus Pelajar Edisi Kedua |
borong | secara keseluruhan atau secara banyak-banyak (biasanya ttg jual beli atau pekerjaan); tidak secara runcit atau tidak berdikit-dikit: membeli ~ membeli semuanya sekali; pasar ~ pasar tempat menjual barang-barang secara borong. memborong 1 membeli semuanya sekali; membeli secara borong: Syarikat Syamelin telah ~ kelapa dr beberapa daerah di Selangor. 2 membuat sesuatu pekerjaan kesemuanya hingga selesai: Syarikat mana yg ~ pembinaan jambatan itu? memborongkan 1 menjual sesuatu banyak-banyak: Kaum nelayan di kampung itu ~ semua hasil tangkapan mereka kpd seorang peraih. 2 memberikan pekerjaan dsb kpd seseorang atau syarikat utk diselesaikan seluruhnya: Kerajaan negeri telah ~ pembinaan bangunan pejabat itu kpd syarikat asing. pemborongan perbuatan (cara dsb) memborong atau memborongkan. pemborong 1 orang yg membeli secara banyak-banyak atau keseluruhannya. 2 orang (syarikat dsb) yg membuat sesuatu pekerjaan hingga selesai. | Kamus Pelajar Edisi Kedua |
bersangkutan | 1 bersangkut banyak-banyak atau banyak yg bersangkut (bkn pakaian dll). 2 bersangkut dgn (bkn hubungan atau kaitan); ada pertaliannya atau ada hubungannya antara satu dgn yg lain; bertalian. | Kamus Pelajar Edisi Kedua |
sedikit | tidak besar jumlahnya; tidak banyak: Banyak bekerja ~ bercakap. Wang simpanannya sudah tinggal ~ saja lagi. ~ banyak sedikit atau banyak (utk menyatakan jumlah yg tidak tentu banyaknya); lebih kurang. sedikit-sedikit 1 tiap-tiap kali sedikit; sedikit demi sedikit: ~, lama-lama menjadi bukit. 2 walaupun sedikit. menyedikitkan membuat menjadi sedikit; mengurangkan supaya sedikit; mengecilkan: ~ belanja. | Kamus Pelajar Edisi Kedua |
berkicauan | berkicau banyak kali atau berkicau banyak-banyak: Murai ~ pd pagi hari. | Kamus Pelajar Edisi Kedua |
peras | ; memeras 1 meramas sesuatu supaya keluar airnya dll; memerah: ~ susu lembu. 2 mengambil untung banyak-banyak drpd orang lain; menindas: Sekarang mereka tidak dpt lagi ~ kaum tani. 3 meminta wang dll dgn ugutan: Dia telah ditangkap kerana ~ seorang pekedai kecil. perasan 1 yg terhasil drpd memeras; perahan. 2 tindakan mengambil untung banyak-banyak atau meminta wang dll dgn ugutan. pemerasan perbuatan (hal) memeras: Riba ialah satu cara ~ terhadap orang yg menderita. pemeras 1 orang yg memeras. 2 alat utk memeras: ~ kelapa. | Kamus Pelajar Edisi Kedua |