menggelontor | 1. menyimbah dgn banyak air (supaya hanyut); 2. bk minum banyak-banyak. | Kamus Dewan Edisi Keempat |
gelontor | ; menggelontor 1. menyimbah dgn banyak air (supaya hanyut); 2. bk minum banyak-banyak. | Kamus Dewan Edisi Keempat |
leleh | /léléh/; berlelehan keluar atau mengalir banyak-banyak (bkn peluh, air liur dll): ~ air liurnya melihat makanan yg lazat-lazat. meleleh mengalir perlahan-lahan (bkn peluh, air mata, getah dll): Air matanya ~ di pipi. melelehkan membiarkan meleleh; mengalirkan: Ibu telah banyak ~ air mata kerana engkau. lelehan sesuatu yg meleleh ke luar (spt susu getah di pokok). | Kamus Pelajar Edisi Kedua |
melelehkan | membiarkan meleleh; mengalirkan: Ibu telah banyak ~ air mata kerana engkau. | Kamus Pelajar Edisi Kedua |
hujan lebat | hujan yg besar dan banyak air yg turun. | Kamus Pelajar Edisi Kedua |
sukulen | (Bio) mempunyai batang dan daun tebal yg mengandungi banyak air: tumbuh-tumbuhan ~. | Kamus Dewan Edisi Keempat |
benyai | 1. benyek, lembik (dan berair) spt nasi yg banyak air (buah yg terlampau masak); 2. lemah (tidak bertenaga), lenyai, letih, tidak ada nafsu kerja. | Kamus Dewan Edisi Keempat |
hujan air mata | banyak air mata dicucurkan; | Kamus Dewan Edisi Keempat |
melimpahkan | 1. menjadikan melimpah, menumpahkan: isi padu air yg dilimpahkan oleh penyumbat itu sama dgn isi padu penyumbat juga; ~ air mata; 2. mengeluarkan banyak-banyak, mencurahkan banyakbanyak: ~ kasih sayang; ~ perhatian kpd perkembangan pemakaian bahasa Kebangsaan; 3. memberikan banyak-banyak, mengurniakan banyak-banyak, menghadiahkan banyak-banyak: Tuhan yg ~ rahmat kpd hamba-Nya yg berusaha dan sabar; | Kamus Dewan Edisi Keempat |
hujan | 1. air yg turun (menitik dgn banyaknya) yg terpeluwap drpd wap di atmosfera: pagi ini ~ turun dgn lebatnya; musim ~ = ketika ~ musim yg hujan selalu turun; 2. = hari ~ air sedang turun (menitik dgn banyaknya): apabila ~, banyak orang datang lambat ke pejabat; kalau ~ pertandingan bola itu tidak akan rancak lagi; 3. ki spt hujan (banyak-banyak) datangnya dll: ~ bom; ~ peluru; ~ wang; ~ abu a) abu yg jatuh dgn banyak dr udara (apabila gunung berapi meletus dll); b) = ~ bubuk hujan menitik halus spt kabus (biasanya pagi-pagi); ~ air mata banyak air mata dicucurkan; ~ asid air hujan yg dicemari asid yg dibebaskan ke udara drpd kilang, asap kereta dll; ~ batu = ~ beku = ~ ais (jatuhnya) air hujan yg beku; ~ bubuk hujan abu; ~ bukit (Geog) hujan yg turun kerana awan yg membawa hujan tersekat oleh bukit; ~ darah a) = ~ merah hujan yg airnya kemerah-merahan warnanya dan meninggalkan kesan merah pd tanah; b) pertumpahan darah (kerana pergaduhan, peperangan, dsb); ~ gerimis = ~ renyai = ~ rintik-rintik hujan yg menitik halus-halus dan tidak banyak; ~ lalu = ~ lari = ~ halau mentua hujan sebentar sahaja; ~ lebat = ~ deras hujan besar dan banyak airnya turun; ~ manik Kl hujan yg titik-titiknya kasar sebesar biji mutiara; ~ perolakan (Geog) hujan yg disebabkan oleh perolakan udara panas ke atas; ~ rahmat a) hujan yg datang ketika ia sangat-sangat diperlukan; b) ki pertolongan dll yg mencurah-curah datangnya; ~ ribut hujan lebat yg disertai ribut; ~ siklon (Geog) hujan yg disebabkan oleh udara panas yg lembap yg bergerak ke atas udara yg lebih sejuk; ~ tahunan banyaknya hujan jatuh dlm setahun; ~ berbalik ke langit prb perihal orang yg lebih (kuat, pandai, dll) meminta tolong kpd orang yg kurang (lemah, bodoh, dll); ~ berpohon, panas berasal prb sesuatu hal itu tentulah mempunyai sebabnya; ~ emas di negeri orang, ~ batu di negeri sendiri, baik juga di negeri sendiri = ~ keris lembing di negeri kita, ~ mas perak di negeri orang baik juga di negeri kita prb sebaik-baik negeri orang tidak sebaik negeri sendiri; ~ menimpa bumi prb seseorang itu mesti tunduk kpd perintah pihak yg berkuasa; ~ tak sekali jatuh, simpai tak sekali erat prb sesuatu pekerjaan itu tidak dapat diselesaikan dgn sekali gus; ada ~ ada panas, ada hari boleh balas prb nescaya akan ada peluang utk membalas kejahatan orang terhadap kita; bagai ~ jatuh ke pasir prb kebaikan (pertolongan dll) yg sia-sia (tidak berbalas); ke mana tumpah ~ dr bumbung, kalau tidak ke cucuran atap prb anak itu menurut sifat atau teladan orang tuanya (sesuatu itu menurut asalnya); tidak ~ lagi becak, inikan pula ~ prb tidak berbuat pun dikata orang, apa lagi kalau benar perbuatan kita; sehujan; garisan ~ (Geog) garisan pd peta yg menghubungkan tempat-tempat yg sama banyak hujannya; berhujan, berhujan-hujan sengaja berjalan (bekerja, bermain-main, dll) dlm hujan, membiarkan dirinya basah kena hujan: nelayan yg berpanas dan ~ di laut; menghujan spt hujan (datangnya dll banyak-banyak): panah pun ~ datangnya; menghujani 1. mendatangkan (melepaskan) dgn banyak-banyak (peluru dll) kpd: pasukan kami dihujani peluru dan bom; 2. mendatangi sesuatu dgn banyak-banyak: penyiasatan membuktikan adanya pancaran kosmik dr angkasa lepas yg sentiasa ~ bumi ini; kita telah dihujani surat yg menyatakan pendapat yg pro dan kontra terhadap tulisan itu; 3. mengemukakan banyak-banyak (pertanyaan, soalan, tuntutan, dll) kpd: ia akan dihujani dgn seribu satu macam tuntutan lagi; pegawai penyiasat itu telah ~ Amir dgn berbagai-bagai soalan; menghujankan 1. menurunkan hujan pd, membasahkan seseorang atau sesuatu dlm hujan: kalau aku mungkir janji rendam aku empat puluh hari empat puluh malam atau hujankan aku; 2. ki menjatuhkan atau melepaskan (bom, soalan, dll) banyak-banyak; memperhujankan membiarkan basah kena hujan; mahukah orang ~ garamnya prb mahukah kita mengabaikan diri (keluarga, negara, dll) sendiri; kehujanan kena hujan, tertimpa oleh hujan: saya ~ di jalan; kambing ~; kera ~; penghujan = musim ~ musim hujan; hari ~ hari yg selalu hujan. | Kamus Dewan Edisi Keempat |