omong | 1 perkataan; bahasa: ~ Melayu. 2 cakap: banyak ~ banyak cakap; ~ kosong cakap kosong. beromong-omong bercakap-cakap; berkata-kata. mengomongkan memperkatakan; mempercakapkan; menceritakan. omongan apa-apa yg diomongkan; percakapan; buah mulut. | Kamus Pelajar Edisi Kedua |
banyak kecek | banyak cakap, banyak mulut, (cerewet); | Kamus Dewan Edisi Keempat |
kecek I | (kécék) 1. Mn, Kl cakap, celoteh, borak: seorang yg cetek ilmu pengetahuannya lebih omong atau ~nya; ~ anak-anak celoteh anak-anak (budak-budak); banyak ~ banyak cakap, banyak mulut, (cerewet); beralih ~ beralih percakapan (kpd hal yg lain); habis ~ habis cakap (sudah selesai); 2. Kl, Tr tipu, kecoh; ~ anak Melaka prb gayanya spt orang yg berada padahal serba kekurangan (cakap tinggi tetapi tidak berisi); ~ bagai bunyi merendang kacang prb percakapan yg tidak keruan; ~ bagai ketiak ular prb percakapan yg tidak berkeputusan (berpanjang-panjangan); ~ berlauk-lauk, makan dgn sambal lada prb, Mn selalu menyombongkan kepandaiannya (kekayaannya dll) padahal bodoh (miskin dll); berkecek-kecek bercakap-cakap, berceloteh, berbual-bual, berborak; mengecek 1. bercakap-cakap, berbual-bual, berborak-borak; 2. memujuk utk meminta (menyuruh berbuat) sesuatu: ibu bapanya hari-hari mendongeng, ~ dan memujuk dia supaya berkahwin; 3. menipu atau memperdaya (dgn kata-kata); sudah dikecek dikecong pula prb dua kali tertipu (terpedaya); mengecekkan 1. mempercakapkan, memperkatakan (hal orang lain); 2. memegahkan (kepandaiannya, kekayaannya dll); pengecek 1. orang yg suka mempercakapkan hal orang lain; 2. (orang yg) pandai memujuk atau meminta-minta sesuatu. | Kamus Dewan Edisi Keempat |
banyak cakap | suka berleter; | Kamus Dewan Edisi Keempat |
mulut rambang | banyak cakap, cerewet; | Kamus Dewan Edisi Keempat |
bermulut besar | banyak cakap, angkuh, sombong; | Kamus Dewan Edisi Keempat |
celopar | 1. banyak cakap, cerewet; 2. = ~ mulut bercakap ikut sesuka hati sahaja; keceloparan perihal celopar: dia berharap agar Irwan telah pulih drpd tersinggung akibat ~ mulut Abon. | Kamus Dewan Edisi Keempat |
cascusan | bp banyak cakap. | Kamus Dewan Edisi Keempat |
cascus | bp banyak cakap. | Kamus Dewan Edisi Keempat |
besar mulut | banyak cakap, sombong; | Kamus Dewan Edisi Keempat |