dar al-baqa | tempat yg baqa (iaitu akhirat); | Kamus Dewan Edisi Keempat |
dar I | Ar (dlm kata majmuk) tempat kediaman, daerah, negeri (negara), alam; ~ al-baqa tempat yg baqa (iaitu akhirat); ~ al-fana tempat yg tidak kekal (iaitu dunia); ~ al-harab negara yg belum memeluk agama Islam; ~ al-Islam negara yg sudah memeluk agama Islam; ~ al-jalal syurga yg terindah; ~ al-salam a) alam yg aman; b) syurga ketujuh. | Kamus Dewan Edisi Keempat |
baqa | kekal; lw fana: alam ~ alam yg kekal. | Kamus Pelajar Edisi Kedua |
baqa | kekal; lw fana: alam ~ alam yg kekal. | Kamus Pelajar |
baqa | Ar tidak berubah (selama-lamanya), kekal: meninggalkan dunia yg fana dan pulang ke alam ~;kebaqaan perihal (keadaan) baqa: jika seseorang telah benar-benar merindui Tuhan,maka kefanaannya akan tenggelam dlm ~ Tuhan. | Kamus Dewan Edisi Keempat |
fana | Ar tidak kekal, lwn baqa; berpindah dr negeri yg ~ ke negeri yg baqa meninggal; memfanakan sl meniadakan, memusnahkan: maha suci bagi Allah yg tinggi ketuhanan-Nya dan tiada sekutu bagi-Nya dan lagi akan difanakan-Nya segala makhluk kemudian dijadikan-Nya; kefanaan perihal (keadaan) tidak kekal. | Kamus Dewan Edisi Keempat |
alam baqa | alam yg kekal yg bermula selepas amalan seseorang dihisab. | Kamus Pelajar Edisi Kedua |
alam baqa | dunia yg kekal, akhirat; | Kamus Dewan Edisi Keempat |
negeri yg baqa | akhirat. | Kamus Pelajar Edisi Kedua |
kembali ke alam baqa (kekal) | , = ~ ke rahmatullah meninggal dunia. | Kamus Pelajar Edisi Kedua |