Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[ba.rang] | بارڠ

Definisi : 1 segala macam perkakas rumah dan perhiasan: ~-~nya dijaga dgn baik. 2 benda secara umum atau sesuatu yg wujud: Saya hendak ke kedai membeli ~ makanan. kereta ~ kereta utk membawa bermacam-macam benda. 3 lebih kurang; kira-kira: Tolong belikan saya buah kundang ~ sekati. 4 apa-apa saja: ~ katanya, tidak dpt dibantah lagi. ~ gelap barang yg dibawa masuk atau keluar secara tidak sah (spt diseludup). ~ kemas barang pakaian wanita yg berharga yg dibuat drpd emas dsb (spt cincin, rantai leher). ~ keperluan barang yg diperlukan dlm kehidupan. ~ kes barang (spt senjata, dompet), dokumen dsb yg dikemukakan dlm mahkamah sbg bukti utk sesuatu kes perbicaraan. ~ mewah barang yg mahal dan indah yg dpt memberi kepuasan tetapi bukan barang keperluan. ~ niaga barang yg diperniagakan. barangan ist benda atau perkhidmatan yg diperjualbelikan. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata barang

Puisi
 

Cincin ini dari Yaman,
     Pakai tangan jari kanan;
Barang ini barang makanan,
     Kalau tak makan rasa kempunan.


Lihat selanjutnya...(60)
Peribahasa

Apalagi sawa,
     ia berkehendakkan ayamlah!

Bermaksud :

Orang yang suka mencari barang-barang yang digemarinya.

 

Lihat selanjutnya...(78)


Kamus Bahasa Melayu

KataTakrifSumber
antik1 berasal dr zaman dahulu atau zaman lampau sbg perbandingan dgn zaman moden (ttg barang-barang dsb): barang-barang ~. 2 = barang(-barang) ~ barang-barang spt perabot, pinggan mangkuk atau hasil seni lain yg dihasilkan pd zaman lampau dan tinggi nilainya kerana kecantikannya, mutu hasil kerjanya, umurnya dsb: penggemar ~.Kamus Pelajar Edisi Kedua
transporIB pengangkutan; barang-barang ~ barang-barang yg diangkut; kapal ~ Id kapal pengangkut pasukan (tentera dll); ongkos ~ Id perbelanjaan mengangkut barang-barang dll; perusahaan ~ perusahaan pengangkutan (bas, kapal, keretapi, lori, dll).Kamus Dewan Edisi Keempat
kuno1 sudah ada sejak bertahun-tahun dahulu; lama; tua: barang-barang ~ barang-barang lama. 2 tidak moden; kolot (bkn adat, fahaman dll).Kamus Pelajar Edisi Kedua
rombeng(rombéng) robek, compang-camping: pakaian yg ~; merombengkan menjual (barang-barang lama atau buruk) kpd pedagang barang-barang lama; rombengan 1. pakaian-pakaian yg sudah usang; 2. barang-barang yg lama atau rosak: barang-barang ~; tukang ~ pedagang barang-barang lama atau buruk.Kamus Dewan Edisi Keempat
hartabarang-barang spt rumah, tanah yg berharga yg dipunyai oleh seseorang. ~ benda segala barang yg berharga. ~ karun harta yg tidak diketahui tuannya. ~ milik barang-barang kepunyaan seseorang. ~ pusaka barang-barang berharga peninggalan orang yg telah meninggal dunia. ~ rampasan barang-barang yg dirampas dlm peperangan dll. ~ terpendam segala harta, emas dsb yg tidak diketahui sebelumnya dan yg tersimpan (tersembunyi) di sesuatu tempat, di dlm tanah dll. berharta mempunyai harta; berada; kaya: Dia hidup senang sebab dia orang ~. hartawan 1 mempunyai harta; berharta; kaya: Orang itu bangsawan lagi ~. 2 orang yg berharta; orang kaya: Dia ~ yg terkenal di negeri ini. kehartawanan sifat hartawan.Kamus Pelajar Edisi Kedua
tenunbarang ~ barang-barang yg dibuat drpd benang dll (kain, kapas, sutera, dll); abah-abah (alat, perkakas) ~ alat perkakas utk membuat kain (cita dll); industri (perusa­haan) ~ perusahaan membuat barang tenun; kain ~ kain yg dibuat drpd benang; pabrik ~ Id kilang barang tenun; tukang ~ orang yg membuat kain (dgn menggunakan alat tenun);bertenun membuat barang tenun (kain dll): ada juga sedikit-sedikit orang ~ kain sutera; ~ sampai ke bunjainya prb mengerjakan sesuatu hendaklah sampai sempurna; menenun membuat barang tenun (drpd benang, sutera, dll): di kawasan ini ada pel­bagai perusahaan spt ~ kain, memasang motokar dan membuat bateri; menenuni menggubah: aku dan kau ~ puisi demi puisi mencari intisari suatu nilai suatu erti;tenunan 1. cara menenun: kain ini ~nya halus; 2. hasil drpd menenun, barang-barang yg ditenun: kain ~ Jawa; penenunan 1. perihal (perbuatan, kerja, dsb) menenun: ~ linen dan penjahitan baju; 2. = pertenunan tempat (kilang dll) menenun; penenun orang yg menenun: kapas juga ada ditanam utk kegunaan ~ kain di negeri itu.Kamus Dewan Edisi Keempat
menebus1. membayar wang utk mendapat­kan kembali barang-barang yg tergadai: barang-barang yg digadai dahulu sudah ditebus; 2. membeli kembali barang-barang (harta dll) yg telah dijual: kau mesti mengum­pulkan wang utk ~ kembali segala harta ibu bapamu yg kaujual dahulu itu; 3. membayar wang dll utk membebaskan (hamba, sandera, orang tawanan, dll): orang Quraisy ~ orang tawanan dgn harta benda yg dibayar kpd orang Islam; 4. menukarkan cek dll dgn wang di bank: hendaklah sekolah membuat per­hubungan dgn bank supaya bank bersedia menerima cek-cek ini drpd guru-guru yg ~nya; 5. Id mengambil barang catuan dll dgn menyerahkan kupon dll; 6. berbuat jasa (ke-baikan dll) utk menghapuskan sesuatu ke-salahan (dosa dll): dia kurang berani, kurang insaf, dia harus ~ dosanya; 7. mem­bela kekalahan (kegagalan dll), memulihkan kehormatan (nama baik dll), menutup malu: dgn jalan ini Singapura berjaya ~ kerugian yg telah dialaminya dlm bulan September yg lalu; 8. membalas jasa (budi, kebaikan, dll) yg diterima: tiap-tiap kebaikan itu akan ditebus kelak; 9. menepati janji dll yg telah dibuat, menunaikan (janji dll); 10. menye­lamat­kan (jiwa, nyawa, dll) orang dlm bahaya; 11. mengorbankan (jiwa, harta benda, dll) utk mendapatkan sesuatu: kejayaan beliau sekarang ini ditebus dgn pengalaman dan penderitaan hidup yg pahit; 12. mengikat jamin (orang yg ditahan polis dll): ayah telah mengambil wang dan segera pergi ke mah­kamah utk ~ Mak Jah;Kamus Dewan Edisi Keempat
rombengan1. pakaian-pakaian yg sudah usang; 2. barang-barang yg lama atau rosak: barang-barang ~; tukang ~ pedagang barang-barang lama atau buruk.Kamus Dewan Edisi Keempat
galas1 kayu yg diletakkan di bahu utk membawa barang-barang; kandar. 2 barang-barang yg dibawa dgn menggunakan kandar. menggalas 1 membawa barang-barang di atas bahu dgn menggunakan galas: ~ bungkusan. 2 memikul (menyandang) bungkusan di atas bahu: Pekerja itu ~ seguni beras.Kamus Pelajar Edisi Kedua
transitoIB lintasan pengangkutan barang-barang dagangan, transit; pelabuhan ~ pelabuh­an yg menjadi lintasan pengiriman barang-barang antara dua negeri; perdagang­an ~ perdagangan barang-barang yg terus dikirim ke tempat lain.Kamus Dewan Edisi Keempat
12345678910...

Kembali ke atas