barangkali | belum tentu lagi benar tidaknya; boleh jadi: ~ ada orang yg bermain-main di tempat larangan itu. kebarangkalian 1 kemungkinan berlaku sesuatu perkara, hal dsb. 2 ist pengukuran kemungkinan berlaku sesuatu perkara, hal dsb yg dinyatakan dlm bentuk pecahan atau peratusan. | Kamus Pelajar Edisi Kedua |
barangkali | boleh jadi, mungkin, mudah-mudahan: ~ betul kata engkau itu;kebarangkalian (Mat) pengukuran kemungkinan berlakunya sesuatu (perkara, hal) dinyatakan sama ada dlm bentuk pecahan atau peratusan. | Kamus Dewan Edisi Keempat |
barangkali | belum tentu lagi benar tidaknya; boleh jadi: ~ ada orang yg bermain-main di tempat larangan itu. | Kamus Pelajar |
berurut | (sedang) dipicit-picit (badan), diramas-ramas (badan): barangkali sudah tidak banyak orang yg ingin ~ atau barangkali tangan orang tua itu sudah tidak kuat lagi; | Kamus Dewan Edisi Keempat |
untung-untung | 1. barangkali (akan), kalau mujur, kalau-kalau: cubalah kakak ceritakan, ~ adik kakak yg buruk ini dapat melegakan fikiran kakak; 2. ada juga baiknya (barang-kali) kerana, nasib baik barangkali kerana, mudah-mudahan: biarlah dia menipu aku, ~ terbuka mataku; | Kamus Dewan Edisi Keempat |
rasanya | barangkali; agaknya: Kalau ~ dpt dikerjakan, kerjakanlah. ~ hari ini saya tidak dpt datang. ~ akan berhasil juga usaha kita ini. | Kamus Pelajar Edisi Kedua |
rasa-rasanya | barangkali; agaknya: Kalau ~ dpt dikerjakan, kerjakanlah. ~ hari ini saya tidak dpt datang. ~ akan berhasil juga usaha kita ini. | Kamus Pelajar Edisi Kedua |
kalau-kalau | barangkali; boleh jadi: Cuba bertanya pd orang tua itu, ~ dia tahu. | Kamus Pelajar Edisi Kedua |
tunangan | tunang: barangkali abang sudah ada ~ ataupun sudah kahwin; | Kamus Dewan Edisi Keempat |
menyampang | 1. barangkali, jangan-jangan, kalau-kalau: jangan bercakap kuat, senyampang ada orang mendengar; 2. jika, kalau, sekiranya: ~-~ lalu, singgah di rumah aku; 3. sementara, kebetulan, selagi: mari kita pergi senyampang ada orang di jalan; 4. mujur, untunglah: ia hampir mati lemas, ~ ada orang menolongnya; 5. hanya kerana, mentang-mentang: ~ kaya hendak kahwin lagi; senyampang. | Kamus Dewan Edisi Keempat |