barometer | /barométer/ alat utk menyukat tekanan udara, digunakan utk meramalkan keadaan cuaca dan utk mengetahui ketinggian sesuatu tempat dr permukaan laut. | Kamus Pelajar Edisi Kedua |
barometer | (barométer) 1. alat utk menyukat tekanan udara, jangka tekanan; 2. ki sesuatu yg dijadikan ukuran bagi mengetahui perubahan atau perkembangan sesuatu (situasi, pendapat umum, harga pasaran dsb): gagasan itu dijadikan ~ utk mengukur sama ada sesebuah negara itu bermusuhan atau sebaliknya; perkembangan terbaru dlm arena politik mewujudkan ~ baru tentang perpaduan antara wilayah di negara itu. | Kamus Dewan Edisi Keempat |
barograf | barometer yg merakamkan bacaannya secara automatik. | Kamus Dewan Edisi Keempat |
jangka tekanan | alat utk menyukat tekanan udara, barometer; | Kamus Dewan Edisi Keempat |
vernier | (verniér) (Fiz) alat utk mengukur dgn tepat pecahan senggatan skala (jangka tekanan, barometer, dll). | Kamus Dewan Edisi Keempat |
jangka I | 1. = ~ lukis alat berkaki dua yg dapat dilebarkan atau disempitkan kakinya utk membuat bulatan (mengukur jarak pd peta dll); 2. alat utk membelah daun mengkuang atau daun pandan menjadi jalur-jalur kecil; 3. alat menyukat atau mengukur sesuatu (suhu, arus elektrik, dll); ~ bunyi alat utk menguji pendengaran orang pekak atau utk menguji bunyi; ~ cahaya alat utk menyukat atau membandingkan kekuatan cahaya drpd sumber yg berbeza, fotometer; ~ galvani alat utk menyukat arus elektrik, galvanometer; ~ halus alat utk mengukur jarak atau sudut yg kecil dgn tepat, mikrometer; ~ hayat jangka masa atau tempoh hidup seseorang atau kegunaan sesuatu (alat, jentera, dll); ~ kalori alat utk menyukat banyaknya haba yg dikeluarkan (diserap atau dialirkan), kalorimeter; ~ laju alat utk menyukat laju, meter laju; ~ lembap alat utk menyukat banyak atau sedikitnya wap air dlm udara, higrometer; ~ sudut alat utk mengukur atau melukis sesuatu sudut, protraktor; ~ suhu alat utk menyukat tinggi rendah suhu pd sesuatu ketika, termometer; ~ tekanan alat utk menyukat tekanan udara, barometer; ~ tekanan gas alat utk menyukat tekanan gas, manometer; ~ tinggi alat utk menyukat tinggi tempat dr paras muka laut, altimeter; ~ tolok alat utk membuat bulatan (lengkok), ruang, dan menentukan jarak jauh; ~ tumpat alat utk menyukat ketumpatan sesuatu cecair, hidrometer. | Kamus Dewan Edisi Keempat |