satni 1. | Kd, Pl, bp sebentar lagi; ~lah aku pergi sekejap lagi aku pergi; 2. Kl, Tr baru sebentar; ~ sahaja dia pergi baru sebentar dia pergi. | Kamus Dewan Edisi Keempat |
tat sat | Kd baru sebentar. | Kamus Dewan Edisi Keempat |
tat II | ~ sat Kd baru sebentar. | Kamus Dewan Edisi Keempat |
pelelongan | perihal melelong, penjualan lelong: baru sebentar ini dia pergi mengurus ~ barang-barang kami; | Kamus Dewan Edisi Keempat |
tadi | 1 tidak lama sebelum ini; baru sebentar: ~ dia ada di sini bercakap-cakap dgn kami. | Kamus Pelajar |
tadi | 1 tidak lama sebelum ini; baru sebentar: ~ dia ada di sini bercakap-cakap dgn kami. 2 yg telah lalu: malam ~; petang ~. 3 yg tsb dahulu; yg baru disebut: Budak yg ~ pun tidak mempunyai kad pengenalan. | Kamus Pelajar Edisi Kedua |
tadi | 1. tidak lama sebelum ini, baru sahaja, baru sebentar yg lalu: siapa yg datang berjumpa dgn kamu ~? 2. terdahulu dr ini, yg dahulunya: kedaulatan Bahasa Kebangsaan dlm tahun 1967 kelak akan membuka peluang-peluang pekerjaan yg ~nya tertutup utk mereka; 3. yg telah (baru) lalu: malam ~; petang ~; 4. yg tersebut dahulu, yg baru sahaja disebutkan: sebagaimana yg dinyatakan di atas ~ orang ini juga tidak mempunyai wang. | Kamus Dewan Edisi Keempat |
bentar | ; sebentar 1. sekejap, sejurus, tidak lama: kita berhenti ~; 2. Jk nanti; ~ malam nanti malam; ~ ini = ~ tadi baru saja; ~ juga dgn segera; ~ lagi sekejap lagi; ~ ... ~ kadang-kadang ... kadang-kadang;sebentar-sebentar sekejap-sekejap, kerap kali: ~ aku menggosok mata. | Kamus Dewan Edisi Keempat |
lelong | (lélong) penjualan di hadapan khalayak ramai (dgn harga beratas-atasan oleh pembeli-pembelinya): kelulusan permohonan tanah yg di dlm bandar dibuat secara ~; tangkap ~ membeli barang yg dilelong; tukang ~ orang yg melelong barang-barang, penjual barang-barang lelong; melelong 1. menjual barang-barang di hadapan khalayak ramai (dgn harga beratas-atasan): apakala penggadai tidak dapat membayar, tanah itu harus dilelong; 2. sl membeli atau memborong barang-barang lelong; melelongkan, memperlelongkan 1. menjual barang dgn dilelong: pemungut hasil tanah boleh ~ tanah itu kalau hasilnya tidak dibayar dlm tempoh yg tertentu; 2. memborong kerja (membekali makanan ke asrama, membuat bangunan, dll); terlelong telah dilelong, kena lelong: sekiranya kebun ini ~, rumah kita akan ~ sama; lelongan barang dsb yg dilelong; pelelongan perihal melelong, penjualan lelong: baru sebentar ini dia pergi mengurus ~ barang-barang kami; pelelong orang (syarikat dsb) yg melelong atau melelongkan sesuatu. | Kamus Dewan Edisi Keempat |
sebentar tadi | baru saja; | Kamus Dewan Edisi Keempat |