baruh I | 1. bawah: di ~ bukit; 2. tanah yg di sebelah bawah (hilir, dekat pantai): orang ~; 3. Kl sawah: padi ~. | Kamus Dewan Edisi Keempat |
tohok I | 1. sj tombak (tempuling) yg dibubuh tali; 2. tusukan tombak yg miring dan arah ke bawah; ~ tunggang ke baruh (bawah) prb, Mn mudah mencelakakan orang yg di bawah perintahnya; ~ raja tiada dapat dielakkan prb kehendak orang besar tidak dapat ditolak; menohok menusuk miring (dgn tombak dll) arah ke bawah; ~ kawan seiring prb mencelakakan kawan sendiri; ~ sepeninggal ciling prb sudah selesai pekerjaan baru teringat bagaimana yg baik mengerjakannya; menohokkan melemparkan (menusukkan) tombak dll arah ke bawah; ~ lembing ke semak prb (pekerjaan yg) sia-sia. | Kamus Dewan Edisi Keempat |
darat | 1 tanah sbg lawan laut, air atau udara: angkatan ~ tentera yg bertugas di darat saja. 2 kawasan tanah yg tinggi (lw baruh): Ia ke ~ utk mencari kayu. 3 kawasan tanah pedalaman (lw tanah pantai); hulu negeri. mendarat 1 turun dr kapal atau dr perahu; naik ke darat: Tentera musuh telah ~ di pantai timur. 2 turun ke tanah dr udara (bkn kapal terbang): Kapal terbang MAS telah ~ di Kota Kinabalu. 3 pergi ke kawasan pedalaman: Mereka ~ mencari rotan. 4 mengikut (melalui) jalan darat: Saya lebih suka belayar drpd ~. mendaratkan menurunkan atau menaikkan ke darat; membawa ke darat: Kapal Malaysia Baru telah ~ jemaah haji di Judah. daratan kawasan tanah yg luas (lw laut atau pulau): Lautan lebih luas drpd ~. pendaratan 1 perbuatan mendarat atau mendaratkan: ~ askar-askar musuh telah dpt dipatahkan. 2 tempat mendaratkan perahu dll. pendarat alat-alat (perkakas) utk mendarat atau mendaratkan: kapal ~. | Kamus Pelajar Edisi Kedua |
darat | 1. tanah sbg lawan laut, air atau udara: <i>angkatan ~ tentera yg bertugas di darat saja.i> 2. kawasan tanah yg tinggi (lw baruh): <i>Ia ke ~ utk mencari kayu.i> 3. kawasan tanah pedalaman (lw tanah pantai); hulu negeri. mendarat 1. turun dr kapal atau dr perahu; naik ke darat: <i>Tentera musuh telah ~ di pantai timur.i> 2. turun ke tanah dr udara (bkn kapal terbang): <i>Kapal terbang MAS telah ~ di Kota Kinabalu.i> 3. pergi ke kawasan pedalaman: <i>Mereka ~ mencari rotan.i> 4. mengikut (melalui) jalan darat: <i>Saya lebih suka belayar drpd ~.i> mendaratkan menurunkan atau menaikkan ke darat; membawa ke darat: <i>Kapal Malaysia Baru telah ~ jemaah haji di Judah.i> daratan kawasan tanah yg luas (lw laut atau pulau): <i>Lautan lebih luas drpd ~.i> pendaratan 1. perbuatan mendarat atau mendaratkan: <i>~ askar-askar musuh telah dpt dipatahkan.i> 2. tempat mendaratkan perahu dll. pendarat alat-alat (perkakas) utk mendarat atau mendaratkan: <i>kapal ~.i> | Kamus Pelajar |
darat I | 1. tanah (sbg lwn laut atau air), tanah (sbg lwn udara); angkatan ~ = tentera ~ tentera yg bergerak (bertempur dsb) di darat; 2. kawasan tanah yg tertinggi (lwn baruh): jalan yg di sebelah ~ sana lebih baik drpd jalan ini; 3. kawasan tanah pedalaman, hulu negeri (lwn pantai): anak isterinya sudah ditumpangkan di rumah orang Kedayan di ~ supaya bekerja bertanam padi; ~-darau kawasan-kawasan yg tertinggi atau yg terletak di pedalaman; di laut angkatan, di ~ kerapatan prb kekuatan di laut bergantung pd angkatan perang, kekuatan di darat bergantung pd persatuan; mendarat 1. turun dr kapal (perahu dsb) dan naik ke darat: tentera Jepun sudah ~ di Jawa; 2. turun ke tanah dr udara (bkn kapal terbang): kapal terbang itu tidak dapat ~ kerana kabus yg tebal; 3. pergi ke kawasan (daerah) pedalaman: setibanya di kuala sungai, mereka pun terus ~; 4. Mn pergi melalui (jalan) darat: lebih selamat kita ~ sahaja drpd belayar; mendarati naik ke darat (di sesuatu tempat): Bujang berjalan perlahan-perlahan meredah di dlm semak-semak menuju ke kawasan yg biasa didaratinya; Tanah Melayu sudah didarati Jepun; mendaratkan menaikkan atau menurunkan ke darat, membawa ke darat: Amerika akan ~ pasukan Eisenhower di Afrika Barat; juruterbang itu berjaya juga ~ kapal terbangnya walaupun cuaca amat buruk; daratan kawasan tanah yg luas (lwn laut dan pulau): mereka sekarang tercampak ke sebuah pulau yg kecil terpencil jauh dr ~; pendaratan 1. perihal mendarat atau mendaratkan: kita tidak akan sanggup menahan ~ musuh di pantai-pantai kepulauan kita yg begitu banyak; 2. tempat mendarat atau mendaratkan: orang itu terpacak di tepi pantai, tidak jauh dr ~ perahunya; pendarat alat (peralatan, perkakas) utk mendarat atau mendaratkan: kapal ~. | Kamus Dewan Edisi Keempat |
condong | 1. senget (miring) ke sebelah, tidak tegak lurus, cenderung: palung ialah pancur ~ tempat mengalirnya bijih timah; matahari ~ (ke barat) matahari sudah turun; 2. ki suka pd, menyebelahi (memihak) kpd, cenderung: dia ialah sasterawan yg lebih ~ kpd faham kebangsaan tidak fanatik; ~ yg akan menongkat, rebah yg akan menegakkan Mn prb ketua yg akan membantu rakyatnya (anak buahnya) kalau mereka dlm kesusahan; ~ ditumpil, lemah dianduh Mn prb orang yg dlm kesusahan wang (akal dll) diberi pertolongan; ~ yg akan menimpa Mn prb pekerjaan yg mendatangkan celaka; ke mana ~, ke mana rebah Mn prb pekerjaan yg sudah dilakukan sebagaimana yg seharusnya atau menurut adat; mencondong menjadi condong: meriam besi itu ~ ke arah baruh; mencondongkan memiringkan, menyengetkan, mencenderungkan: ia ~ badannya ke arah aku; ~ hatinya kpd ki memihak kpd, (menyebelahi) mengarahkan minat (hati) kpd; tercondong condong; kecondongan 1. perihal atau keadaan condong (tidak tegak lurus, senget ke sebelah): ~ tiang elektrik itu semakin teruk; 2. kecenderungan, minat. | Kamus Dewan Edisi Keempat |