basmi | ; membasmi 1 membakar sampai habis: ~ lalang kering. 2 mengusahakan supaya tidak ada lagi; menjadikan tiada; menghapuskan: Kita hendaklah memberikan kerjasama utk ~ penyakit malaria di daerah luar bandar. pembasmian perbuatan atau hal membasmi. pembasmi 1 orang yg membasmi. 2 alat, ubat dsb yg digunakan utk membasmi: Ubat apa yg digunakan sbg ~ penyakit malaria di negara kita ini? | Kamus Pelajar Edisi Kedua |
basmi | ; membasmi menghapuskan, membanteras, memerangi: ~ buta huruf;pembasmian perihal (tindakan, usaha, dsb) membasmi;pembasmi orang (alat dll) yg membasmi. | Kamus Dewan Edisi Keempat |
basmi | membasmi 1. membakar sampai habis: ~ lalang kering. 2. mengusahakan supaya tidak ada lagi; menjadikan tiada; menghapuskan:Kita hendaklah memberikan kerjasama utk ~ penyakit malaria di daerah luar bandar. pembasmian perbuatan atau hal membasmi. pembasmi 1. orang yg membasmi. 2. alat, ubat dsb yg digunakan utk membasmi: Ubat apa yg digunakan sbg ~ penyakit malaria di negara kita ini? | Kamus Pelajar |
melipatgandakan | menggandakan berkali-kali, memperbanyak, menjadikan bertambah banyak: mereka berusaha ~ hasil pertanian; akan saya lipatgandakan usaha utk membasmi kemiskinan selepas memenangi pilihan raya ini. | Kamus Dewan Edisi Keempat |
lipat ganda | diganda-gandakan (menjadi banyak); berlipat ganda sekian kali banyaknya, berganda: kekuatan musuh kita telah ~; melipatgandakan menggandakan berkali-kali, memperbanyak, menjadikan bertambah banyak: mereka berusaha ~ hasil pertanian; akan saya lipatgandakan usaha utk membasmi kemiskinan selepas memenangi pilihan raya ini. | Kamus Dewan Edisi Keempat |