Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[ba.suh] | باسوه

Definisi : cuci, kumbah: air basuh tangan; naik basuh kaki = tak payah basuh kaki tangan prb mengerjakan sesuatu pekerjaan dengan senang;membasuh 1. membersihkan sesuatu dengan air, mencuci: basuh kain; basuh beras; 2. ki menjadikan tidak ada lagi (kenangan pahit, kekejian, malu, dan sebagainya), mencuci: basuh dosa dengan meminta ampun kepada Tuhan; 3. bp memarahi dan meleteri seseorang: aku basuh dia cukup-cukup tadi; 4. menghapuskan, menyapu bersih: basuh orang yang antiperpaduan; (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[ba.suh] | باسوه

Definisi : ; membasuh membersihkan sesuatu dgn air; mencuci: Tiap-tiap hari Ahad, saya menolong ibu ~ kain baju. basuhan apa-apa yg dibasuh. pembasuhan perbuatan atau hal membasuh. pembasuh 1 orang yg membasuh; pencuci: Dahulu saya pernah menjadi ~ kain baju orang. 2 alat atau sesuatu yg digunakan utk membasuh. ~ mulut sesuatu yg dihidangkan selepas makan nasi dll. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata basuh

Puisi
 

Kain batik selendang batik,
     Basuh tikar di atas batas;
Adik cantik abang pun cantik,
     Bagai dakwat dengan kertas.


Lihat selanjutnya...(4)
Peribahasa

Licin bagai basuh perahu.

Bermaksud :

Menderita kerugian.

 

Lihat selanjutnya...(7)


Kamus Bahasa Melayu

KataTakrifSumber
basuhcuci, kumbah: air basuh tangan; naik basuh kaki = tak payah basuh kaki tangan prb mengerjakan sesuatu pekerjaan dengan senang;membasuh 1. membersihkan sesuatu dengan air, mencuci: basuh kain; basuh beras; 2. ki menjadikan tidak ada lagi (kenangan pahit, kekejian, malu, dan sebagainya), mencuci: basuh dosa dengan meminta ampun kepada Tuhan; 3. bp memarahi dan meleteri seseorang: aku basuh dia cukup-cukup tadi; 4. menghapuskan, menyapu bersih: basuh orang yang antiperpaduan;Kamus Dewan Edisi Keempat
basuh; membasuh membersihkan sesuatu dgn air; mencuci: Tiap-tiap hari Ahad, saya menolong ibu ~ kain baju. basuhan apa-apa yg dibasuh. pembasuhan perbuatan atau hal membasuh. pembasuh 1 orang yg membasuh; pencuci: Dahulu saya pernah menjadi ~ kain baju orang. 2 alat atau sesuatu yg digunakan utk membasuh. ~ mulut sesuatu yg dihidangkan selepas makan nasi dll.Kamus Pelajar Edisi Kedua
basuhmembasuh membersihkan sesuatu dgn air; mencuci: Tiap-tiap hari Ahad, saya menolong ibu ~ kain baju. basuhan apa-apa yg dibasuh. pembasuhan perbuatan atau hal membasuh. pembasuh 1. orang yg membasuh; pencuci: Dahulu saya pernah menjadi ~ kain baju orang. 2. alat yg digunakan utk membasuh: mesin ~ kain; ~ mulut sesuatu yg dihidangkan selepas makan nasi.Kamus Pelajar
mangkuk basuh tanganmangkuk bekas air basuh tangan;Kamus Dewan Edisi Keempat
mangkuk basuh tanganmangkuk utk diisi air basuh tangan.Kamus Pelajar Edisi Kedua
mangkuk1 bekas yg jeluk yg dibuat drpd tembikar, logam dsb utk diisi makanan (spt sayur-sayuran, lauk-pauk, bubur). 2 bekas bertangkai tempat mengisi minuman; cawan. ~ basuh tangan mangkuk utk diisi air basuh tangan. ~ gulai mangkuk utk diisi gulai. ~ nasi mangkuk besar utk diisi nasi. ~ perak hadiah berupa mangkuk yg biasanya dibuat drpd perak atau emas; piala. ~ pijar mangkuk yg mempunyai penutup, yg tahan panas tempat meleburkan logam. ~ tingkat (tepen) bekas bertingkat-tingkat yg dibuat drpd logam utk diisi makanan; siya.Kamus Pelajar Edisi Kedua
mangkuk1. bekas yg dalam drpd tembikar dll tempat mengisi lauk-pauk (nasi dll); 2. cang­kir, cawan: se~ kopi; 3. bk kata yg mem­punyai maksud menghina atau mempermain seseorang, bodoh; ~ basuh tangan mangkuk bekas air basuh tangan; ~ gulai mangkuk utk mengisi gulai; ~ jorong mangkuk yg panjang bulat (utk mengisi air dll); ~ keda(h) sj mangkuk bertutup; ~ lonjak Kl mangkuk tingkat; ~ nasi mangkuk utk diisi nasi; ~ pengadun mangkuk tempat mengadun bahan-bahan masakan dll; ~ perak piala; ~ pijar sj mangkuk yg biasanya dibuat drpd porselin dan digunakan dlm makmal utk melakurkan bahan kimia pepejal; ~ tandas sesuatu spt mangkuk bentuk atau rupanya digunakan sbg tempat buang air besar atau buang air kecil di tandas; ~ tingkat mangkuk drpd aluminium dll yg bertingkat-tingkat (utk bekas kuih, lauk-pauk, nasi, dll), rantang, mangkuk tepen, siya.Kamus Dewan Edisi Keempat
soda basuhsoda yg digunakan sbg bahan dlm serbuk pencuci atau dlm sabun.Kamus Pelajar Edisi Kedua
soda basuh (pencuci)natrium karbonat;Kamus Dewan Edisi Keempat
sabun basuhsabun yg digunakan utk membasuh (pakaian dll);Kamus Dewan Edisi Keempat
1234

Kembali ke atas