kena batang hidung | ki (bkn kecaman, sindiran, dsb) tepat mengenai seseorang; | Kamus Dewan Edisi Keempat |
tidak nampak batang hidung | = tidak nampak muka ~ ki tidak kelihatan langsung rupa seseorang kerana tidak hadir, tidak pernah muncul (di kalangan orang, kawan, dsb); | Kamus Dewan Edisi Keempat |
batang hidung | bahagian yg keras pd hidung, lembaga hidung; | Kamus Dewan Edisi Keempat |
batang hidung | a. bahagian yg keras pd hidung. b. ki diri sendiri. | Kamus Pelajar Edisi Kedua |
pangkal hidung | bahagian sebelah atas batang hidung di antara mata; | Kamus Dewan Edisi Keempat |
pangkal | 1. bahagian permulaan (pokok, tongkat, dll), lwn hujung: buah kelapa keluar bertandan-tandan di ~ pelepahnya; Haji Maun menggigit-gigit ~ cerut; 2. permulaan, awal: pergerakan kebangsaan itu telah bermula pd ~ abad kedua puluh; 3. asal, mula, sebab: Ramli menjadi ~ sebab drpd perbuatan-perbuatan wanita itu; hujung ~ sebab-musababnya (permulaan dan keputusannya dll); 4. modal; wang ~ a) wang modal; b) yuran masuk menjadi ahli (persatuan dll); ~ bahu bahagian bahu dekat leher; ~ bedil tangkai atau gagang bedil; ~ cerita pokok (dasar) cerita; ~ hidung bahagian sebelah atas batang hidung di antara mata; ~ jalan a) permulaan jalan; b) ki keadaan (kelakuan dll) yg mula-mula; ~ kata a) kata pokok, kata dasar; b) permulaan percakapan; ~ kaki bahagian di atas kaki (kuda); ~ leher leher di sebelah bawah; ~ lengan lengan sebelah atas di bawah bahu; ~ mata bahagian mata berhampiran hidung; ~ nama Id nama benar (bukan nama keluarga dll); ~ paha paha sebelah atas; ~ pedang hulu (tangkai) pedang; ~ pokok = pokok ~ sesuatu yg menjadi sebab (pokok, punca) percakapan (perbuatan dll); ~ rumah bahagian rumah di sebelah atas tangga; ~ tangan bahagian tangan di bawah siku; ~ telinga bahagian di antara telinga dan kepala; si ~ = si ~ helat Mn tuan rumah (penerima tetamu); berpangkal bermula, berasal, berpunca: sering terjadi ketegangan di rumah itu ~ drpd adanya perbezaan pendirian antara keluarga; tidak berhujung, tidak ~ tidak tentu atau tidak keruan sebab-musababnya (permulaan dan kesudahannya dll); berpangkalkan mempunyai atau menggunakan sesuatu sebagai pangkal: nama sesuatu yg khusus yg ejaannya ~ huruf besar; memangkal, mangkal Jk berhenti di sesuatu tempat yg tertentu (teksi dll); memangkalkan 1. menyimpan perahu dll di darat; 2. menempatkan tentera (kapal terbang dll) di pangkalan; 3. mengumpulkan (menaruh) barang-barang di suatu tempat (utk diangkat dll); terpangkal pokoknya, modalnya; menjual ~ menjual dgn tidak ada laba; pangkalan 1. tempat perahu dll berhenti (berlabuh); 2. tempat barang-barang dagangan dll dikumpul (utk diangkut dll); 3. pelabuhan (lapangan terbang dll) yg menjadi tempat utk mengadakan latihan, melancarkan serangan dsb: dua ribu kapal terbang menyerbu ~ roket ini dan meranapkan landasannya; ~ ar-mada pangkalan kapal-kapal perang; 4. Jk tempat tertentu utk berkedai, perhentian teksi, dsb; ~ data simpanan sejumlah besar data dlm bentuk yg dapat dikendalikan oleh komputer; ~ tentera udara (laut) pangkalan tempat operasi tentera udara (laut); si ~ Mn tuan rumah (penerima tetamu); sepangkalan Mn tuan rumah (pd sesuatu jamuan dll); berpangkalan mempunyai pangkalan (di): penempatan tentera Amerika Syarikat yg ~ di Teluk Subic telah pun berakhir pd 24 November 1992. | Kamus Dewan Edisi Keempat |
hidung | 1. bahagian badan utk mencium atau menyedut udara (terdapat pd bahagian muka atas sedikit drpd mulut): kita bernafas melalui ~ siang dan malam; batang ~ a) tulang yg membina hidung; b) ki kelibat (imbasan) seseorang atau sesuatu; kena batang ~ ki (bkn kecaman, sindiran, dsb) tepat mengenai seseorang; lubang ~ bahagian yg berlubang pd hidung utk membolehkan kita mencium, menyedut udara, dsb; sekat ~ bahagian antara kedua-dua lubang hidung; tidak nampak batang ~ = tidak nampak muka ~ ki tidak kelihatan langsung rupa seseorang kerana tidak hadir, tidak pernah muncul (di kalangan orang, kawan, dsb); 2. ki bahagian depan sesuatu benda, muncung: ~ kapal terbang; ~ belang (putih) ki (bkn lelaki) yg sangat suka mengganggu orang perempuan; ~ tinggi ki sombong dan megah; ~ dicium, pipi digigit prb kasih sayang yg pura-pura sahaja; ~ sudah rampung diatur prb orang bodoh yg sombong tidak sedar dirinya dibodohkan orang; ~ tak mancung pipi tersorong-sorong prb orang yg tidak turut campur yg menjadi susah, yg patut bersusahan berdiam diri; beroleh (mendapat) ~ panjang prb mendapat malu; menguak-nguak bagai ~ gajah prb bernafas terngah-ngah; potong ~ rosak muka prb orang yg berlaku kurang baik terhadap keluarganya sendiri akan mendapat malu juga; rasa tak mengapa ~ dikeluani prb orang yg membiarkan dirinya dibodohkan orang; spt beranak besar ~ prb orang yg gemar memperlihatkan barangnya yg baru; spt kerbau dicucuk (diatur) ~nya prb orang bodoh yg menurut perintah orang; berhidung mempunyai hidung; ~ belang mempunyai sifat suka mengganggu orang perempuan; ~ tinggi a) mempunyai hidung yg tinggi (mancung); b) mempunyai sifat sombong dan megah; menghidung 1. = kehidung-hidungan mengucapkan sesuatu dgn sengau; 2. selalu menurut saja (kemahuan orang dll). | Kamus Dewan Edisi Keempat |
liang I | lubang yg kecil atau halus. ~ hidung lubang hidung. ~ kubur lubang yg digali tempat menanam orang mati. ~ lahad ruang tempat meletakkan mayat dlm kubur (dikeruk pd bahagian sisi sebelah kiblat liang kubur dan sama paras dgn dasar kubur). ~ roma lubang yg kecil-kecil pd kulit tempat peluh keluar. ~ stoma ist liang yg seni pd daun atau pd batang tumbuh-tumbuhan utk laluan udara. | Kamus Pelajar Edisi Kedua |
batang I | 1. bahagian pokok yg tumbuh drpd akar: tebu menyimpan gula dlm ~; 2. tangkai (cangkul, dayung, dll): ~ joran; 3. benda yg panjang: besi ~; 4. benda yg panjang dan bulat: ~ kaki; 5. penjodoh bilangan bagi benda yg panjang-panjang: se~ jalan; 6. ark bangkai, mayat; sudah menjadi ~ sudah mati; ~ air sungai; ~ bersih (Hut) batang pokok yg lurus dan tidak bercabang; ~ dacing lengan dacing (kayu panjang pd dacing yg memakai mata); ~ dayung tangkai dayung; ~ hari a) tengah hari; b) pokok aliran sungai; ~ hidung bahagian yg keras pd hidung, lembaga hidung; ~ kalam tangkai pena; ~ leher leher antara kuduk dan kepala; ~ lengan lengan bahagian atas; ~ palsu batang yg terbentuk drpd kelopak (pisang); ~ tenggorok merih; ~ tubuh a) tubuh tanpa anggota; b) diri, peribadi; se~ kara (karah, karang, kacang) tidak bersanak saudara; ada ~, cendawan tumbuh prb di mana juga kita duduk ada rezeki kita; angkat ~, keluar cacing gelang-gelang prb mengerjakan pekerjaan orang yg terbengkalai, satu faedah pun tidak diperoleh; di mana ~ terguling, di situ cendawan tumbuh prb di mana perkara berlaku, di situ pula diselesaikan; kena ~ hidung prb berasa terkena (tersindir, terhina, dll); sepuluh ~ bertindih, satu dua petalasannya prb bagaimana sekalipun perkataan yg benar itulah pangkalnya; sungguhpun ~ merdeka, ingat pucuk akan terhempas prb pekerjaan itu jangan sebahagian sahaja yg diingat, tetapi dr awal sampai ke akhirnya; terkena pd ikan bersorak, terkena pd ~ masam prb hal orang berkawan yg mahu beruntung sahaja dan tidak mahu berugi;berbatangkan mempunyai batang yg dibuat drpd unsur lain: pokok itu berbuahkan emas, ~ suasa dan berdaunkan perak;membatang menjadi batang, menyerupai batang: gedung-gedung pencakar langit ~ ke udara;batangan alangan kayu dll di muara sungai (tempat masuk ke pelabuhan dll): ada pun ~ Pahang pd masa itu dua lapis. | Kamus Dewan Edisi Keempat |
berkeras | 1. tidak berganjak drpd pendirian (kemahuan dsb), tidak mahu mengalah (bertolak ansur), mengotot: kalau ia ~ tidak mahu menjual tanahnya kita tidak boleh buat apa-apa; ia ~ tidak mahu mengikut suaminya berpindah; 2. bertindak (bersikap) keras: kalau awak hendak berkasar dan ~ kelak keselamatan awak akan binasa; ~ batang leher keras batang leher; ~ hati keras hati; ~ hidung keras hidung; ~ kepala keras kepala; | Kamus Dewan Edisi Keempat |