Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[ba.tu] | باتو

Definisi : 1 benda keras yg berasal dr bumi tetapi bukan logam dan terdiri drpd pelbagai jenis: Mereka sedang mengutip ~ di sungai. 2 sj logam kecil yg dipakai dlm alat pemantik api (utk mencetuskan api). 3 ukuran jarak sejauh 1,760 ela (1.6 kilometer): Berapa ~ jauhnya dr Jerantut ke Kuantan? ~ api ki orang yg suka menghasut orang lain supaya bergaduh. ~ asah batu yg digunakan utk mengasah pisau dsb. ~ bata batu merah empat persegi yg dibuat drpd tanah liat bakar dan digunakan utk membuat dinding rumah dsb. ~-batan segala jenis batu. ~ berani besi berani. ~ bersurat batu yg dipahat dgn huruf-huruf; prasasti. ~ dacing (timbang) timah dll pd dacing utk menimbang. ~ giling batu tempat menggiling rempah-rempah dll. ~ hempedu ketulan keras spt batu yg terbentuk di dlm pundi hempedu hingga boleh menyebabkan rasa sakit. ~ igneus batu yg terjadi drpd leleran gunung berapi. ~ kapur batu yg di dlmnya terdapat zat kalsium (digunakan utk membuat simen dll). ~ karang batu yg terjadi drpd karang-karangan di laut. ~ kelikir batu yg kecil-kecil utk membuat jalan. ~ kepala tulang kepala. ~ kisar batu yg digunakan utk mengisar gandum dll utk dijadikan tepung. ~ lada batu kelikir yg halus-halus. ~ loncatan a. batu tumpuan utk melompat. b. ki orang atau tempat yg digunakan utk mencapai sesuatu. ~ marmar batu yg putih licin dan sering digunakan utk membuat lantai dsb. ~ nautika unit ukuran jarak di laut yg bersamaan dgn 1852 meter (lebih kurang 2025 ela). ~ permata batu yg berharga, spt zamrud. ~ telerang batu yg di dlmnya terdapat bijih logam. berbatu ada batunya; terdapat batu di dlmnya. berbatu-batu 1 banyak batunya; penuh dgn batu: Tanahnya curam dan ~. 2 jauh jaraknya: Kami terpaksa berjalan kaki ~ baru sampai ke pondoknya. membatu 1 menjadi keras spt batu; menjadi batu. 2 ki diam (tidak bergerak-gerak atau tidak bersuara); membisu: Apabila ditanyai gurunya, pelajar itu hanya ~. batuan ist ketulan atau gumpalan bahan galian spt arang batu, batu kapur, granit yg membentuk bahagian kerak bumi yg keras. ~ enapan ist batuan berlapis-lapis yg terbentuk drpd pengumpulan bahan enapan yg dibawa oleh air, udara, dll. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata batu

Puisi
 

Bukit bernama Bukit Pandan,
     Tempat orang tembak batu;
Batu canai disangka intan,
     Bila dilihat baru tahu.


Lihat selanjutnya...(156)
Peribahasa

Batu yang selalu bergolek itu tak dilekati lumut.

Bermaksud :

Orang yang suka berpindah-pindah pekerjaan itu tidak mungkin mencapai kemajuan dalam hidupnya.

 

Lihat selanjutnya...(70)


Kamus Bahasa Melayu

KataTakrifSumber
konglomeratist 1 terdiri atau terjadi drpd bahan (batu-batu kecil) yg melekat antara satu dgn yg lain dan membentuk gumpalan. 2 = batu ~ batu yg terdiri drpd gumpalan batu-batu kerikil yg melekat antara satu dgn yg lain.Kamus Pelajar Edisi Kedua
pumis; batu ~ batu gunung berapi yg poros dan ringan yg biasanya digunakan utk menggilap dan sbg bahan pelelas, batu apung, batu timbul: tepung ~.Kamus Dewan Edisi Keempat
rubin I; batu ~ batu jubin, batu ubin.Kamus Dewan Edisi Keempat
sendi II1. = batu ~ batu pengalas tiang rumah dll, batu pengganjal; 2. ki dasar, asas, lunas, pegangan; bersendi memakai batu sendi (alas, peng-ganjal); bersendikan 1. memakai (menggunakan) sesuatu sbg batu sendi; 2. berdasarkan, berasaskan, berpegang pd (sbg pedoman): tuntutan adat yg ~ hukum; kita patut insaf bahawa masing-masing bahasa moden di dunia ini ~ suatu sistem yg tertentu; menyendi membubuh batu sendi (di bawah tiang dll); menyendikan, mempersendikan men­dasar-kan sesuatu pd, mengasaskan; persendian asas, dasar.Kamus Dewan Edisi Keempat
kuari Itempat mendapatkan batu, batu loh, dll dgn cara menggerudi, menembak, dsb; ~ pasir tempat mengambil pasir; menguari mendapatkan (mengeluarkan) batu dll dr kuari: batu kapur dikuari dan digunakan utk membuat simen.Kamus Dewan Edisi Keempat
batu pualamsj batu, batu kapur yg keras bersih dan bercahaya, marmar;Kamus Dewan Edisi Keempat
loh IAr 1. papan batu, batu tulis; 2. papan (batu dll) yg bertulis; ~ catur papan catur; suratan ~ Tuhan lohmahfuz.Kamus Dewan Edisi Keempat
tulis; batu ~ a) papan batu (utk menyurat); b) = batu bertulis batu bersurat, prasasti; bilik ~ bilik tempat menyurat (membaca dll); buku ~ = kitab ~ buku kosong utk menyurat; kain ~ kain batik; kapur ~ kapur utk menyurat pd papan hitam dll; mesin ~ alat untuk menaip, mesin taip; spt ~ di atas air prb nasihat yg baik itu tidaklah berguna kpd orang yg memang jahat; bertulis ada tulisannya, sudah ditulis, bersurat: surat yg ~ dgn huruf Jawi; batu ~ batu tulis; ~ tangan disurat dgn tangan; menulis 1. mencatat kata-kata dgn huruf dan memakai pena (kalam, kapur, pensel, dll), menyurat: pd masa kanak-kanak berada di dlm darjah satu, mereka mulai belajar ~; 2. melahirkan perasaan (fikiran dll) dgn catatan yg memakai huruf, membuat surat, mengarang: tiada empat orang dlm negeri ini yg tahu ~ spt tuan ini; jika yg ditulis oleh­nya berlawanan dgn yg sebenarnya sudah tentu ia akan merupakan racun yg amat berbahaya; 3. sl membuat gambar, meng­gambar, melukis: laksana gambar baru di­tulis; 4. membuat kain batik (dgn tangan), membatik; tulis-menulis perihal menulis (mengarang dll), karang-mengarang; menulisi menulis (menyurat) pd: jangan ditulisi buku ini; menuliskan 1. menulis sesuatu di, mencatat­kan: dia meminta kertas drpd jururawat, lalu ~ namanya; 2. menggunakan sesuatu utk menulis, menulis dgn (pensel dll): bagaimana hendak ~ pensel yg tumpul ini? 3. men­cerita­kan dgn menulis, mengarangkan, me­nyurat­kan: cerita ini kutuliskan secara roman sejarah; 4. menulis (mengarang, menyu­rat) utk orang lain: dia meminta saya ~nya sepucuk surat; 5. membuatkan gambar (peta dll), menggambarkan, melukiskan: inilah waktu baik engkau tuliskan peta negeri Judah ini; tertulis telah atau sudah ditulis, tercatat, tersurat: harga yg ~ pd peti itu ialah RM7.50 sen; tulisan 1. hasil drpd menulis, sesuatu yg di­tulis, cara menulis: rupa ~mu spt cakar ayam; dgn ~ dgn ditulis (tidak dgn kata-kata); 2. hasil sastera (dlm bentuk prosa atau puisi), karangan: pernahkah dia membaca ~ Bertrand Russell? 3. sl sesuatu yg digambar­kan, gambaran, lukisan; 4. kain yg dibatik (bukan dicetak), batik; 5. sesuatu yg ditakdir­kan, nasib, suratan; ~ cepat Id trengkas; ~ Jawi tulisan yg mema­kai huruf-huruf Jawi; ~ nasib suratan takdir; ~ Rumi tulisan yg memakai huruf-huruf Rumi; ~ tangan tulisan yg ditulis dgn tangan (tidak ditaip atau dicetak); penulisan perihal atau kegiatan dsb menulis (mengarang dll), hasil drpd menulis (menga­rang dll): dlm usaha meringankan hikayat ini saya telah mengikuti gaya ~ yg asal; versi 1965 ialah ~ kembali teori asal dgn beberapa pindaan dan tambahan; penulis 1. orang yg menulis: siapa ~ surat ini? 2. pengarang (novel, cerpen, dll), penyair, penyajak: hampir semua orang yg hadir pd majlis itu ialah wartawan dan ~ belaka; 3. panitera, setiausaha, sekretaris; ~ cepat jurutrengkas; 4. sl orang yg melukis (meng-gambar), penggambar, pelukis: setelah dilihat oleh segala Keling ~ itu, maka sekaliannya hairan; ~ tamu tokoh khas yg diundang oleh sesebuah institusi, badan dsb utk menghasilkan karya tulisan yg berupa novel, puisi dsb.Kamus Dewan Edisi Keempat
sendi II1 = batu ~ batu yg digunakan utk mengalas tiang rumah. 2 ki sesuatu yg digunakan sbg dasar; asas: Rukun Negara dijadikan ~ pembangunan masyarakat baru. bersendi memakai batu sendi: Rumah kampung ke­banyakannya tidak ~. bersendikan 1 mempunyai sesuatu sbg sendi: Rumah itu ~ batu. 2 menggunakan sesuatu sbg dasar atau sbg pegangan; berasaskan: Gerakan politik yg ~ ajaran Islam.Kamus Pelajar Edisi Kedua
canai; batu ~ batu yg digunakan utk me­ngasah sesuatu. mencanai 1 mengasah sesuatu dgn batu canai. 2 melicinkan atau meratakan sesuatu permukaan. 3 meratakan atau menipiskan adunan kuih dgn tangan atau penggelek. pencanai 1 orang yg kerjanya mencanai (mengasah dll). 2 alat utk mencanai.Kamus Pelajar Edisi Kedua
12345678910...

Kembali ke atas