Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[béa] | بيا

Definisi : (béa) 1. wang yg dibayar oleh pemilik kapal dll; ~ pelabuhan wang yg dibayar oleh pemilik kapal utk kegunaan pelabuhan; 2. Id cukai yg dikenakan ke atas barang yg dieksport; ~ meterai Id cukai yg merupakan setem; ~ warisan cukai ke atas harta benda yg diwarisi. (Kamus Dewan Edisi Keempat)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata bea


Kamus Bahasa Melayu

KataTakrifSumber
bea(béa) 1. wang yg dibayar oleh pemilik kapal dll; ~ pelabuhan wang yg dibayar oleh pemilik kapal utk kegunaan pelabuhan; 2. Id cukai yg dikenakan ke atas barang yg dieksport; ~ meterai Id cukai yg merupakan setem; ~ warisan cukai ke atas harta benda yg diwarisi.Kamus Dewan Edisi Keempat
menarik beamemungut bea;Kamus Dewan Edisi Keempat
bea warisancukai ke atas harta benda yg diwarisi.Kamus Dewan Edisi Keempat
bea meteraiId cukai yg merupakan setemKamus Dewan Edisi Keempat
bea pelabuhanwang yg dibayar oleh pemilik kapal utk kegunaan pelabuhanKamus Dewan Edisi Keempat
menarik pajak (bea, cukai, yuran, dll)memungut atau mengutip (cukai dll);Kamus Dewan Edisi Keempat
cukai1. bayaran (bea, sumbangan) yg dikena­kan oleh kerajaan terhadap orang perseorang­an (perbadanan, syarikat, barang-barang, dll) utk perbelanjaan negara dll: ~ belian; ~ eksport; 2. = cuke Id bahagian drpd hasil tanah persendirian yg dikutip oleh tuan tanah; ~ belian cukai tak langsung yg dikenakan terhadap harga borong barang tertentu yg bukan barang perlu, biasanya dibayar oleh pengguna kpd peruncit yg akan membayar cukai kpd kerajaan; ~ eksport cukai yg dikenakan ke atas barang yg dieksport; ~ hiburan cukai yg dikenakan terhadap sesuatu bentuk hiburan (spt kelab malam, pawagam, dsb); ~ jalan cukai yg dikenakan terhadap kenderaan darat bermotor; ~ jualan cukai yg dikenakan terhadap barangan yg dijual yg bebannya terletak secara langsung pd pembeli; ~ korporat cukai syarikat; ~ laba harta tanah cukai terhadap laba drpd penjualan harta tanah; ~ langsung cukai yg dikenakan terus kpd pembayar cukai yg akan menjelaskannya kpd kerajaan (mis cukai pendapatan dan cukai laba harta tanah); ~ pelindung cukai atas barang-barang import utk melindungi barang­barang tempatan (utk mengelakkan persaing­an yg boleh mengancam pengeluaran barang-­barang tempatan); ~ pendapatan cukai yg dikenakan terhadap pendapatan; ~ perkhidmatan cukai yg dikenakan pd barang spt makanan dan minuman, atau perkhidmatan yg disediakan oleh perniagaan tertentu spt hotel, kelab malam, pusat kesihatan, dll; ~ pintu cukai yg dikenakan terhadap pemilik rumah; ~ progresif cukai yg kadar puratanya semakin tinggi apabila pendapatan seseorang semakin tinggi; ~ regresif cukai yg kadar puratanya semakin rendah apabila pendapatan seseorang semakin tinggi; ~ syarikat cukai yg dikenakan terhadap (keuntungan) syarikat; ~ tak langsung cukai yg dibayar oleh pembayar cukai melalui pembelian barang atau perkhidmatan (mis cukai jualan, cukai eksais, cukai import, cukai eksport, dll); ~ tanah cukai yg dikenakan atas pemilikan tanah; ~ tersembunyi cukai tak langsung yg dibayar oleh pengguna dgn menaikkan harga barang yg dijual tanpa pengetahuan pengguna; ~ warisan cukai yg dikenakan terhadap orang yg menerima harta pusaka; bercukai dikenakan cukai: barang ~; mencukai mengenakan cukai terhadap, mengutip cukai drpd: negara boleh mendapat wang dgn ~ orang ramai; percukaian yg berkaitan dgn cukai: spt biasa, struktur ~ paling menarik perhatian di kalangan rakyat jelata; pencukaian 1. perbuatan (prinsip dsb) men­cukai, pengenaan cukai terhadap: ~ secara langsung mempengaruhi kehidupan manusia; 2. yg berkaitan dgn cukai-mencukai: karya asli dlm bidang ~ di Malaysia yg pertama ditulis dlm bahasa Malaysia.Kamus Dewan Edisi Keempat
belastingIB cukai, bea.Kamus Dewan Edisi Keempat
kerajat I1. sl cukai, bea; 2. NS perbelanjaan kerana kematian seseorang; berkerajat memerlukan (menggunakan) perbelanjaan kerana kematian.Kamus Dewan Edisi Keempat
tarikbp = menarik; ~ layar menaikkan layar; ~ muka dua belas bp tidak keruan air mukanya; daya ~ keupaya-an utk menarik; bertarik-tarik bp bertarik-tarikan; bertarik-tarikan saling menarik antara satu sama lain; ~ tali Id melatih tenaga (menguat-kan badan) dgn menarik tali; menarik 1. menghela supaya bergerak ke arah diri sendiri (maju ke hadapan, keluar, tercabut, dll), menyentak, menyeret: ~ perahu ke darat; 2. ki mencabut, mengambil, meng-hunus, menyedut, dll: kipas-kipas itu hendak-lah dipasang supaya dapat ~ udara yg bersih dr luar masuk ke dlm bilik itu; 3. = ~ hati memikat hati: permainan yg sungguh istimewa dan ~; ~ akar a) mencabut akar; b) Id mencari punca ganda dua spt = 5, mengorak; ~ balik memanggil pulang (askar, wakil, dll), mengambil balik, mencabut balik; ~ bayaran mengutip (memungut) bayaran; ~ bea me-mungut bea; ~ beca mengayuh beca; ~ biaya a) meminta atau memerlukan biaya; b) = ~ ongkos banyak makan ongkos; ~ diri meletak-kan jawatan, enggan menerima jawatan, keluar dr perhimpunan dgn kemahuan sendiri; ~ garis Id membuat garis; ~ hati a) memikat (menawan) hati; b) menyukakan (menghibur-kan, menggirangkan) hati kerana cantik dll; c) menimbulkan atau membang­kitkan rasa kasih (sayang, ingin, dll); d) = menarik-narik hati mempengaruhi (menggoda) hati orang lain; e) = ~ perhatian = ~ minat mem-bangkitkan perhatian (minat) sese­orang; ~ hutang menuntut atau menagih hutang; ~ kembali menarik balik; ~ kpd diri memakaikan pakaian dll kpd diri sendiri; ~ keris (pedang dll) menghunuskan keris (pedang dll); ~ kesimpulan membuat kesimpulan; ~ ke-untungan (untung) mengambil untung; ~ lagu (qasidah, nyanyi, pantun) mulai bernyanyi (berlagu, berqasidah, dll); ~ langkah a) melangkah (dlm pencak silat dll); b) = ~ langkah seribu melarikan diri dr musuh dll (kerana ketakutan); ~ layar menaikkan layar; ~ loteri a) membuka atau mengundi loteri; b) menang loteri (undian); ~ modal mempelawa orang (negeri lain dll) menanam modal; ~ muka bp berubah air muka; ~ muka dua belas = ~ muka masam bp bermuka masam; ~ muka panjang nampak perasaan kecewa pd air muka seseorang; ~ mundur menarik kembali, memanggil supaya mundur (tentera dll); ~ nafas a) menyedut udara; b) = ~ nafas panjang mengeluh, mengesah; ~ nafas yg terakhir (penghabisan) mati; ~ nyawa (jiwa) sudah hampir mati; ~ ongkos banyak menggunakan belanja; ~ otot keras hati, tidak mahu mengalah; ~ pajak (bea, cukai, yuran, dll) memungut atau mengutip (cukai dll); ~ panjang a) men-jadikan panjang; b) melanjutkan sesuatu perkara ke mahkamah; ~ suara a) mulai menyanyi dgn suara yg nyaring; b) meninggi-kan suara; ~ surat (tuan tentang ...) Id merujuk surat (tuan tentang ...); ~ surut menghela surut, menarik mundur; ~ tali a) sukan yg mempertandingkan atau menguji kekuatan dua pasukan dgn menarik sekuat-kuatnya seutas tali dandan ke arah yg bertentangan; b) ki pergelutan antara dua pihak utk merebut sesuatu (hak dsb): hakikatnya, bekas suami-nya masih bermain ~ tali dlm kes penjagaan anak itu; ~ urat leher keras hati, tidak mahu mengalah; ditarik ia menanduk, diiringkan ia menyepak prb a) orang bodoh yg tidak mahu menurut bicara orang; b) orang yg suka mengacau di dlm sesuatu permuafakatan, dikemukakan tidak baik, dikemudiankan pun tidak baik pula;mempertarikkan menyeret, menghela; tertarik 1. sudah ditarik (dihela, diseret, di-heret); 2. ki berasa suka (ingin dll) kpd, ter-hibur oleh, terpikat (hatinya) oleh: memang banyak orang yg ~ oleh suara yg lemah lembut; tarikan 1. sesuatu yg ditarik, hasil menarik; 2. daya menarik, perihal menarik: ~ bumi ke atas sesuatu benda yg berdekatandengannya disebut berat benda itu; penarikan perihal atau perbuatan menarik; penarik orang yg menarik, alat (kuasa) yg menarik; ~ beca orang yg kerjanya menarik beca; binatang ~ binatang (kerbau, kuda, dll) utk menarik bajak dll.Kamus Dewan Edisi Keempat

Kembali ke atas