pencetak bebola(ball printer) | Pencetak hentaman yang mempunyai rupa huruf pada permukaan unsur cetakan yang berbentuk bebola. Bebola cetakan ini boleh ditukar ganti untuk menukar rupa huruf cetakan yang berlainan. | Kamus Komputer |
alas bebola | bebola logam yg bergerak dlm suatu gelang di sekeliling suatu batang dlm suatu mesin supaya batang itu bergerak dgn lebih mudah dan kurang bergeseran. | Kamus Dewan Edisi Keempat |
gelembung | 1 bebola kecil yg terjadi drpd air sabun dll dan mengapung di udara. 2 bebola air yg timbul ke permukaan sesuatu benda cair, spt ketika air menggelegak. 3 lompang berisi udara yg terdapat dlm benda-benda cair yg sudah beku. 4 = gelembungan bebola getah yg tipis; belon. bergelembung ada gelembung. menggelembung menjadi gelembung kerana berisi udara. | Kamus Pelajar Edisi Kedua |
bebola | sesuatu yg bentuknya spt bola. | Kamus Pelajar Edisi Kedua |
bebola mata | biji mata; | Kamus Dewan Edisi Keempat |
bebola ikan | isi ikan yg digaul dgn telur dll dan dibentuk bulat-bulat kecil; | Kamus Dewan Edisi Keempat |
bebola kawalan(control ball) | Bola berputar yang digunakan sebagai peranti input untuk menentukan kedudukan. | Kamus Komputer |
bebola jejak(track ball) | Peranti input komputer yang digunakan sebagai penunjuk untuk mengawal kursor dan untuk memilih objek pada paparan. Peranti ini menggunakan bola yang apabila digerakkan akan menggerakkan kursor. | Kamus Komputer |
bebola | sesuatu yg bentuknya spt bola. | Kamus Pelajar |
gelembung | 1. bebola kecil yg terjadi drpd air sabun dll dan mengapung di udara. 2. bebola air yg timbul ke permukaan sesuatu benda cair spt ketika air menggelegak dll. 3. lompang berisi udara yg terdapat dlm benda-benda cair yg sudah beku. 4 = gelembungan bebola getah yg tipis; belon. bergelembung ada gelembung. menggelembung menjadi gelembung kerana berisi udara. | Kamus Pelajar |