becah | ® bencah. | Kamus Dewan Edisi Keempat |
kecah-becah | kacau-bilau, halai-balai; | Kamus Dewan Edisi Keempat |
kecah | (kécah); ~-becah kacau-bilau, halai-balai; berkecah tidak kemas atau tidak teratur, berserak, berselerak, kacau-bilau: kalau longgok adunan itu kelihatan terlalu ~ atau tidak tentu bentuknya, betulkanlah sedikit-sedikit dgn tangan; mengecahkan menyerakkan, menyelerakkan, menaburkan: kecahkan udang itu rata-rata dan tuangkan sekali kuahnya. | Kamus Dewan Edisi Keempat |
kacau-bilau | sangat kacau, kacau-becah, kacau-bicau, kacau-birau, kacau-balau; berkacau-bilau berkacau sangat: keadaan yg ~; mengacau-bilaukan menjadikan kacau-bilau, mengacau-balaukan. | Kamus Dewan Edisi Keempat |