becek | (bécék) Id becak, berlumpur (dan berair). | Kamus Dewan Edisi Keempat |
lecah I | berlumpur, becak, becek: jalan itu terlampau ~; kena ~ ki mendapat nama yg buruk (cemar); ~ di kaki prb suami yg tidak bertanggungjawab; dr ~ lari ke duri prb perihal seseorang yg menghindarkan dirinya drpd kesukaran yg kecil tetapi jatuh dlm kesukaran yg lebih besar; berlecah bermain-main dgn lecah, bekerja dlm lecah; melecahkan menyebabkan lecah; terlecah 1. terkena lecah, terjatuh ke dlm lecah; 2. ki mendapat nama buruk, tercemar. | Kamus Dewan Edisi Keempat |
lecek I | (lécék) lembik (nasi, lumpur, dll), becek; akal sbg makan nasi ~ prb fikiran spt anak-anak; melecek menekan-nekan supaya jadi lembik (nasi dll), melembikkan: ibu itu sedang ~ pisang bakar. | Kamus Dewan Edisi Keempat |