becok | /bécok/ (suka) bercakap dgn bising dan tidak henti-henti: Dia menegur adiknya yg ~ itu. kebecokan sifat becok: Dia tidak disukai kerana ~nya. | Kamus Pelajar Edisi Kedua |
becok | (bécok) bercakap dgn bising dan tidak henti-henti: mereka ~ bercerita tentang hal masing-masing; ~ mulut suka bercakap; kebecokan; ~ mulut perihal becok (mulut): ada kesedihan yg tersimpan di sebalik keriuhan dan ~ mulutnya. | Kamus Dewan Edisi Keempat |
becok mulut | suka bercakap; | Kamus Dewan Edisi Keempat |
mulut becok | banyak bercakap dan membuat bising. | Kamus Pelajar Edisi Kedua |
becang-becok | bunyi bising dan hingar bingar. | Kamus Dewan Edisi Keempat |
kebecokan | sifat becok: Dia tidak disukai kerana ~nya. | Kamus Pelajar Edisi Kedua |
becang | (bécang); ~-becok bunyi bising dan hingar bingar. | Kamus Dewan Edisi Keempat |
kebecokan mulut | perihal becok (mulut): ada kesedihan yg tersimpan di sebalik keriuhan dan ~ mulutnya. | Kamus Dewan Edisi Keempat |
kebecokan | ; ~ mulut perihal becok (mulut): ada kesedihan yg tersimpan di sebalik keriuhan dan ~ mulutnya. | Kamus Dewan Edisi Keempat |
mulut | 1 rongga atau lubang tempat gigi dan lidah; ruang tempat mengunyah makanan. 2 sesuatu yg rupanya spt mulut 1: ~ tempayan; ~ belanga. 3 percakapan: banyak ~ banyak bercakap; cerewet. ~ becok banyak bercakap dan membuat bising. ~ bedil lubang laras bedil. ~ bisa suka mengeluarkan kata-kata yg pedas. ~ kotor suka mengeluarkan kata yg keji-keji. ~ murai orang yg sangat suka bercakap. ~ tempayan tidak dpt menyimpan rahsia. bermulut mempunyai mulut; berlubang spt mulut. ~ besar sombong. | Kamus Pelajar Edisi Kedua |