bedah siasat | 1. pemeriksaan secara pembedahan dsb yg dilakukan ke atas mayat atau bangkai binatang utk mengetahui atau mengenal pasti punca kematiannya, postmortem: mayat mangsa dihantar ke Hospital Ampuan Rahimah utk ~; laporan ~ menunjukkan darah dua lelaki itu mengandungi alkohol; 2. analisis, kajian semula, perbincangan dsb sesuatu peristiwa (perlawanan dsb) yg baru berlaku, terutamanya utk melihat punca kegagalannya dsb, postmortem: parti itu akan membuat ~ ekoran drpd kekalahan besar dlm pilihan raya kecil baru-baru ini;pihaknya akan melakukan ~ utk meneliti perkara yg berlaku sepanjang kejohanan itu;membedah siasat melakukan bedah siasat: beberapa pegawai dihantar utk ~ bangkai gajah terbabit; berapa kali prestasi pasukan bola itu hendak dibedah siasat? | Kamus Dewan Edisi Keempat |
bedah siasat | 1 pemeriksaan secara pembedahan dsb yg dilakukan terhadap mayat atau bangkai binatang utk mengetahui atau mengenal pasti punca kematian: Mayat mangsa dihantar ke Hospital Ampuan Rahimah utk ~. 2 analisis, kajian semula, perbincangan dsb terhadap sesuatu peristiwa (perlawanan dsb) yg baru berlaku, utk melihat kelemahan, punca kegagalan dsb: Parti itu akan membuat ~ ekoran kekalahan besar dlm pilihan raya kecil baru-baru ini. membedah siasat melakukan bedah siasat terhadap seseorang atau sesuatu: Beberapa pegawai dihantar utk ~ bangkai gajah tsb. | Kamus Pelajar Edisi Kedua |